Pembentangan secara santai berkaitan Poligami Rasulullah s.a.w yang mereka lakukan telah menarik perhatian saya selaku blogger yang sering dihujani pertanyaan pelbagai masalah melanda masyarakat amnya termasuk individu yang menghadapi kemelut masaalah rumahtangga khususnya dalam hal poligami.
Pembentangan dimulai dengan pembentangan lawak jenaka berseloroh santai dari Puan. Mariyani. Namun cukup membuka minda kami semua :D |
Islam meraikan apa yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T dalam hal berpoligami. Telah siap dipertimbangkan manfaat dan keburukan terhadap semua pihak baik terhadap suami mahupun si isteri. Allah telah memberi keizinan kepada yang perlu dan mampu dari segala hal serta bersyarat agar tidak berlaku kezaliman dan sikap berat sebelah. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisak ayat 30 yang bermaksud :"Itulah fitrah cinta. Itulah hukum asal pernikahan dalam Islam. Itulah pernikahan yang lebih dekat dengan prinsip mawaddah, rahmah dan sakinah. Poligami cuma satu alternatif jika ada keperluan. Tanpa keperluan, ia hanya jadi racun. itulah kedudukan sebenar poligami dalam Islam, rukhsah (keringanan) bukan (azhimah) atau hukum asal."
"Jika kamu takut tidak dapat berlaku adil maka (nikahlah) hanya seorang isteri"
Isteri pertama Rasulullah s.a.w dinikahi selama 25 tahun. |
Isteri ke 3 Rasulullah s.a.w hidup bersama selama 10 tahun. |
Isteri ke 4 Rasulullah s.a.w dinikahi selama 8 tahun. |
Poligami adalah ibarat susunan 4 jari iaitu jari telunjuk, jari tengah, jari manis dan jari kelingking. Cuba perhatikan, kedudukan jari telunjuk untuk naik ke jari tengah amat tinggi dan susah jika tidak kena caranya. Tetapi jika dah naik ke jari telunjuk, untuk ke jari manis dan ke jari kelingking sangat mudah, hanya turun sahaja dengan mudahnya. Maka begitu jugalah dalam kehidupan rumahtangga secara berpoligami. Isteri perlu menjaga suami betul-betul supaya suami tidak mudah lompat ke kedudukan di jari tengah. Namun, jika sudah ke situ tak boleh buat apa dah... Redha sahajalah. Poligami ni kan sunnah (klik)....
Terdapat beberapa kebaikan dan hikmah Poligami Rasulullah s.a.w iaitu :
- Hikmah dalam penyebaran ilmu.
- Hikmah dalam pensyariatan.
- Hikmah dalam kehidupan bermasyarakat.
- Hikmah dalam politik
Hikmah Poligami Rasulullah s.a.w selanjutnya lagi boleh lihat dalam artikel INI, INI, INI dan INI (klik).
Sekadar selingan, mari kita dengar apa kata Ustaz Kazim tentang Kahwin dan Poligami
- Kehidupan bermadu jadi kucar-kacir kerana tarbiyyah (didikan) yang tidak cukup...
- Cemburu itu adalah normal selagi mempunyai hati dan perasaan. Hanya keimanan membatasi hati.
- Rasulullah mengahwini isteri-isterinya bukan kerana nafsu sebagaimana yang pernah digembar-gemburkan oleh segelintir orientalis Barat termasuklah yang membenci Islam. Buktinya kebanyakan isteri-isteri Baginda adalah janda yang kematian suami akibat peperangan kecuali Saidatina Aisyah dan Mariyah Al Qibthiyah. Malahan ada antara isteri Rasulullah s.a.w, sewaktu dinikahi baginda, isterinya itu sedang saki. hanya sempat selama 2 bulan sahaja pernikahan mereka.
"Sunnah itu indah andai faham kaedah"
Sunnah itu indah, namun sering dipermain-mainkan.
Belajar #SirahNabawiyyah meningkatkan keimanan...
Bukan ambil Sunnah sekadar serpih-serpihan.
Hanya sekadar sedikit #perkongsian.
Juga sebagai sebuah #renungan...
Antara sunnah yang jadi amalan
Malahan juga jadi kebanggaan?
Psss.... Ada ke di kalangan ramai hari ini, buat seperti yang Rasuullah s.a.w laksanakan? Nak ikut Sunnah Nabi kena ikut betul-betul. Bukan separuh-separuh....
poligami tajuk yang akan membuatkan ramai wanita melantun kak...
ReplyDeleteAkak tak kisah sape nak melantun. Yg pnting, ilmu akak dapat, akak nak kongsikan. Mereka tak kan melantun2 jika baca artikel ni dgn hati terbuka, baca 1 persatu dan baca dari sudut ilmiah :)
Deletemenarik entry ni...terima kasih yer.
ReplyDeleteSama2...
DeleteEmm tajuk ni bukan leh cakap sesuka hati depan isteri..ister jenis yang faham ok la..kalau jenis hangim satu badan memang naya lah..haha..apa2 pun, thanks akak sudi kongsikan..banyak ilmu saya dapat dalam artikel ni..hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah jika memberi manfaat :)
Deletebuat lelaki yang ingin poligami, kenalah mantapkan ilmu, kena baca kisah Rasullullah.
ReplyDeletebetul tu Tuan ^__^
Deletepoligami ada hikmahnya..bukan semua orang boleh berpoligami kerana ia satu tanggungjawab dan amanah yang amat besar..tanya pada nafsu memang best la...tapi pada iman belum tentu lagi..
ReplyDelete