BILA BLOGKU DIREVIEW (PART 3)

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ


Rasa nak buat entri tentang tajuk di atas pula hari ni. Sebelum ni dah pernah buat juga entri tentang review ni. Tak kisahlah kan... asalkan tak ciplak idea orang lain dan ada sesuatu untuk dikongsikan. Kan3...

1) Review pertama tentang blogku adalah dari blogger femes, Cik Didiey (blog-review-ieta-myblog). Sila klik link kalau nak tahu apakah reviewnya. Inilah kali pertama blogku direview. Masa ni tak berapa pandai nak update blog lagi. Header pun sangat-sangat sempoi. Entri tentang review dari Cik Didiey ni, DI SINI. Ada beberapa perkara menurut Didiey beliau tertarik dan beliau komen tentang blogku pada masa itu iaitu:-
1) Widget surah. Widget ni dah terhilang masa update-update blog. Huhu... Masih tercari-cari widget ni tapi belum terjumpa lagi.
2) Gambar anak-anak di Lilypie Sticker. Sekarang ni, gambar anak-anak just letak di page tab About Me sahaja. Mungkin satu hari nanti, nak buat Video gambar-gambar mereka. Bab Video ni, K.I.V dulu.
3) Slide Presentation pula, masih tercari-cari cara untuk masukkan di sidebar. Dah letak dalam page tab My Video Presentation tapi tak seperti yang diinginkan sebab belum pandai lagi. Masih mencari kaedah yang betul juga. Ada sesiapa mahu ajar? Amat dialu-alukan. Hehe...
Terima kasih Didiey :)

2) Review kali ke 2 ni dari blogger hebat Muja (blog-ieta). Siap ku buat entri khas lagi untuk review yang ni. Dari review Muja ini, banyak perkara yang kupelajari dan banyak benda dalam blog telah ku ubahsuai. Alhamdulillah... Tapi masih teruskan tachap blog sampi betul-betul puas hati. Nge... Bukan apakan, aku kan gila blog... walau apa jua keadaanku, blog akan ku belek bila ada kelapangan. Jangan marah ha....
Terima kasih Muja :)

3) Review kali ke 3 dari blogger Cikgu Nani.  Klik link untuk mengetahui lebih lanjut reviewnya tentang blogku. Antara reviewnya tentang blogku :
1) Header menggambarkan diriku yang sebenar. 
2) Suka dengan header dan doa di header.
3) Blog simple, tersusun kemas. Loading laju. Warna pink ceria, sidebar mengikut priority. (Sidebar nak cari apa telah diletakkan di bawah sidebar penaja).
4) Nak komen mudah, takde captcha yang menyusahkan.
5) Suka dengan ayat diruangan komen "Dah baca, moh le komen... Anda memang hebat, hensem & cun sebab sudi komen kat entri ni. Terima kasih ya... :)"
Terima kasih cikgu Nani :)

4) Review kali ke 4 ni pula dari blogger yang hebat juga, Irwan (review-blog-5-blogger-terpantas). Klik link  untuk ke blog beliau. Berikut adalah review beliau tentang blogku :

1) Blog sweet, susunan kemas, cuma perlu tukar header supaya bertambah kemas.
2) Irwan suka dengan tagline blogku di header.
3) Contohilah sikap suka joinkan diri dengan pelbagai contest dan segmen.
4) Font, jenis font dan reka letak blog kemas.
5) Jangan patah semangat untuk terus berubah, merujuk kepada entriku "Saya tak hebat"
Hehe... terkembang kempis hidung dan hatiku bila membacanya. Terharu juga membaca kata-kata semangat darinya. (Header, memang sedang cuba try test & error lagi membuatnya).
Terima kasih Irwan :)

Entri Saya tak hebat tu, kalau nak tengok, sila klik SINI
Bukan nak tunjuk hebat atau riak dan sebagainya lagi yang seangkatan dengannya tau buat entri ni... Cuma sekadar berkongsi apa sebenarnya kehendak blogger bila buka blog kita dan bagaimana jadi blogger yang hebat macam blogger-blogger yang dah review blogku ini. Tu je ya... :)

Akhir sekali, terimalah pantun dari saya yang tak hebat nih....


Kajang pak malau kajang berlipat,

Kajang hamba mengkuang layu;
Bila blogwalking dan balas komen saya tak sempat,
Tu bermakna saya sibuk ngan baby saya yang baru...

8 comments:

  1. wah.. banyaknya dapat review.. bertuah cik ieta kite ni. hehe... =)

    ReplyDelete
  2. Bagus....bila direview ni secara tak langsung dipromote....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, secara tak langsung, follower bertambah

      Delete
  3. bes kan kena review, at least kt twu mne yg ptut kt perbaiki hehe :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...