BUKAN PERAWAT TAPI SAKSI HIDUP SCAMMER & KEZALIMAN : JAWI, JMB, ahli komuniti residensi, kumpulan ajaran sesat pelampau kalangan guru dan ahli silat, motivator, konsultan, coach self help sebenarnya perawat, dukun ilmu hitam ahli sihir peritual tradisional & moden berprofession tinggi, mengaku jin leluhur sebagai moyang, menunggang agama, nasab keturunan sejarah Raja-Raja Melayu Nusantara.
HOBI :
Kongsi mutiara kata, tips kesihatan, fakta aqidah dan sejarah.
KEPENTINGAN MENABUNG WALAU PUN LIMA PULUH SEN. (Kongsi : 3/6/2014 kemaskini : 9/12/2024).
Sekadar makluman, 1/4/2021 Almarhum Ayahanda beta meninggal dunia. Jenayah siber besar-besaran bermula, 3/8/2021 emak saudara sebelah Almarhum Bonda maklumkan kami darah Raja keturunan Rasulullah SAW. Maaf dah terbiasa guna bahasa diri saya dan beta bersilih ganti. Tak rajin nak edit semua.
Masih ingat tak lagi kali pertama anda bekerja berapakah gaji atau elaun yang anda terima? Oleh kerana dulu-dulu tak mewah. Maka menabung tu wajib jadi rutin harian beta ni.
As salam. "Syukur Alhamdulillah...". Kita kena sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang kita dapat. Rezki ni datang dalam pelbagai bentuk... Kesihatan juga merupakan rezki selain nikmat iman dan Islam serta wang ringgit.
Benarkah kita cinta Rasul? Saat saya belajar subjek Sirah Nabawiyyah di UTM, terdetik dalam hati saya"Benarkah kita Cinta Rasul?" maka terungkaplah puisi ini.... Benarkah kita cinta Rasul?
Andai benar kita cinta Rasul, mengapakah kita tidak junjung titah perintahnya?
Benarkah kita cinta Rasul?
Sedangkan budaya hidupnya masih diperlekehkan.
Benarkah kita cinta Rasul?
Andai perjuangannya menyebarkan Islam kita tak endahkan.
Benarkah kita Cinta Rasul?
Andai amalan sunnahnya diperlekehkan.
Benarkah kita Cinta Rasul?
Andai hanya menyambut maulidur rasul waktu itu selawat dikumandangkan.
Benarkah kita Cinta Rasul?
Andai perintah Allah tak ditunaikan?Menegakkan syiar dan daulah Islam yang hak diperlekehkan.
Mari kita teliti bicara dari para mu'allim ini tentangBenarkah Kita Cinta Rasul?
Pentingnya belajar 'Ulumul Hadith... Dari subjek 'Ulumul Hadith pula, saya belajar pula tentang hadis dhaif, hadis sahih, hadis maudhuk dan pelbagai lagi jenis hadis.
Pentingnya belajar Sirah Nabawiyyah.
Dalam subjek Sirah Nabawiyyah juga, pensyarah saya ada menyatakan bahawa hadis di saat akhir kewafatan Rasulullah s.a.w, junjungan mulia ini telah menyebut "Ummati, Ummati, Ummati..." yang bermaksud Ummatku, Ummatku, Ummatku... Pensyarah saya menjelaskan bahawa hadis ini adalah hadis dhaif. Kebetulan pensyarah subjek Tamadun Islam Tamadun Asia Tenggara (TITAS) semasa sem pendek yang lalu berkongsi tentang hadis ini. Mari kita dengar apakah Penjelasan Isu Hadis Ummati, Ummati, Ummati oleh Ustaz Muhammad Nazmi Karim.
Andai benar kita cinta Rasul, marilah bersama kita tanpa jemu berterus-terusan dalam menuntut ilmu untuk menambahkan rasa kecintaan kita terhadap junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w.
Assalamu'alaikum semua... Moga anda "ceria" hari ini... Lupakan sega...la kisah silam yang menyemakkan pemikiran dan menyesakkan otak. Hidup ini jadi mudah andainya anda buatkan ia menjadi mudah.
Dari
16 haribulan hari tu sampai 24/5/2012, hadiah sesaje.... Beginilah saban tahun bila hari
guru. Tidak kuharap, tidak ku pinta tetapi murid-murid dah beri, maka ku terima seadanya. Terharu
rasanya. Alhamdulillah... (Kalo tak garang, sure penuh bonet keta). He2...
Bersukan itu bagus... Puas hati dapat bersukan petang itu dengan murid-murid darjah 1. Seperti biasa "Usah diharap sebarang ganjaran. Laksanakan segalanya mengikut arahan". Akhirnya, aku di gelar "Guru
paling komited" dan mendapat tempat pertama dalam acara lari bawa bola pingpong bersama murid
kelas darjah 1. Ok lah tu... He2... Berbaloi... Memang berbaloi...
Sesi pertukaran hadiah berlangsung selepas sesi pagi pada 25/5/2012. Yea2...dpt handbag. Yea2...boleh la aku tukar guna handbag lepas ni...