KOMEN ANONYMOUS

As salam. Banyak betul komen anonymous yang masuk ke ruang Spam. Bagusnya blog berhosting blogspot ni, semua komen yang ada ditapis dahulu.

Banyak sebenarnya komen anonymous yang saya dapat. Kesemuanya saya dah padam. Cuma tinggal yang ini sahaja lagi. Nak buang sayang pula sebab ada di kalangan cik/puan anonymous ni meninggalkan komen berbentuk pertanyaan yang berkaitan blog. Mungkin pertanyaan yang ada membantu saya membuat sebarang tutorial berkaitan blog. Pengomen yang ramai berkunjung dalam blog saya ini ramai yang menggunakan nickname anonymous. Anonymous memang boleh meninggalkan komen tapi, blogspot akan auto masukkan terus ke dalam ruang komen spam. 

anonymous, maksud anonymous, komen anonymous, nickname anonymous, blogger yang mesra

Pada kebiasaannya, komen anonymous ni meninggalkan URL link iklan ataupun sebarang link yang diragui oleh blogspot. Sebab itulah komen-komen dari anonymous akan terus masuk ke ruang komen spam. Jadi selamatlah blog dari diban oleh google melalui link hidup atau link mati yang akan membuatkan blog dianggap spam

Kadangkala rasa hairan juga kenapa tak berani tinggalkan nama sebenar ya? Bagaimana nak menjawab atau membalas kunjungan dari komen anonymous jika tidak tinggalkan sebarang URL link blog untuk berbalas kunjungan? Hanya sekadar nickname anonymous cukupkah dianggap sebagai blogger yang mesra? Tak cukup berani agaknya kan untuk menampilkan diri...? Betulke komen anonymous menunjukkan blogger tu famous?

Nota : Maaf, sedang handle program Kem Rakan Al-Quran selama 3 minggu, tak sempat berblogging sehingga 6/12/2013

10 comments:

  1. Ramai anon ni bukan blogger, tapi yg bertanya soalan bkaitan blog mungkin adalah blogger...hehe..ramai anon ni maksudnya famous ler haha

    ReplyDelete
  2. nasib baik la blog sy tak dapat banyak komen dari encik dan cik ANON hehe :)
    bahaya tu kalau kena ban..

    ReplyDelete
  3. hurm pelik jugak mungkiin dia pemalu kot

    ReplyDelete
  4. kalo good anon takpe. yang bad anon tu yang hmm..

    ReplyDelete
  5. Boleh jadi
    1.spammer yang jahat
    2. Individu bukn blogger
    3. Mereka yng tk mhu identiti dikenali

    Hehe

    ReplyDelete
  6. normal kalau dapat. tak normal kalau tak pernah dapat. hoho

    ReplyDelete
  7. Sy setting bhgian komen.. Alhamdulillah..xde la makhluk ni komen dan xde lagi spam...

    ReplyDelete
  8. kebanyakkan anon ni just pautkan kita ke website beriklan je. atau sebahagian anon ni dah kenal kita, so depa tak berani la letak nama.. ermm..

    ReplyDelete
  9. Google ban blog kita betul ke tak tau lak..

    ReplyDelete
  10. anon kdg2 blogger...kdg2 blogger baru..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz rupanya bomoh, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka, mendakyah beta ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

MUKMIN MUSLIM HENTIKAN PEMBULIAN SIBER

MUKMIN MUSLIM HENTIKAN PEMBULIAN SIBER . (Sambungan dari artikel  INI ,   INI ,  INI   dan INI ).  K redit kepada   page   Public Health Ma...