31 December 2012

BELAJAR BUAT HEADER SENDIRI


Nak gak tachap2 blog diwaktu senggang ni... haha...
Header baru saya... huhu... tak pandai tapi try & error dari onlinelogomaker
Tak reti-reti la nak centre kan....
Ada masa nanti, nak adjust2 lagi la kowt...

Sila komen... tqvm :)

29 December 2012

Blog Review by Cik Nani Noraini


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ



Jumpa segmen ni dari blogger Muja. Hehe... Saya sangat-sangat suka dengan segmen berbentuk Review ni... Pantang terjumpa segmen macam ni, memang tak buang masa, In Shaa Allah saya joint. Apa lagi... jom joint... Tarikh tutupnya pada 31/12/2012. Ada lagi masa tu... :)

Walau tak diminta tapi rerasanya nak tag 2 orang ni la 
http://ctss-siti.blogspot.com/ & http://chepahilahussein.blogspot.com/

Psss... lepas kena review ngan Muja semalam kan, sampai termimpi-mimpi... akak buat entri bertajuk "Under maintainance" haha... punyala excitednya nak baik pulih blog sampai termimpi-mimpi bagai... :) Lucu-lucu...

ADA ORANG NAK CURI MASUK AKAUN EMAIL SAYA

Assalamu'alaikum

Tadi buka email untuk emailkan slide presentation kepada rakan group, tiba-tiba nampak email di bawah ni. Memang kurang ajar lah ni... Hackers ni dari New York, USA IP Address : 64.152.25.155 pukul 7.30 waktu sana. Memang melampau... Dek kerana itu, terpaksa la tukar password...


Ada sesiapa yang tahu langkah-langkah lain supaya penceroboh macamni tak boleh hack email kita?

Contest: Top Referer Get RM100 TopUp!


As-Salam

Selalu sangat lepas buat entri, baru terjumpa G.A la, segmen la n contest la. Join je la... Mana tau kan... ada rezeki, dapat topup free... :) Jimat duit... Duit yang ada, boleh buat belanja anak-anak mamam... 


Terima kasih tuan contest :)



[STICKY] BLOGLIST BLOGGER BAHARU 2013 | SEGMEN TAMBAH FOLLOWER !


As-salam




Follower saya baru ada 138 setakat 2.25 pagi pada 29/12/2012. Memanglah kurang dari 1000 orang. Jadi rasa dihati bagai nak menambahkan lagi jumlahnya tu. Terjumpa segmen ni dari blog en. Isam Ismail. Pada pendapat saya lah kan... bloglist dan follower adalah sama penting. Dimana, follower adalah untuk melihat sejauhmana sesebuah blog itu punya pembaca atau tidak. Manakala, bloglist bertujuan untuk menjelajah blog-blog oranglain terutamanya follower blog kita atau disaat kebuntuan mendapatkan idea untuk mencipta sebuah entri. Sebagai contoh, saya suka membaca ataupun menziarahi blog lain untuk mempelajari sesuatu daripada blogger di dalam bloglist saya. Bloglist seperti banner di atas selain dapat meramaikan lagi rakan-rakan dalam dunia blog, ia amat berfaedah untuk blogger baru seperti saya. 


Segmen ini akan berakhir pada 30 disember..sudah siap tinggalkan komen di  ruangan penganjur. Terima kasih penganjur segmen :)

27 December 2012

Ibu sayang kamu semua...

Mood sedih menyelubungi diri tika membaca blog En. Fendi

Entri bertajuk "...Ibu..Mengapa Saya Nampak Pelangi?"

Terkesima dan terkedu ku seketika
Lantas ku pandang wajah anak-anakku seorang demi seorang...
Adakah kasih sayangku untuk mereka semakin berkurang?
Mood untuk membuat entri ceria terbengkalai seketika...
Sedih kurasa...
Aduhai diri... 
Bersabarlah wahai hati...
Sesungguhnya ku sering leka
Menghitung kerja apatah lagi mengejar date line tugasan2ku semata...
Ampunilah daku
Kasihanilah anak-anakku
Juga suamiku
Sesungguhnya merekalah segalanya bagiku 
Dalam menghitung hari, mencari kekuatan diri...
Juga membentuk hati...


