PERASAAN ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP LAUNGAN AZAN-Ulasan Berikut adalah Contoh
Ulasan Artikel yang diambil dari JURNAL USULUDDIN, BIL 27 [2008]
109-119.
Contoh Ulasan Artikel bertajuk PERASAAN ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP LAUNGANAZAN ini saya
buat secara berkumpulan. Ahli kumpulan saya terdiri daripada Puan Siti
Mahfuzah, Puan Rohani Abdullah dan Puan Nur Rahimah. Masa buat ulasan
artikel ni, puas saya mencari serata google contoh
ulasan artikel untuk saya buat rujukan. Malangnya... tak jumpa sampai ke
sudah.
Oleh itu, saya rasakan contoh ulasan
artikel ni wajar saya letak dalam blog saya ni untuk memudahkan pelajar-
pelajar membuat rujukan kelak. Paparan Contoh ulasan artikel telah
mendapat persetujuan dari rakan-rakan kumpulan saya yang mana untuk subjek TITAS ini,
saya mengetuai kumpulan.
PENGENALAN
Artikel ini mengkaji
mengenai faktor-faktor penarik orang bukan Islam kepada Islam.
Dakwah terhadap
penduduk bukan Islam oleh ahli jawatankuasa masjid menjadi bahan utama bagi
kajian ini melihat kesan aktiviti masjid terhadap penduduk bukan Islam. Usaha
dakwah terhadap orang bukan Islam di sekitar masjid adalah salah satu usaha
yang baik dan harus diperkemaskan. Ini kerana orang bukan Islam beranggapan
bahawa masjid hanya dimiliki oleh orang Islam sahaja dan orang bukan Islam
tidak boleh memasuki masjid.
Bagi meningkatkan kefahaman
orang bukan Islam terhadap Islam, masjid menjadi satu tempat perbincangan yang
baik untuk mendapatkan idea. Jika diambil contoh dari masjid yang ada di
Singapura, begitu aktif dengan aktiviti supaya masjid dianggap satu tempat yang
bukan hanya untuk ibadah malah lebih dari itu. Berdasarkan artikel ini banyak
aktiviti masjid yang tidak menarik minat orang bukan Islam terhadap aktiviti
masjid. Apabila persepsi negatif ditanam dalam pemikiran orang bukan Islam maka
semakin sukar AJK masjid untuk merancang aktiviti untuk penduduk bukan Islam.
Tumpuan kajian ini lebih
melihat kepada perasaan orang bukan Islam terhadap aktiviti-aktiviti masjid
terutamanya laungan bacaan al-quran, azan dan kuliah mengganggu keharmonian
masyarakat bukan Islam di sekitar masjid. Kajian ini juga memilih tiga lokasi
masjid yang mempunyai komposisi penduduk yang mana sekitar masjid tersebut
didiami oleh majoriti penduduk bukan Islam.
Sebanyak 300 set soalan
soal selidik telah diedarkan ke lokasi kajian dan sebanyak 296 set soalan telah
berjaya dikumpulkan bagi tujuan penganalisaan. Borang soal selidik telah
diedarkan secara teori persampelan purposive. Hasil data dari kajian ini telah
dianalisis menggunakan perisian SPSS berdasarkan kaedah induktif, deduktif dan
komparatif. Soalan yang disoal selidik sangat mudah difahami dan hanya sedikit
soalan sahaja perlu dijawab oleh sampel yang telah digunapakai bagi tujuan kaji
selidik.
Hasil dari kajian artikel
ini mendapati sejauh mana aktiviti masjid boleh mengganggu orang bukan Islam
yang berada disekitarnya seterusnya menjauhkan mereka daripada Islam. Namun
pandangan pengkaji juga melihat faktor media juga memainkan peranan untuk
mempengaruhi masyarakat bukan Islam mengenali masjid.
2.0 ISI-ISI PENTING
Artikel
ini menunjukkan kajian mengenai laungan suara, bacaan dan aktiviti masjid
mengganggu perasaan orang bukan Islam. Di dalam artikel ini juga menunjukkan
statistik kajian mengenai penerimaan orang bukan islam terhadap aktiviti
masjid.
Antara punca orang bukan islam tidak mendalami islam ialah:
1. Tidak
ada usaha bersungguh – sungguh dari non – muslim di Malaysia untuk mendalami
ajaran Islam.
2. Orang
Islam sendiri yang menganggap masjid untuk orang Islam sahaja.
