Tajuknya omputih... tapi... nak ceritanya dalam Bahasa Melayu sudahlah kan...
Layan....
Hari ini, baru ku rasai apakah itu "Quality Time". Setelah sekian lama aku berumahtangga... Hehe...
Kenapa ya? Nak ceritanya, hari aku, encik usben & anak-anak pergi ke kenduri kawan encik usben... Selepas itu, kami berjalan-jalan... Nak tau ke mana? Ke Carrefour je... hehe... Kebetulannya sudah lama tidak ke situ... Janji berjalan kan... Jalan-jalan lihat tv & peralatan teknologi yang canggih lagi manggih. Than, jalan punya jalan punya jalan... makan-makan... Nak tau makan apa? Banyak rupanya pelbagai booth produk makanan dibuka hari ini di situ... Memang best... Dah mereka bagi kami rasalah beramai-ramai... Free lah katakan... Memang best... Than kami ke bahagian stationary. Tiba-tiba, lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif berkumandang... Tergelak ketawa aku melihat gelagat encik usbenku dan anak-anakku yang comel bersama-sama menyanyi dan mengikut rentak itu. Suka hatinya...
Layan....
Setelah menjelajahi persekitaran yang kusebutkan di atas tadi, kami jalan-jalan pula di port ikan-ikan yang sedang hidup lagi. Anak-anak... memanglah suka dengan ikan-ikan tu even aku kegelian melihat belut... Ieeee.... loya tekakku... Tapi takpe... Janji anak-anak & encik usben suka... happy kami semua... Jalan lagi... makan aiskrim... anak-anak je la... kami suami isteri takla teringin, sekadar melihat anak-anak happy makan aiskrim yang panjangnya ke atas dalam corn penjual telah letakkan dan sekadar merasa gitu-gitu je... Janji, anak-anak happy... Sebelah kaunter aiskrim tu ada pula hamster dan pelbagai haiwan jinak untuk peliharaan... Maka, suka sukilah hati anak-anakku pergi melihatnya... Tak beli... Cuma lihat... Memang seronoknya mereka. O ya di kedai buku, sempatku membeli beberapa poster ilmiah tentang abjad rumi dan jawi, solat lelaki & perempuan. Begitu teruja anak-anakku melihat poster itu. Tak sabar mereka nak balik rumah & sama-sama belajar seterusnya mempraktikkannya.
Dah sampai rumah, semua mandi... Bila Maghrib kami solat berjamaah termasuklah yang berumur 2 tahun. Comel sangat dia memakai telekung buatanku (tudungku yang dah tak ku pakai) jadi lah kan... Janji dia nak solat even solat pun dok cak cilut cak dengan kami semua. Hehe... Si abang pun sama (5 tahun) katanya "Siti, jangan mainlah!" sambil solat ni tapi bercakap... Macam-macam... tak khusyuk nak solat aku dibuatnya menahan ketawa. Tak mengapalah, janji solat bermula dari kecil lagi. Selesai solat, mereka semua mengaji. Begitulah rutin mereka bila solat berjamaah maghrib bersama-sama.
Tergerak hati untuk survey produk baby online. Sedang survey, suami ajar anak-anak bacaan solat dan cara solat berpandukan poster yang ku beli tadi. Sejuk...hatiku mendengar mereka beramai-ramai mengikut membaca. Dah selesai, semua nak tidur tapi, sempat lagi, bersama-sama membaca abjad-abjad diposter tu. Sukanya mereka...
Hari ini baru ku tahu betapa ni'matnya quality time iaitu masa yang diluangkan untuk suami dan anak-anak/keluarga. Mudah-mudahan kami bahagia hingga ke akhir hayat. Amin Ya Rabbal 'Alamin...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com