ALFARABI BAND

Assalamu'alaikum. 

ALFARABI BAND [Kredit untuk SURIAFM.COM]

Kumpulan muzik ini merupakan sebuah kumpulan muzik metal Islam. Waktu menulis artikel ini, saya sedikit sibuk menyiapkan assignment dan beberapa perkara yang melibatkan pemerahan otak berganda. Sambil saya sibuk menyiapkan penandaan kertas peperiksaan murid-murid saya. Ada lagi 10 bundle.

Dalam usaha mencari bahan assignment, melalui akaun you tube saya. Saya terjumpa Band ni. Manthop juga vokal mereka nih. Terkebetulan agaknya, citarasa muzik saya kadangkala ke arah sedikit rock dan sedikit metal walaupun saya lebih menggemari lagu seperti band yang pernah saya ketengahkan pada entri saya yang lalu DI SINI (Sila Klik)


ALFARABI BAND yang berkonsepkan keislaman pernah dipertikaikan kononnya mereka menyindir agama sendiri melalui imej dan muzik yang dibawa mereka. Malahan, menurut ketua kumpulan tersebut iaitu saudara Nazri Alias, 41 ada beberapa pihak yang keliru dan merasakan muzik genre ‘progressive metal’ amat tidak sesuai bagi tujuan berdakwah. Sebelum ini, ada orang pernah berkata , ‘Apa ini? Atas Islam (imej serban) bawah Yahudi (gitar)?’.

Bagaimanapun selepas meminta mereka mendengar betul-betul apa yang cuba kami sampaikan barulah mereka faham di mana ‘progressive metal’ yang dibawakan lebih kepada penghayatan lirik kemasyarakatan Islam,” katanya.

Mendengar lagu ini, tiba-tiba rindukan suasana di sekolah pondok dahulu menyelubungi hati...



Dahsyatkan evolusi Band ini?



Ni mereka buat persembahan secara life di TV


Yang ni pula persembahan bersempena program berkaitan Ghaza


Mengetahui perkembangan ALFARABI BAND ini, membuatkan saya mencari beberapa artikel berkaitan muzik ini dan dari artikel Sejarah Perkembangan Pemuja Syaitan (Sila Klik) baru saya tahu Metallica yang saya pernah minat lagunya tu rupanya salah satu dari muzik berunsurkan satanisme. Hah, bahayakan? Nak minat atau sukakan dan jadikan idola satu-satu benda tu, kena kaji dahulu... bukan sembarangan ikut, puja atau suka. Apapun, idola terbaik adalah nabi kita Rasulullah SAW. Dengan kewujudan ALFARABI BAND dan lain-lain kumpulan hiburan sebegini diharap dapat mengembalikan suasana harmoni dalam masyarakat kini. Jom layari blog ALFARABI BAND untuk mengetahui maklumat lanjut tentang mereka.

~Berhibur tidak salah tetapi yang salah ialah percampuran jantina dalam tempat berhibur dan sehingga meninggalkan solat yang wajib~ 
Nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta juga penggemar muzik metal.


4 comments:

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA.

  BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA . (Kongsi di facebook pada 30/3/2021 . Kemaskini ke blog 21/1...