3. Tiada
masa untuk mengetahui tentang aktiviti masjid dengan jelas.
4. Hanya
sebahagian kecil orang bukan Islam yang tinggal berhampiran dengan masjid
dijemput menghadiri sesetengah aktiviti masjid.
3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN ARTIKEL
Jumlah responden yang mencukupi untuk dijadikan asas kesimpulan
terhadap kajian ini dibantu oleh bentuk soalan yang mudah difahami dan teratur
untuk responden yang bukan beragama Islam memberi respon mereka merupakan
kekuatan bagi artikel ini.
Antara kekuatan yang wujud dalam artikel ini ialah:
1. Orang bukan Islam boleh
menerima laungan suara – suara bacaan dari masjid dengan alas an orang Islam
juga boleh menerima suara – suara daripada kuil dan tempat ibadat mereka.
2. Hampir keseluruhan orang
bukan Islam tidak merasa terganggu dengan laungan suara – suara bacaan dari
masjid.
Kelemahan artikel ini terdapat beberapa persepsi orang bukan Islam
terhadap orang Islam antaranya :
1. Orang bukan Islam sentiasa
buruk sangka terhadap orang Islam.
2. Orang bukan Islam merasa
risau mengenai pengganas Muslim.
3. Orang bukan Islam mengkritik
masyarakat Islam dalam beberapa isu seperti isu kedudukan wanita dalam Islam
dan kurangnya toleransi orang Islam terhadap non Muslim.
4. Orang bukan Islam tidak
memperakui dan mengiktiraf diskriminasi yang dikatakan dihadapi oleh orang
Islam.
5. Kurangnya integrasi oleh
masyarakat muslim dan meletakkan kesalahan tersebut keatas orang Islam.
6. Orang bukan Islam yang
tinggal berdekatan dengan masjid tidak berminat untuk mengetahui tentang Islam
.
4.0 SARANAN
DAN CADANGAN KAMI
Berikut adalan saranan dan cadangan kami :
1. Meningkatkan kefahaman orang
Islam mengenai hak dan tanggungjawab memelihara dan menjaga hak jiran di
kalangan orang Islam dan bukan Islam memerlukan pelbagai pihak mengenal pasti
perkara-perkara yang disukai dan tidak disukai oleh pihak lain seterusnya
mengambil tindakan mengikut pertimbangan yang bersesuaian dalam meningkatkan
kefahaman dan penghayatan umat Islam terhadap Islam supaya amalan masyarakat
Islam selaras dengan ajaran agamanya. Pelbagai usaha boleh dilakukan samaada
melalui penerangan berbentuk kuliah, khutbah dan lain-lain aktiviti masjid.
2. Menjelaskan kepada orang
bukan Islam mengenai salah faham terhadap Islam dengan penerangan yang jelas
melalui pelbagai aktiviti yang sesuai seperti penyediaan website, dialog,
kaunter penerangan, ziarah, dan lain-lain di samping pembuktian melalui peribadi
mulia seorang muslim.
3. Mempelbagaikan dan
mengaktifkan aktiviti masjid untuk manfaat bukan sahaja kepada orang Islam
tetapi juga orang bukan Islam. Antaranya melalui kaedah memasyarakatkan masjid
dengan cara menganjurkan aktiviti-aktiviti masjid yang bersifat indoor dan
outdoor untuk kepentingan bersama seperti penganjuran :
a. Aktiviti gotong royong
membersihkan kawasan persekitaran perumahan, aktiviti menjaga keselamatan
kawasan perumahan, ativiti “rumah terbuka” sempena perayaan-perayaan Islam dan
aktiviti riadah dan rekreasi.
b. Kursus-kursus dan
bengkel-bengkel kemahiran, kekeluargaan, khidmat kaunseling dan pelbagai
pertandingan bagi setiap lapisan masyarakat merentas agama dan kaum seperti
pertandingan memancing, memasak, melukis dan seumpamanya.
c. Kelas-kelas tambahan
serta kelas tuisyen.
d. Program Hari Bersama
Pelanggan, pameran, kaunter penerangan, program memeriksa kesihatan dan derma
darah.
5.0 KESIMPULAN
Dapatan kajian menunjukkan seramai 274 orang atau 92.57%
menyatakan tidak berminat, terhadap aktiviti masjid. Manakala seramai 11
orang atau 3.71% menyatakan berminat dan seramai 11 orang atau 3.71% menjawab
lain-lain jawapan.
