Showing posts with label TUTORIAL. Show all posts
Showing posts with label TUTORIAL. Show all posts

09 November 2013

25 September 2013

TUTORIAL MELETAK BANNER BLOG

As salam. Atas permintaan rakan blogger kita, sepantas kilat saya siapkan TUTORIAL MELETAK BANNER BLOG

TUTORIAL, TUTORIAL MELETAK BANNER BLOG

22 May 2013

SEMAK KEYWORDS BLOG

As salam,

Atas permintaan dari cik +Raudzah Zahari. Terima kasih sudi bertanya. Saya sangat suka ^___^

09 May 2013

TUTORIAL 5 : AUTO SHARE ENTRY DAN GUNA KOMEN BOX G+

As salam,

Dari entri INI. Semudah 1, 2, 3 saya ingin berkongsi 3 langkah mudah dan senang tanpa perlu bersusah payah untuk AUTO SHARE ENTRY DAN KOMEN BOX menggunakan GOOGLE+

11 March 2013

TUTORIAL


TUTORIAL INI ADALAH HASIL DARI PENGALAMAN DAN KAJIAN SAYA. SILA KOMEN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT SEBARANG MASALAH. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA


TUTORIAL BLOG
  1. CROP PICTURE GUNA SNIPPING TOOL
  2. IMPORT DAN EXPORT BLOG ANDA
  3. MEMBUAT BLOG DENGAN MUDAH
  4. MELETAKKAN VIDEO / KERTAS KERJA DI TAB MENU BLOG
  5. AUTO SHARE ENTRY DAN GUNA KOMEN G+
  6. SEMAK KEYWORDS BLOG ANDA
  7. seterusnya atas permintaan

TUTORIAL ASSIGNMENT
  1. TUGASAN INDIVIDU SUBJEK PENGUKURAN DAN PENILAIAN
  2. TUGASAN INDIVIDU SUBJEK PENGUKURAN DAN PENILAIAN
  3. seterusnya atas permintaan
TUTORIAL LAIN-LAIN
  1. PANDUAN DAFTAR TAHUN 1 DAERAH SELANGOR
  2. seterusnya atas permintaan

TUTORIAL DARI BLOGGER LAIN (MUDAH DIFAHAMI)

TUTORIAL 4 : CARA MELETAKKAN VIDEO / KERTAS KERJA PADA TAB PAGE BLOG

As salam

Syukur Alhamdulillah... website bahasa arab saya yang simple telah betul-betul siap seadanya sebentar tadi. Insha Allah akan saya update kan dengan kalimah-kalimah Arab yang lain bila kelapangan.
Sebarang komen atau pendapat boleh cadangkan di ruangan chatbox di sebelah kiri laman web http://www.ieta.biz.tc 

Atas permintaan dari Encik  Ahmad Zamani saya cuba menerangkan sekadar termampu ilmu yang saya ada 

Beliau bertanyakan tentang Video pembelajaran yang saya letakkan di tab page blog saya.
Boleh juga letak di sidebar. Tapi untuk menjimatkan ruang, saya lebih suka letak di tab page saya.


Caranya begini :-
1. Buat satu entri yang berkaitan. Dah siap save dan copy linknya.
2. Di dashboard pilih perkataan Pages seperti gambar di bawah ni

 3. Akan keluar seperti di bawah, klik arrow di kanan perkataan New page

4. Pilih Web address seperti di bawah 

 5. Taip tajuk dan paste link entri berkaitan seperti gambar di bawah


6. Dah siap, klik Save arrangement di kanan dashboard
7. View ler...

Siap sudah tutorial ini dari jam 3.29 pagi hingga jam 4.12 pagi pada pagi ini.

Encik Ahmad Zamani  kalau tak faham, boleh tanya lagi ya ^_^ 
------------------------------------------------------------------------
header tak center plak dah...

11 February 2013

TUTORIAL 3 : CROP PICTURE ATAU AYAT DARI LAMAN WEB

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ

Pagi-pagi hari ni, sambil buat assignment website. Teringat pula ada rakan fb tanya camana nak crop picture dari laman web atau facebook dan sebagainya lagi. 
Ini adalah step paling mudah :-
1. Pergi kat Start menu dalam komputer, sebelah bawah kiri sekali

2. Cari word Snipping Tool (biasanya dah siap tersenarai dalam start menu)
3. Bila dah keluar di sebelah kanan gambar gunting beserta perkataan new
4. Drag je mouse sebesar mana yang dikehendaki
5. Save dalam .jpg
6. Insert picture tu kat memane yang dikehendaki. Contohnya gambar dalam entri.

