Entri beliau bertajuk HAPPY FATHER'S DAY dibuat sempena hari bapa untuk ayahnya. Jom baca...
Hello!!!
Aku sebenarnya antara orang yang bertuah kat muka bumi ni sebab dikurniakan seorang ayah yang sangat baik dan penyayang. Tegas tapi jarang sangat marah anak-anaknya. Seorang ayah yang sangat bertanggungjawab dan x pernah mengecewakan keluarga. Shoot... Aku dah nangis!!! :(
Papa aku ni memang sempoi. Cukup kelakar dan selalu bergurau dengan anak-anaknya. Aku anak sulung dan memang rapat dengan Mama tapi dengan Papa pun masih lagi rapat. Masih ingat lagi, masa aku umur 13 tahun, aku pindah ikut Papa utk stay kat Kota Bharu. Mama masa tu kat Kuala Krai. Papa pulak kerja kat KB.
Byk pengalaman pahit dan manis (manis lagi banyak) tp ada satu kenangan yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Masa tu Form 2. Around 1999, tgh kegawatan ekonomi. Masa tu mungkin Papa tgh 'kering'. Masa hantar aku ke sekolah dgn motor, Papa cakap dia takde duit nak bagi belanja sekolah for that day. Aku pulak memang jenis malas ke kantin so duit belanja previous day still lagi ada. So aku cakap takpe kat Papa. Bila sampai sekolah Papa seluk poket dia, then keluarkan syiling 20 sen. "Long, ambik lah duit ni. Ni je hok Papa ada hari ni." Ya Allah, masa tu jugak timbul satu perasaan yg sangat sedih dan terharu kpd Papa aku.
Aku simpan duit itu. X belanja pun. So kalau time aku stress ke apa2 masa nak belajar atau malas nak belajar, peristiwa ni motivate aku sgt2. Dari PMR hingga sampailah ada Masters, aku guna peristiwa ini untuk ingat akan jasa Papa aku dan belajar bersungguh-sungguh.
Jadi, hargailah ayah anda, bukan saja bila time Father's Day tapi setiap saat dan waktu. En Iskandar, anda telah menjalankan tugas anda dengan sangat bagus. I love you, Papa
Happy Father's Day!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota kaki : Sedih baca kisah ini, teringat abah saya yang gigih dan susah payah beliau menghantar saya ke sekolah dan ke klinik masa kecil-kecil dulu. Sayang abah saya sangat-sangat. Al-Fatihah untuk arwah emak saya yang juga berjasa. Tak mungkin terbalas jasa mereka berdua membesar dan mendidik kita sekalipun dengan segunung emas. Tanpa mereka, saya tak mungkin menjadi insan seperti sekarang ini.... Hargailah kedua ibu bapa kita selagi hayat dikandung badan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com