As salam. Bila mata tak mau lelap... Cuba macam mana pun, tetap tak boleh lelap juga. Hati berdebar-debar menanti jam 9 pagi untuk program majlis penutup Kem Rakan Al-Quran (KRQ) 2013 nanti.
BUKAN PERAWAT TAPI SAKSI HIDUP SCAMMER & KEZALIMAN : JAWI, JMB, ahli komuniti residensi, kumpulan ajaran sesat pelampau kalangan guru dan ahli silat, motivator, konsultan, coach self help sebenarnya perawat, dukun ilmu hitam ahli sihir peritual tradisional & moden berprofession tinggi, mengaku jin leluhur sebagai moyang, menunggang agama, nasab keturunan sejarah Raja-Raja Melayu Nusantara. HOBI : Kongsi mutiara kata, tips kesihatan, fakta aqidah dan sejarah.
Showing posts with label BLOGWALKING. Show all posts
Showing posts with label BLOGWALKING. Show all posts
07 December 2013
29 June 2013
APA YANG MURID DARJAH 6 INGIN TAHU
As salam.
Setelah 2 hari berkongsi entri BERLARI KE BULAN?, saya tidak berkesempatan berkongsi sebarang maklumat ataupun coretan pengalaman saya. Hari ini ingin saya berkongsi apa yang selalunya Murid Darjah 6 Ingin Tahu. Ini adalah hasil kajian yang telah saya lakukan terhadap murid tahun 6 saya 2 tahun yang lalu sebelum saya membentangkan tajuk yang bersesuaian bagi mereka sebelum meniti usia remaja.
14 June 2013
NUFFNANG, ieta DAN YUYU ZULAIKHA
As salam.
Dalam kesibukan menghadapi final exam subjek TITAS yang akan saya hadapi sebentar sahaja lagi, saya masih ingin meneruskan blogwalking dan menjengah ke akaun Nuffnang saya.
16 May 2013
TERIMA KASIH GURU
As salam
Mentang-mentanglah saya guru... Sekali saya lupa da... hari ni hari guru...
09 May 2013
30 April 2013
22 April 2013
SAMBUNGAN KISAH BERPINDAH
Sejak berpindah ke sekolah baru ni, semangat untuk blogwalking seakan terkubur.... Mungkin disebabkan penat agaknya...
07 March 2013
MENGAPA SAYA SUKA MENJADI GURU?
As salam.
Mengapa saya suka menjadi guru?
Jawapannya ada di bawah ini
Iaitu murid yang mengamalkan ilmu yang diajarkan oleh gurunya.
Kerana saya tahu, saya kurang amalan.
Saya kurang segala-galanya.
Ilmu itulah yang menjadi bekalan saya nanti di akhirat.
Apabila murid-murid saya mengamalkannya,
itulah sebagai saham saya di SANA nanti

Credit to I Love Islam Web Blog
Ini entri ke tiga hari ini
Entri 1 => TALIBESEN
Entri 2 => BLOGGING DAN BLOGWALKING
27 February 2013
NUFFNANGKU SAYANG
اَلسَّلاَÙ…ُ
عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ
Malu sebenarnya nak postkan entri ni. Tapi... takpelah, buat semangat...
Pernah dah buat entri tentang NUFFNANGS. Tak adalah nak kisah sangat kan.
Sebab niat berblogging hanyalah 1, berkongsi pendapat, ilmu dan cerita.
Tadi, baru je meninjau dari blogger hebat Cik Shida bagaimana nak dapat BE dari Nuffnangs. Baru je nak mencuba buat tips yang diberi. Masa buka dan belek akaun Nuffnangs, Tarra...
Sebab niat berblogging hanyalah 1, berkongsi pendapat, ilmu dan cerita.
Tadi, baru je meninjau dari blogger hebat Cik Shida bagaimana nak dapat BE dari Nuffnangs. Baru je nak mencuba buat tips yang diberi. Masa buka dan belek akaun Nuffnangs, Tarra...
| PV BLOG ieta |
RM0.25 aje? Itupun nak kecoh... ingatkan RM250.00. Janganla gelakkan saya... Huhu...
Dari mana ek dapat banyak tu?
Belek punya belek, dari sini rupanya...
| COST PER CLICK BLOG IETA |
Apanya yang teruja sangat ek dengan RM0.25 tu? Teruja la... sebab inilah pertama kali masyuk... even sedikit, pasti lama-lama jadi membukit. Betul tak?
