اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Atas permintaan, saya buat entri ini. Dari blog mohdapih, beliau menyenaraikan makanan yang sesuai bagi ibu-ibu yang berpantang. Terpulanglah nak berpantang 44 hari, 60 hari atau 100 hari.
Jenis
makanan dalam berpantang ni sebenarnya terpulang kepada daya tahan diri setiap
individu itu sendiri. Tak semua sama. Berikut laukku semasa berpantang :
1. Ikan bilis – biasanya tumbuk
dan goreng bersama bawang putih dan bawang merah yang juga telah ditumbuk. Jika
anak dah takde sakit kuning, boleh tambah dengan lada hitam & halia.
2. Ikan merah – masak sup/
masak asam/ masak stim
3. Ikan jenahak – masak
asam
4. Ikan selar kuning – goreng/ masak asam
5. Ikan haruan – lebih enak di bakar/ masak stim selain di goreng
6. Ikan senangin – goreng/ masak asam/ kari
7. Ikan siakap - masak stim
8. Biskut/roti – sesuai untuk sarapan dan minum petang
8. Biskut/roti – sesuai untuk sarapan dan minum petang
SAYUR
1. Sayur sawi – sup
2. Halia – elok diamalkan tapi elakkan jika anda menyusukan bayi
(takut kuning)
3. Daun pegaga – di campur dalam masakkan/ di buat jus – elok utk
tambah air susu badan dan awet muda disamping mengecutkan peranakan.
BUAH
1. Limau Sunkist Prune (melawaskan buang air besar)
2. Kurma (menambahkan tenaga)
MINUMAN
1. Milo/horlick – sesuai untuk sarapan dan minum petang. Jangan minum milo waktu sembelit.
2. Kopi
2. Kopi
2. Air masak suam
UNTUK
TAMBAHKAN SUSU
1. Daun pegaga
2. Lobak putih
TAK
BOLEH MAKAN
Ikan
yang tak boleh dimakan ialah semua ikan yang ada warna hitam dibadannya. Contoh
: ikan cencaru, ikan bawal hitam, ikan tamban, ikan tongkol, ikan sembilang dan
keli.
Antara
makanan/ lauk yang tidak boleh dimakan adalah:
1.
Makanan laut –
sotong/udang/ketam (takut gatal di tempat luka)
2. Telur (luka lambat sembuh)
3. Ayam (takut gatal di tempat luka)
4. Sayur kubis/kacang panjang/kacang soya/kekacang/kentang (bisa badan)
5. Tebu/ air kelapa/ buah anggur/ buah tembikai (kancing gigi)
6. Makanan pedas/ berminyak/ keju/ marjerin/ susu (kembang
peranakan)
7. Aiskrim (bentan / demam)
Kalau luka dah sembuh, segala yang takut gatal tu, boleh makan... :)
Sekian. Wassalam...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com