Moga memberi manfaat.

Ada sesiapa tahu bagaimana nak jarakkan tulisan dari border dalam entri?
(Tadi google dah, termasuk dalam blog @Nabila Medan tiba-tiba keluar gambar Malware)

12 December 2012

TUTORIAL TUGASAN INDIVIDU SUBJEK PENGUKURAN & PENILAIAN


اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ
Rakan-rakan sekuliah

Ini antara apa yang terdapat dalam tugasan yang saya dah buat. Isi boleh search  kat google ataupun pelbagai buku berkaitan atau dalam buku yang pensyarah dah beri tu.

PENGENALAN

1.0 TAKSONOMI BLOOM
1.1 DEFINASI
1.2 HIERARKI DAN KETERANGAN

2.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
2.1 DEFINASI JSU
2.2 KEPENTINGAN JSU
2.3 LANGKAH PEMBINAAN JSU

3.0 PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
3.1 DEFINASI
3.2 KOMPONEN PBS
3.3 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PBS

RUMUSAN

RUJUKAN

Nota :
Yang tadi tu silap faham apa yang dikehendaki. Sorry... :)


TUTORIAL TUGASAN SUBJEK PENGUKURAN DAN PENILAIAN

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ

Hari ni agak bz sebab berulang-alik check gula di klinik. Petang baru perasan ada mesej dari rakan se UTM
"Marsitah, cuba ko tlg citer sikit dlm sms ni mcamana ko buat tugasan individu dr. hamimah? Ringkas yg munkin tp padat. Tq"

Nak mesej... rasanya panjang lebar juga keterangannya. Jadi, blog inilah juga jadi mangsanya... than baru postkan ke dalam fb group.

TUGASAN INDIVIDU 10 %


TAJUK 1

TAKSONOMI BLOOM

  • Ringkaskan (buat rumusan) 1 mukasurat ataupun 1/2 mukasurat

TAJUK 2
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

  • Cari contoh-contoh dan penerangannya

TAJUK 3
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (JSU)

  • Cari bahan dan buat rumusan.
  • Lampirkan bahan yang dicari.
  • Sertakan sumber rujukan termasuk internet dan buku rujukan.
  • Masukkan dalam fail plastik yang nipis sahaja, tidak perlu staple & binding. (Harga fail RM1.60 sefail. Nak murah, g beli kat mydin...)
Di bawah ni, tiada permintaan tapi dah alang-alang menaip, baik disertakan sekali untuk memudahkan rakan-rakan semua.

TUGASAN KUMPULAN (20 %)
  1. Pembentangan dan laporan bertulis 10 mukasurat (10 %).
  2. Ada rujukan dan termasuk lampiran (10 %).
PROJEK KUMPULAN (30 %)
Setiap kumpulan perlu sedia soalan berdasarkan aras-aras taksonomi bloom untuk menentukan aras kesusahan dan aras diskriminasi soalan.
Buat 1 soalan berdasarkan
  1. JSU
  2. Bina item soalan
  3. Tadbir ujian (beri kepada murid) implement dalam kelas.
  4. Analisis item soalan (Ambil data dan analisis data). 
 Cth : soalan 1 boleh jawab 10/20
         soalan 2 boleh jawab 20/20

Contoh soalan objektif :
  1. Isi tempat kosong
  2. Padankan
  3. Suaikan
  4. Kategorikan
Pensyarah mahukan 20 soalan aneka pilihan (objektif) yang ditadbir dalam sebuah kelas...

Semua perkara di atas adalah berdasarkan catatan saya dalam kelas. Jika ada sebarang kesilapan, sila maklumkan kepada saya ya. Terima kasih.... :)

Nota :
Hari ni saya belajar tentang domain dan hosting. Klik sini jika nak tahu lebih lanjut.

