Cantik berseri di Aidilfitri

As salam. 

Masih berkesempatan untuk menyertai GA anjuran +cik yaya ni sebagai sokongan kepada beliau. Andai menang, best juga la kan... hehe...

BANNER GA CIK YAYA
INGIN MENYERTAI? KLIK BANNER CUTE INI YA. CEPAT...SEBELUM TAMAT TEMPOH

Sudah lama saya mengetahui produk fair & lovely merupakan salah satu produk yang dapat membantu memberikan kecerahan pada kulit. Walaupun saya bukanlah pengguna tegar produk ini, nyata produk ini telah terbukti berkesan bila salah seorang adik perempuan saya menggunakannya. Memang wajahnya putih berseri dan sentiasa bermaya. Bukan sahaja ada yang menegurnya muka berseri, krim pencerah muka  Advanced Multi Vitamin Fair & Lovely yang dipakai juga memberikan bauan yang harum yang memberikan keselesaan kepadanya. Baunya yang harum membuatkan saya yang duduk di sebelahnya pun rasa tenang dan selesa sangat. Tona kulit adik saya pun dah semakin sekata. Tidak perlu lagi memakai minyak wangi kot... Hehe. 


3. Nyatakan bagaimana produk fair & lovely dapat membantu memberikan kecerahan pada kulit anda setiap hari.

Dengan menggunakan produk kecantikan Fair & Lovely, penampilan luaran seseorang akan lebih terserlah bilamana pengguna produk akan tampil dengan lebih ayu dan jelita. Pengguna produk ini juga dapat memiliki kulit cerah berseri tanpa rasa rendah diri apabila berhadapan dengan tetamu dan sanak saudara di musim perayaan dan bila-bila sahaja. Pengguna juga akan memiliki kulit yang lebih lembut, cerah berseri malahan berbau harum sepanjang masa melalui lima rawatan pencerahan unik yang terdapat Vitamin B3, C dan E yang membantu untuk : 
  1. Mengurangkan bintik-bintik hitam.
  2. Mengurangkan warna kulit perang.
  3. Mengurangkan kesuraman.
  4. Mencerahkan lingkaran-lingkaran hitam.
  5. Mencerahkan tona kulit secara menyeluruh.

4. Berikan azam / wishlist/ harapan anda untuk raya kali ni (2013)

Azam saya untuk raya 2013 ini ialah meneruskan karier blogging melalui entri auto publish walaupun di hari dan bulan raya kerana dari berblogging inilah menjana kewangan saya seterusnya, maniskan senyuman kurangkan gula supaya raya kali ini lebih berseri tanpa sebarang kekusutan juga permasalahan dan kembali menggunakan produk Fair & lovely untuk lebih berketrampilan dalam mengekalkan keceriaan wajah saya.

Harapan saya, dengan menyertai GA ini, dan dengan bantuan rakan-rakan blogger yang sudi singgah ke blog saya ni, sumber pendapatan yang berdikit-dikit dari hasil berbloggin ini dapat membantu saya untuk membiayai kos pembelajaran saya. Apa lagi... klik-kliklah mana-mana yang patut dalam blog ieta ni... Tak pun, komen-komen lah mana-mana entri yang ada dalam blog ieta ni... dan follow-followlah mana-mana yang patut.. hehe... tak paksa tau... sekadar promosi blog ieta semata :)

5. Lengkapkan slogan : “Produk Fair & Lovely sentiasa di hati ....................................”
"Produk Fair & Lovely sentiasa di hati. Penggunanya pasti berpuas hati. Disamping mencantikkan diri, ia juga menghilangkan stress di dalam hati dengan harumannya yang mewangi".

10 pemenang bertuah akan memenangi hamper produk fair & lovely bernilai RM50. Jadi apa tunggu lagi? Jom la turut serta.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA.

  BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA . (Kongsi di facebook pada 30/3/2021 . Kemaskini ke blog 21/1...