30 October 2013

Bila tiada air

Hurmmm... Pelbagai rumours yang saya dengar bila di kawasan tempat tinggal saya tiada air baru-baru ini. Memang susah bila tiada air...

29 October 2013

DOA NABI AYUB KETIKA MENGHADAPI BENCANA


As salam. Doa Nabi Ayub ketika menghadapi bencana ditanya kepada saya minggu lalu.... Berikut adalah doanya :

Al Anbiya 21: 83

28 October 2013

14 PERKARA UTAMA BAJET 2014

As salam. Hari Jumaat lalu 25/10/2013, 14 PERKARA UTAMA BAJET 2014 telah pun dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia selaku pemimpin negara dari parti utama negara iaitu Barisan Nasional.

26 October 2013

PANDUAN HIDUP BERMASYARAKAT DAN BEKELUARGA

As salam. Mungkin apa yang ingin saya tulis di bawah ini tidak menarik untuk dibaca. Namun, sudah saya nyatakan, saya memang suka berkongsi apa sahaja asalkan bermanfaat buat buat sesiapapun yang secara tidak sengaja bertandang ke Blog ieta ataupun yang memang pengunjung setia Blog ieta. Panduan Hidup Bermasyarakat dan Bekeluarga menjadi topik utama saya tengahari ini.

22 October 2013

RESEPI RENDANG DAGING SEMPOI ieta

RESEPI RENDANG DAGING SEMPOI ieta
RESEPI, Masakan tradisional, RENDANG DAGING, MASAKAN, RENDANG DAGING SEMPOI ieta, Rendang daging sempoi
Rendang daging memang sedap dimakan terutama bersama keluarga tersayang :)
As salam. Setiap kali menjelang raya, mesti saya google bahan untuk buat rendang. Akhirnya, saya putuskan, buat resepi sendirilah... Muatkan dalam blog ni. Mudah nak mencari di tahun-tahun akan datang... kan...? Resepi RENDANG DAGING SEMPOI ieta ni lebih kurang sama sahaja bahannya. Cuma ada tambahan sedikit je.

Jom tengok, apa bahan-bahan RENDANG DAGING SEMPOI ieta. Rendang ni, waktu teringin, bila-bila pun boleh masak. Janji ada bahan... Dahtukan... tepek dalam roti pun sedap... Maaaaavvvvelessss...


Bahan-bahan RENDANG DAGING SEMPOI ieta
  1. Bawang merah / bawang besar
  2. Bawang putih
  3. Halia
  4. Serai
  5. Kunyit
  6. Lengkuas
  7. Cili padi
  8. Cili merah
  9. Cili kering
  10. Daun Kunyit 
  11. Daun Limau Purut 
  12. Santan 1/2 kilo
  13. Kerisik (2 peket)
  14. Gula merah / gula kabung
  15. Daging 1 kilogram (dibasuh dan dipotong ikut citarasa sendiri.)
  16. Garam
  17. Minyak untuk menumis (of course le kena ada...)
Cara-cara memasak
  1. Bahan 1 hingga 9 dikisar. Ikut sukahati, nak kisar betul-betul hancur atau kasar, terpulang...
  2. Daun kunyit dan daun limau purut, hiris halus, tak suka tak perlu.
  3. Panaskan minyak.
  4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.
  5. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering. Basuh dulu tau, sebelum masuk ke dalam kuali...
  6. Bila dah kering air daging, barulah masukkan santan.
  7. Apa sahaja masakan, perlu masukkan garam secukup rasa.
  8. Akhir sekali, masukkan kerisik dan gula kabung.
  9. Akhir sekali, kacau supaya tidak hangit rendang tu ya. 

RESEPI, Masakan tradisional, RENDANG DAGING, MASAKAN, RENDANG DAGING SEMPOI ieta, Rendang daging sempoi
Haaa... kali ni, dapat juga ambil gambar Rendang daging sempoi ni...Dalam kuali lagi...

RESEPI, RENDANG DAGING, MASAKAN, Rendang daging sempoi, RENDANG DAGING SEMPOI ieta
Rendang daging sempoi ieta ni sedap dimakan dengan nasi impit...

Tak tau la sedap tak... tapi emak mertua kata masa makan raya haji tahun 2013, "makin bertambah maju dah..." hehe...


RESEPI, RENDANG DAGING, MASAKAN, rendang daging sempoi,  RENDANG DAGING SEMPOI ieta

Rakan fb saya, Echah Wanjah sudah mencuba resepi RENDANG DAGING SEMPOI ieta ni.. hehe...

RENDANG DAGING memang wajib dihidangkan pada saban tahun sewaktu Hari Raya. Anda pernah masak atau makan rendang tak? Rendang daging apa tahun ini menjadi pilihan anda ya?

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....