Blogging memang best, biar lambat masyuk, takpe... teruskan berblogging.
Ada rezqi, adalah tu.
Terima kasih juga kepada blogger berempat di bawah yang rajin meninjau BLOG IETA
| PAGE VIEWER BLOG IETA |
24 December 2012
KENAPA PILIH KERJAYA GURU?
اَلسَّلاَÙ…ُ
عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ
"Kenapa jadi guru tak kerja lain?" Pertanyaan yang sudah beberapa kali orang tanya padaku disebabkan aku punya sedikit kemahiran di bahagian pentadbiran pejabat dan ada kemahiran dalam bidang komputer (sikit-sikit gak...) Tiada apa yang harus dibanggakan kerana semuanya adalah pinjaman sementara hidup di dunia ni sahaja.
Sebenarnya, mejadi guru bukanlah mudah seperti yang ramai menyangkakannya. Kadangkala jika ada ibubapa tidak berpuashati, mereka nak tuding-tuding jari, mereka nak sumpah seranah, mereka nak memaki hamun atau marah-marah, mereka nak tuduh macam-macam. Guru terpaksa telan walaupun guru itu tidak bersalah dalam hal yang menjadi isu tertentu (teringat kes murid fitnah diri ini) Sabar je la... Tak berdendam tapi, bila teringat balik tu, dalam hati "Sampainya... hati..." Mudah-mudahan beliau berjaya ke akhir hayat. Ku halalkan ilmuku dunia & akhirat untuknya.
Tetapi, kenapa masih memilih kerjaya ini?
Sebab utama ialah, aku MINAT. Tak tahulah bila dan kenapa tapi, walau ada juga tawaran bekerja di pejabat, aku rasa, lebih elok dan lebih baik aku bekerja sebagai guru.
Tahun 2009 merupakan tahun yang paling menyeronokkan aku sebagai seorang guru. Boleh baca di entriku Ini dan Ini. Mungkin itu semua adalah perkara biasa-biasa sahaja tetapi itulah yang menambahkan minat dan sukanya aku menjadi seorang guru.
Biarpun guru yang dipanggil Ustazah, aku juga seperti orang lain, punya naluri, punya perasaan dan punya keinginan yang pelbagai. Ye lah kan... tak seorangpun di dunia ni yang sempurna... pasti ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Sebab itulah aku ingin teruskan kerjaya guru yang dalam bahasa arabnya Ustazah atau ustaz dalam bahasa Inggerisnya, teacher... cuma untuk sentiasa mengingatkan diri ini supaya tidak lupa dan leka dengan segala-gala urusan keduniaan semata-mata termasuklah berblogging ni. Apapun, sebagai guru memang kesabaran yang tinggi amat diperlukan di dalam menangani sebarang permasalahan yang timbul... Sabar itu separuh daripada iman... :) Tidak dinafikan ada juga guru yang bersikap sambil lewa. Tetapi aku sentiasa cuba berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk semua. Walaupun aku ni tak sesempurna mana...
| Lihat maksud tersurat di sebalik yang tersirat... |
Buat semua guru-guruku terima kasih tak terhingga,
tanpa kalian semua mungkin diri ini tidak menjadi manusia yang berguna.
Buat abah dan arwah emak (al-Fatihah) terima kasih hantar kaklong ke pondok dulu walau kaklong tak suka.
Buat adik-adik, mertua, ipar duai, suami dan anak-anak, terima kasih terima diri ini yang seadanya.
Buat rakan-rakan sekerja, terima kasih atas jasa kalian tatkala masalah menimpa.
Buat rakan blogger, anda memang hebat kerana masih sudi ke blog saya yang tak seberapa
dan terkadang menulis entah apa-apa....
Kenapa anda memilih kerjaya anda sekarang? Suka dan bahagiakah anda dengannya?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
MEREKA SUDAH TIDAK BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....
-
Bagaimana cara saya update blog? Bagaimana ya? Ramai yang hairan. Hehe... Kawan-kawan hairan bila masa saya update blog? Beberapa...
-
اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ "Kenapa jadi guru tak kerja lain?" Pertanyaan yang sudah beberapa kali ...
-
SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME ATAU PJJ? اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ Permintaan rakan blogger untuk say...