Walaupun saya cuti berpantang anak ke lima, saya mendapat A+ semasa final exambagi subjek ini. Alhamdulillah. Saya sukakan pensyarah subjek saya ini kerana beliau seorang yang mudah timbang bicara dan amat memahami situasi saya. Yang paling best, beliau tidak berkira markah. Hehe...
Soalan
1
Bincangkan
pendekatan yang akan anda gunakan jika berpeluang menggunakan audio sebagai
bahan bantu mengajar di sekolah?
Jika berpeluang
menggunakan audio sebagai bahan bantu mengajar di sekolah, saya lebih suka
menggunakan audio yang telah sedia ada di dalam perisian PowerPoint.
Antara sebab
mengapa saya memilih perisian PowerPoint sebagai bahan bantu mengajar saya
ialah :
- Perisian ini sudah sedia ada di dalam mana-mana komputer. Ini membuatkan segala aktiviti untuk membina bahan persembahan kepada murid-murid menjadi mudah.
- Melalui perisian ini juga, saya boleh menyampaikan isi pelajaran di dalam kelas dengan lebih tersusun dan menarik perhatian mereka terhadap pengajaran yang mahu saya sampaikan
- Notes Page yang dicetak dapat membantu saya untuk menyampaikan sesi pengajaran di dalam kelas.
- Aktiviti memasukkan bunyi dari Sound Gallery dan Ulasan ke dalam persembahan dapat memeriahkan lagi bahan bantu mengajar saya.
Ini berdasarkan
pengalaman saya memaparkan persembahan multimedia dihari anugerah cemerlang yang
melibatkan ibu bapa dan murid-murid di dalam dewan sekolah. Saya juga sering
membuat pembentangan beraudio berkaitan isu semasa dan remaja di dalam program
khusus untuk tahun enam di akhir tahun sesi persekolahan menggunakan perisian
PowerPoint.
Adakalanya,
saya juga menayangkan slaid yang berkaitan dengan topik sesuatu pelajaran di
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Paparan melalui perisian
PowerPoint dengan audio yang saya buat diselang-selikan gambar-gambar yang saya
perolehi dari pelbagai sumber membuatkan murid-murid lebih memberi tumpuan
terhadap apa yang ingin saya sampaikan berbanding kaedah tradisional yang hanya
menggunakan buku kerja dan buku latihan sahaja.
Apa yang saya
lakukan adalah sejajar dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang inginkan guru
menggunakan teknologi maklumat sebagai pendekatan menarik minat murid-murid
untuk belajar khususnya di dalam matapelajaran agama.
Walaupun ada di
kalangan guru ada yang beranggapan kaedah ini adalah rumit dan membuang masa,
saya tetap suka menggunakan kaedah ini kerana apabila sekali sudah siap bahan
bantu mengajar menggunakan perisian beraudio maka ia menjadi lebih mudah di
masa-masa akan datang kerana bahan bantu mengajar telah sedia ada dihujung
jari.
Moga bermanfaat bagi pelajar yang mencari bahan untuk topik ini.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com