07 June 2013

MARI BERDOA 2

"Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakan kepada kami dengan kefahaman para Nabi, hafalan para rasul, Ilham para malaikat yang hampir dengan Mu, wahai Allah yang maha pemurah lagi bijaksana, bukalah hati kami seperti orang yang arif lagi bijaksana. Amin."

"Ya Allah, ajarilah kami perkara yang kami masih jahil, dan berilah kami ingat semula, perkara yang kami sudah lupa, Ya Allah tolong permudahkan semua urusan kerja kami, dan tolong rombak mana-mana simpul pada lidah kami, supaya orang lain dapat memahami kata-kata kami. Amin"

"Ya Allah kurniakankan kepada kami dengan kebaikan yang datang mendadak, dan lindungilah kami dari kejahatan yang ada di dalam dunia ini, kerana sesungguhnya seseorang hamba itu tidak akan tahu apa sahaja yang akan datang pada kami pada setiap pagi dan petang hari. Amin." 

DOA INI DARI RAKAN SEKULIAH SUBJEK B.I

06 June 2013

ALFARABI BAND

Assalamu'alaikum. 

ALFARABI BAND [Kredit untuk SURIAFM.COM]

Kumpulan muzik ini merupakan sebuah kumpulan muzik metal Islam. Waktu menulis artikel ini, saya sedikit sibuk menyiapkan assignment dan beberapa perkara yang melibatkan pemerahan otak berganda. Sambil saya sibuk menyiapkan penandaan kertas peperiksaan murid-murid saya. Ada lagi 10 bundle.

03 June 2013

BERHENTI BERBLOGGING

As salam.

Saya berhenti berblogging buat beberapa hari ini untuk menyiapkan editing 2 tugasan berkumpulan iaitu subjek Keusahawanan yang perlu dibentangkan pada hari Sabtu ini dan 2 tugasan subjek TITAS yang perlu dihantar pada hari Ahad ini.

01 June 2013

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN GUNA KOMEN GOOGLE+

As salam. 9/5/2013 bermulanya saya menggunakan komen g+. Bermula dengan tajuk entri Fenomena komen pun tak boleh. Hasil dari belajar dan terus belajar. Beberapa kebaikan dan kelemahan guna komen google+ saya nampak dari sistem komen ini. Biasalah kan, sistem buatan manusia. Tiada satupun yang sempurna. Pasti ada pro dan kontranya.

MARI BERDOA



Ya Allah Ya Tuhan kami

Di pagi ini kami memohon kepadamu
Bukakanlah dan cerahkanlah hati nurani kami
Dalam menyelesaikan segala urusan kami
Samada urusan peribadi, urusan rumahtangga 
mahupun urusan kerjaya dan urusan pembelajaran kami
Kami mohon kelapangan dalam hati dan sanubari kami
Untuk menyelesaikannya.
Walau sesukar mana pun ia
Walau sepayah mana pun ia
Permudahkanlah Ya Allah, 
Usah disusahkan,
Sempurnakanlah Ya Allah dengan penuh kebaikan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin


Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....