10 December 2012

TUTORIAL 2 : IMPORT & EXPORT BLOG ANDA

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ

Kali ini juga atas permintaan rakan blogger dan rakan fb, saya buat tutorial bagaimana nak import entry dari blog lama kepada blog baru.
Mudah sahaja. Buat perlahan-lahan ya... :) 

1)Pergi kepada dashboard anda dan klik gambar buku tu, seterusnya klik perkataan Settings


2) Klik perkataan Other di bawah sekali


3) Klik perkataan berwarna biru dalam label berwarna kuning Blog Tools

Jika anda klik Import blog paparan berikut akan dipaparkan, seterusnya, ikut sahaja arahan yang dipaparkan
Terjemahan dari encik google baris demi baris
Import catatan dan ulasan daripada fail eksport Blogger. Catatan yang diimport akan digabungkan 
dengan sebarang catatan semasa, diisih mengikut tarikh. Ketahui lebih lanjut
Pilih fail blog yang dieksport (xml)
Klik Choose File untuk memilih fail anda
Sila buktikan anda bukan robot
Taipkan dua perkataan:
 Menyiarkan semua catatan yang diimport secara automatik
(Dah siap, klik butang warna oren tu...)


Jika anda ingin pindahkan blog,
 klik Export blog paparan berikut akan dipaparkan, ikut arahannya

Terjemahan dari encik google 
Lain-lain> Eksport blog

Eksport blog anda ke format eksport Blogger Atom. Anda boleh melakukan ini 
untuk memindahkan blog anda ke perkhidmatan blog lain atau semata-mata untuk menyimpan blog anda 
pada pemacu keras anda sendiri. Ketahui lebih lanjut
Jangan bimbang, blog anda masih akan kekal pada Blogger sehingga anda memadamkannya.

Dah siap, klik butang warna oren tu...

Mudahkan... Selamat mencuba :)

Nota : 

Takla pandai, tapi dah permintaan, buat gakle tutorial ni... Maaf guna terjemahan dari encik google je. Nak cepat... Kalau salah, sila beri tunjuk ajar ya. Tqvm

29 November 2012

MEMBUAT BLOG ADALAH SANGAT-SANGAT MUDAH

Salam semua...

Saya ni bukanlah orang yang pandai dalam bab2 blog ni. Tapi sebab ada rakan google dan rakan facebook saya yang meminta saya ajarkan cara nak buat blog, maka di sini saya beritahulah serba ringkas caranya ya. Selebihnya, anda boleh rujuk dalam blog bloggers yang lebih hebat daripada saya. Sila scroll ke bawah dalam blog saya ni, di sebelah kiri, ada tabber widget dan lihat tajuk BLOGGER HEBAT...


Anda boleh klik pada mana-mana ikon blogger yang hebat tu untuk belajar lebih lanjut tentang dunia blog. Anda juga boleh buat seperti saya dengan klik di ikon JOINT THIS SITE untuk  menjadi followers mereka.

Untuk maklumat anda, anda boleh buat blog percuma sahaja tanpa sebarang bayaran menggunakan blogspot. Pertama sekali, untuk mencipta blog anda yang tersendiri, anda mestilah telah mempunyai akaun email samada dengan hotmail, gmail ataupun yahoo. Saya lebih suka menggunakan gmail  kerana :-

1. Spacenya besar daripada yahoo dan hotmail
2. Ianya Google =) 

Jika belum mempunyai akaun email, sila daftar dahulu. Sila klik www.gmail.com untuk mendaftar. Sesudah mendaftar, barulah anda boleh ikuti cara untuk membuat blog percuma versi blogspot. Atau lebih mudah... tak payah saya taip satu-satu... hehe... sila belek video di bawah ini

 
ataupun video di bawah ini

Dua video di atas, saya import dari mr. you tube. Zaman sekarang adalah zaman yang mudah. Anda boleh taip apa sahaja di ruangan google segala maklumat yang anda inginkan pasti akan diperolehi. Maaf ye... tak punya banyak masa untuk menaip. Sebentar lagi, nak mengemas rumah... hehe...

Sekian, ini sahaja yang termampu saya lakukan untuk anda. Maaf ya. Seadanya sahaja. Terima kasih sudi membaca dan menjadi rakan saya samada di dalam facebook, google, twitter atau di mana-mana sahaja. Anda memang hebat kerana sudi menyokong saya walau siapapun saya....

Nota kaki : Berhati-hati ketika memandu, jangan suka potong que.  Bukannya dengan potong que tu, boleh kereta awak laju... Tak baik tau....tak pasal2 kena sumpahan melulu dari pemandu yang awak potong que tu... Walhalnya depan kereta awak tu cuma ada kereta satu... Sabar tu kan lebih baik dari potong2 que...

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....