Tahukah anda apakah itu BSP? Ia adalah singkatan daripada ayat Blood Sugar Pressure. Hari ini daku nak berceloteh tentang BSP. Hari ini adalah kali yang ke lima BSPku di check oleh Nurse di Klinik Kesihatan yang selalu daku membuat monthly / weekly medical checkup... Klinik Kerajaan je... Memang penat... Penat menunggu bilamana orang ramai. Tapi masa nak cucuk dijari untuk darah diambil tu, sekejap je... Menunggunya je yang lama....
Sebenarnya, belum pernah dalam sejarah hidupku kena diabeties. Kali ni pula daku disyaki ada diabetis. Faktornya ialah parents daku adalah pengidap diabeties. Faktor keturunanlah tu kan... Nak buat camana... Kontrol kabohidrat & kurangkanlah gula dalam makanan dan minuman. Ini pesanan Nurse dan doktor yang merawatku.
Nak tahu macamana BSP diambil?
Mula-mula salah satu jari disapu antiseptic, kemudian alat seperti di bawah ni ditekan ke jari.
Than darah dijari dipalit ke alat yang dah dipasang siap oleh Nurse sebelum jari disapu antiseptic
ataupun sebegini
(Nurse di klinik tak pakai sarung tangan pun...).
Maka terhasillah keputusannya seperti di bawah ini
ataupun sebegini >>
Walaupun nurse yang incharge kes diabeties dah ajar aku diet bagi pesakit ini namun, hari ini barulah kutahu bahawasanya, pengidap diabetis boleh je makan nasi. Cumanya dalam kuantiti yang sedikit iaitu sesenduk atau suku pinggan sahaja nasinya. Lebihkan sayuran. Kertas diet yang nurse beri ntah ke mana letak tak tahulah daku.... Kawan-kawan pun bagitau masa nak check BSP, JANGAN MAKAN NASI... Sampai takut daku nak makan nasi... huhuhu....
Sebab apa daku menulis sebegini? Kerana pagi tadi, daku tak makan apa pun kecuali biskut Jacob yang original tu 6 keping dengan air masak semata. Tapi.... pukul 10.00 pagi BSPku naik... 8.2 tuh.... sedangkan pada jam 8.00 pagi tadi 5.1 je... Than oleh kerna kelaparan menggila yang melanda diriku, daku makanlah nasi... sesuku pinggan, ulam raja 3 tangkai dengan ikan cencaru belah belakang (ingat nak makan sup tulang tapi kedai tu tak masak lagi, so hantam sajalah... asalkan perut terisi makanan...) airnya? air limau suam kurang gula. Nak tau keputusan BSPku jam 2 petang hari ni? Haha... Syukur 4.8 sahaja. Lega hatiku nih.... Nurse pun seronok lihat keputusanku tu tadi katanya "Bagus2... makan nasi, jangan tak makan. Makan nasi sesenduk ja, jangan lebih-lebih... Lainkali, bukan hari nak check BSP sahaja kontrol makan. Sebelum2 tu lagi dah sepatutnya kontrol makan". Ya tak ya jugak ya.... malam tadi daku makan pop corn melambak2 dengan cup corn manalahnya tak naik BSPku.... dahtu pagi tadi ada sesuatu yang merunsingkan kepala otakku, tulah yang lagi tinggi giler BSP ku tu... Pukul 8.00 malam nanti, kena check buat kali ke 4 hari ini.
So, amalkan diet yang sihat untuk BSP yang sihat. Jika boleh, amalkan pemakanan berpandukan pyramid pemakanan bagi pesakit diabeties di bawah ini
Ni untuk makan tengahari
ataupun macamni...
ataupun macamni...
ataupun semangkuk salad...yummi...sedapnya....
Yang ni pun boleh tapi, rebus2 je tau...
Ku mendambakan yang ni... kalau dapat hari-hari makan yang ni pun takpe....hehe...
Kalau takmo BSP meningkat, silalah usah amalkan yang ni...
& yang ni semua...
Boleh nak makan...tapi usahlah over2...
huhuhu...icecream kegemaranku.... Sobar je lah...
BSP 8.00 malam tadi 7.2 je. Ok :)
ReplyDelete