Hampir separuh iaitu sebanyak 147 orang atau 49.7% beranggapan
masjid hanya untuk orang Islam sahaja apabila ditanya tentang faktor tidak
berminat untuk mengetahui tentang aktiviti masjid. Seramai 90 orang atau 30.4%
menyatakan mereka tiada masa. Manakala 11 orang atau 3.71% tidak memberikan
sebarang jawapan. Seterusnya, seramai 8 orang atau 2.7% menyatakan kerana sikap
orang masjid dan seramai 5 orang atau 1.7% menyatakan bahawa aktiviti di masjid
berunsur politik dan hanya seorang sahaja atau 0.3% menyatakan terdapat
unsur-unsur yang memburuk-burukkan pihak tertentu. Manakala, 34 orang atau
11.48% menyatakan lain-lain jawapan.
Seramai 275 orang atau 92.9% menyatakan tidak pernah menyertai
aktiviti masjid. Manakala, 12 orang responden atau 4.1% tidak memberikan
sebarang jawapan. Diikuti oleh 9 orang responden atau 3.0% menyatakan mereka
pernah mengikuti aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak masjid. Hasil kajian
mendapati seramai 259 orang atau 87.5% menyatakan mereka tidak pernah dijemput
untuk menyertai aktiviti masjid yang dilaksanakan manakala 37 orang atau
12.5% menyatakan pernah dijemput.
Majoriti responden iaitu 293 orang atau 99.0 % menyatakan tidak
ada keinginan untuk mencadangkan sebarang usul kepada pihak masjid. Manakala 3
orang atau 1.0% menyatakan ada keinginan. Seramai 295 orang atau 99.7% menjawab
tidak pernah mencadangkan sebarang usul terhadap pihak masjid manakala seorang
atau 0.3% pernah memberikan cadangan kepada pihak masjid. Seramai 162 orang
atau 54.7% merasa selesa tinggal berhampiran masjid, 113 orang atau 38.2%
menyatakan rasa biasa sahaja, 14 orang atau 4.7% tidak memberikan sebarang
jawapan dan hanya 7 orang atau 2.4% menyatakan tidak selesa.
Pendekatan mesra dan berfikiran terbuka terhadap orang bukan Islam
wajar dipraktikkan oleh Ahli Jawatankuasa Surau atau Masjid dan penduduk
setempat bagi menarik minat orang bukan Islam mendekati masjid. Beberapa usaha
yang dilakukan oleh sesetengah masjid untuk menggalakkan orang bukan Islam
menyertai beberapa aktiviti masjid yang bersesuaian perlulah diteruskan dan sentiasa
dikemaskini dengan pelbagai pembaharuan. Laungan azan terbukti memberi manfaat
kepada semua pihak walau segelintir kurang selesa dengannya.
RUJUKAN
Ab. Aziz Mohd Zin, Faisal Ahmad Shah, Mariam bt. Abd Majid
& Mohd Makhi b. Adnan (2008) Perasaan Orang Bukan Islam Terhadap Laungan
Azan. Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008]. Page 109-119.
PERASAAN ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP LAUNGAN AZAN-Ulasan. Moga contoh ulasan
artikel bertajuk PERASAAN ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP
LAUNGAN AZAN- Ulasan ini memudahkan pelajar-pelajar IPT/IPTA
membuat rujukan bahan contoh ulasan artikel dalam
menyiapkan mana-mana ulasan artikel yang diarah oleh pensyarah
masing-masing.
Saya baru lepas buat ulasan artikel sem lepas...susah nak cari tutorial woo...
ReplyDeleteMemangpun. Even pensyarah bagi contoh. Sakit kepala memikirnya. Tp dah sekali buat tak jadi masalah dah utk yg akn dtg :)
DeleteEmm dulu tak ada pulak kena buat menda ni semua..haha
ReplyDeleteDegree style mmg mcmtu. Huhu.... sobar je la... gelakkan kita ye... :D
Deleteamal tgh cari ulasan artikel.. google, tgk2 entry ni ada kat first page,... thumbs up ! :D
ReplyDeleteramai yg tgh cri entry2 mcm ni.. hehe
Alhamdulillah.... ini entri kedua saya yang saya tahu berada di 1st page. Terima kasih Cik Amal sudi beritahu... :'(
DeleteContoh Ulasan Artikel
ReplyDelete----------------------
شركة كشف تسربات المياه بالرياض