Apa yang saya lakukan bila anak saya demam?


Apa yang saya lakukan bila anak saya demam?

"DEMAM"... itulah yang terjadi pada diri saya selama 3 minggu berturut-turut tempoh hari.

Pada minggu yang lalu, ujian DEMAM paling teruk menjadi-jadi ditambah dengan sakit kepala dan anak yang ke 5 berumur setahun dan anak ke 2 berumur 7 tahun juga diserang demam. Anak yang ke 2 siap sakit kepala yang amat lagi. Kesian saya lihat dia. 

Akhirnya, hari Jumaat 21/2/2014 dengan penuh tawakkal dan kepala yang bengal, saya bawa ke dua anak-anak saya tu ke klinik. Drive sendirian.... Tawakkaltu 'Alallah je. Yang setahun letak dalam carrier. Yang anak ke 2 tu, tersandar tak larat di seat sebelah saya. Suami kerja. Nak buat macamana beb... Masa tulah saya rasa bersyukur tak terhingganya pada Allah S.W.T yang mengurniakan aqal kepada saya... Bayangkanlah... Tak pernah seumur hidup saya drive seorang diri bawa anak tanpa suami di sisi... Syukur Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan.

Sampai di klinik, anak saya yang ke 5 meragam sahaja. Badan memang panas giler... Yang ke 2 tu pula, muntah selambak dilantai klinik. Kesian staff klinik kena lap cuci lantai tu. Longlai je anak saya tu berjalan. Saya sebab ibu kan... lemah pun, bebawa kuatkan semangat juga la... Allah sahaja yang tahu bagaimana hati dan perasaan saya ketika itu. Siapa tak sayang anak beb...



Apa yang saya lakukan bila anak saya demam? 
  1. Sekejap-sekejap saya lap bergilir-gilir dengan tuala basah 2 anak saya tu.
  2. Sambil lap, bacalah ayatul kursi.
  3. Baca amalan harian.
  4. Hembus di ubun-ubun kepala anak-anak.
  5. Beri makan ubat ikut waktunya.
  6. Beri minum air masak sekerap mungkin.
  7. Berdoa, solat hajat minta kesembuhan dan apa sahaja nak minta untuk anak-anak dan keluarga. Atau
  8. Jangan berlengah-lengah lagi, terus bawa anak ke wad kecemasan. Ini cara doktor di hospital semasa anak ke 5 saya masih baby lagi. Beliau demam panas 40 celcius. Doktor ambil span, basahkan ke air paip tanpa perah. Perahkan ke seluruh badan anak dan sapukn towel good morning yang basah ke seluruh badan anak. Selang beberapa jam ubat dimasukkan ikut saluran perkumuhan.
  9. Selain itu, cara tradisional seperti jelum kepala dengan air asam jawa dan ramas daun bunga raya pun saya cuba juga.
Pembaca yang dirahmati Allah... Sakit itu sebenarnya ujian... Dugaan buat kita hambaNYA. Banyak-banyakkan bersabar tatkala diuji.

Bila Allah mememerhatikan kita,

Sering diuji dan diduganya kita,

Ujian dan dugaan tu pelbagai bentuk dan rupa,

Diaib, dicaci, dikeji dan dicerca antaranya.



Termasuklah difitnah atau dihina,

Itu semua perkara biasa sahaja,
Seeloknya relax sahaja,
Usahlah rasa Stress pula,
Itu semua kan, kaffarah (penghapus) dosa,
Juga melihat sejauh mana cekal dan kentalnya jiwa kita.

Bila anak demam
Saya memang tak tidur malam,
Kejap-kejap terjaga,
Tak puas lena dibuatnya....

Bila demam melanda,
Nak buat apa pun tergendala,
Langsung tak dapat buat apa-apa kerja,
Minggu nilah saya nak pulun segala...

Jadi, aktiviti blogging memang dah jarang la,
Main curi-curi masa,
Nak siapkan soalan Ujian Prestasi sepatutnya yang utama

Menaip dengan lajunya,
Jap lagi nak hantar anak ke sekolahnya pula,
Terima kasih membaca diblog saya yang seadanya
Bagaimana pengalaman anda pula...?

12 comments:

  1. same la kite..mmg x lena mlm dibuatnye slagi x baik demam :')

    ReplyDelete
  2. anak kalu demam kite pulak yang susah hati kan ieta..

    ReplyDelete
  3. Emm biasalah musim dia sekarang ni kot..apa-apa pun terima kasih atas tips yang diberikan..semoga si anak lekas sembuh...aminnn

    ReplyDelete
  4. bila anak deman, asyik berjaga malam, maknya pun sama berjagalah. sekarang musim denggi harus lebih jaga-jaga dan lebih sensitif.

    ReplyDelete
  5. Jelum air asam jawa.. Petua turun temurun..

    ReplyDelete
  6. salam kenal dan follow
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...