Ibu sayang kamu semua...


Nota : Sayangilah dan hargailah siapa sahaja yang ada disisi kita walau siapa pun mereka...
Kerana, menyesal dikemudian hari memang tidak berguna

24 December 2012

KENAPA PILIH KERJAYA GURU?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

"Kenapa jadi guru tak kerja lain?" Pertanyaan yang sudah beberapa kali orang tanya padaku disebabkan aku punya sedikit kemahiran di bahagian pentadbiran pejabat dan ada kemahiran dalam bidang komputer (sikit-sikit gak...) Tiada apa yang harus dibanggakan kerana semuanya adalah pinjaman sementara hidup di dunia ni sahaja.

Sebenarnya, mejadi guru bukanlah mudah seperti yang ramai menyangkakannya. Kadangkala jika ada ibubapa tidak berpuashati, mereka nak tuding-tuding jari, mereka nak sumpah seranah, mereka nak memaki hamun atau marah-marah, mereka nak tuduh macam-macam. Guru terpaksa telan walaupun guru itu tidak bersalah dalam hal yang menjadi isu tertentu (teringat kes murid fitnah diri ini) Sabar je la... Tak berdendam tapi, bila teringat balik tu, dalam hati "Sampainya... hati..." Mudah-mudahan beliau berjaya ke akhir hayat. Ku halalkan ilmuku dunia & akhirat untuknya.

Tetapi, kenapa masih memilih kerjaya ini?

Sebab utama ialah, aku MINAT. Tak tahulah bila dan kenapa tapi, walau ada juga tawaran bekerja di pejabat, aku rasa, lebih elok dan lebih baik aku bekerja sebagai guru.

Tahun 2009 merupakan tahun yang paling menyeronokkan aku sebagai seorang guru. Boleh baca di entriku Ini dan Ini. Mungkin itu semua adalah perkara biasa-biasa sahaja tetapi itulah yang menambahkan minat dan sukanya aku menjadi seorang guru. 

Biarpun guru yang dipanggil Ustazah, aku juga seperti orang lain, punya naluri, punya perasaan dan punya keinginan yang pelbagai. Ye lah kan... tak seorangpun di dunia ni yang sempurna... pasti ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Sebab itulah aku ingin teruskan kerjaya guru yang dalam bahasa arabnya Ustazah atau ustaz dalam bahasa Inggerisnya, teacher... cuma untuk sentiasa mengingatkan diri ini supaya tidak lupa dan leka dengan segala-gala urusan keduniaan semata-mata termasuklah berblogging ni. Apapun, sebagai guru memang kesabaran yang tinggi amat diperlukan di dalam menangani sebarang permasalahan yang timbul... Sabar itu separuh daripada iman... :) Tidak dinafikan ada juga guru yang bersikap sambil lewa. Tetapi aku sentiasa cuba berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk semua. Walaupun aku ni tak sesempurna mana...

Lihat maksud tersurat di sebalik yang tersirat...
Buat semua guru-guruku terima kasih tak terhingga, 
tanpa kalian semua mungkin diri ini tidak menjadi  manusia yang berguna. 
Buat abah dan arwah emak (al-Fatihah) terima kasih hantar kaklong ke pondok dulu walau kaklong tak suka. 
Buat adik-adik, mertua, ipar duai, suami dan anak-anak, terima kasih terima diri ini yang seadanya. 
Buat rakan-rakan sekerja, terima kasih atas jasa kalian tatkala masalah menimpa. 
Buat rakan blogger, anda memang hebat kerana masih sudi ke blog saya yang tak seberapa 
dan terkadang menulis entah apa-apa....

Kenapa anda memilih kerjaya anda sekarang? Suka dan bahagiakah anda dengannya? 

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....