REMOTE TV DAN HANDPHONE

As salam.

Sebuah kisah ketika di awal-awal perkahwinan saya. Ketika itu, saya dan encik usben baru-baru menetap di rumah sewa sendiri. "REMOTE TV DAN HANDPHONE"

Kisah REMOTE TV DAN HANDPHONE ni berlaku ketika saya dan encik usben melihat tv. Tiba-tiba :-

Encik Usben : "Ayang, tolong ambil remote tv tu".

Saya lantas mengambil dan menghulurkan benda yang berada di sebelah tanpa memandang apa yang dicapainya telah saya capai tu. Lantas encik usben yang juga tanpa memandang benda itu terus memicit-micit dan menekan-nekan untuk menukar tv ke siaran yang lain kerana itulah hobinya tatkala bosan dengan siaran yang sedang ke udara.
REMOTE TV DAN HANDPHONE, remote tv, handphone, kisah lucu, pengalaman suami isteri, kisah rumahtangga
LEBIH KURANG BEGINILAH RUPA BENTUK REMOTE TV TU

Tiba-tiba baru encik usben terperasan sesuatu.

Encik Usben : "La... patutla tak bertukar-tukar siaran ni..." sambil memandang kepada saya. Lantas bersuara "Apa la Ayang ni........."

Si isteri : "Kenapa?" sambil memandang ke tangan encik usbennya. Kemudian saya tergelak sakan sampai berguling-guling.

Rupa-rupanya, yang saya berikan kepada encik usben saya tu ialah handphone yang sama besar dengan remote tv kami yang kebetulannya terletak sebelah-menyebelah sahaja di tepi saya.

Kuang3.....


REMOTE TV DAN HANDPHONE, remote tv, handphone, kisah lucu, pengalaman suami isteri, kisah rumahtangga
LEBIH KURANG GINI RUPA HANDPHONE TU TAPI TAKDE ANTENANYA. CARI DALAM GOOGLE TAK JUMPA

Masalahnya, encik usben saya sepatah habuk pun tidak ketawa bila saya cerita kat dia kisah REMOTE TV DAN HANDPHONE ni. Hadehla.... Saya Sehingga kini sekarang jika teringat kisah ni, pasti saya tergelak. Anda, ada kenangan manis ketika baru berumahtangga seperti kisah REMOTE TV DAN HANDPHONE ini?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...