LAHIRNYA MEMBAWA JUTAAN BAHAGIA


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

4/1/2013 - Abdul Latiff pada hari pertama dilahirkan. Anakku yang ke 5. Alhamdulillah... Penantian membuahkan kebahagiaan. Sebab tu lah  lama tak ber update blog ini... hehe... 
anak20533.jpg anak20534.jpg anak20535.jpg 
Hari ke dua... 
anak20536.jpg Anak20538.jpg
Hari seterusnya, tak payah lah gambar lagi ya... nanti sarat plak blog ni dengan gambar je....

Memandangkan hari ini adalah hari ke 4 cahayamataku ini dilahirkan, Abdul Latiff pun sedang lena... maka dengan penuh rindunya terhadap blogku ini, entri khas ku taipkan untuk pembaca dan pengikut setiaku yang baru mencecah ke 150 orang sehingga 1.52 petang ini.
Hari ni hari ke 4 Abdul Latiff dilahirkan. Dah 2 malam dia asyik meragam je. Dah 2 hari juga nurse dari klinik datang melawat. Dah 2 hari juga siap berurut. Semalam macam nak demam rasanya. Maklumla kan, lama tak berurut... Hari ni, ok sikit dah. Semalam, nurse cek temprature temprature Abdul Latiff 37.7 celcius. Suami bawa dia ke klinik dekat dengan rumah. Alhamdulillah demam dah tiada....
Kesian suami, makan pun tak lalu. Penat... Ye la, uruskan 3 org anak bersekolah, masak untukku lagi. Ambil anak yang 2 orang dari rumah pengasuh. Mana tak penat. Kalau tinggal kat rumah ni, alamat, meranalah badanku. Huhu... badan baru nak sihatlah katakan... (Arwah emak meninggal bulan 6 tahun lalu, tidak, balik kerja, arwah emak datang rumah masak. Huhu... rindu dengan masakan arwah emak. Al-Fatihah untuknya). Mungkin esok lusa, dah boleh perlahan-lahan masak sendiri kot... Sekarang pun, perlahan-lahan buat kerja rumah sikit-sikit yang termampu.
O ya, semalam, encik suami ke JPN uruskan pendaftaran dan surat beranak Abdul Latiff, kemudian beliau bergegas pula ke klinik maklumkan kelahiran pehtu hantar pula MC dan surat doktroku ke sekolah. Penatnya... Kesian suamiku. Memang suamiku amat bijak menguruskan segala-galanya bilakala isterinya ini tak berdaya. Sayang sangat-sangat dengan suamiku, cinta hatiku. Terima kasih suamiku tersayang. Kaulah segala-galanya bagiku. Anak-anak adalah kebahagiaan kita bersama. Moga kelahiran yang membawa jutaan kebahagiaan ini berkekalan ke akhir hayat. Amin....
Pss... Lama tak berblogwalking ke blog blogger lain dek hal ehwal kelahiran. Kunjungan pun tak sempat nak berbalas. Maaf juga jika penulisan tak berapa berkualiti. Entri ini sekadar pembuka bicara setelah lama meninggalkan dunia blog. Dalam keadaan sebegini, tak berani nak duduk depan PC lama-lama :)

12 comments:

  1. Assalamualaikum..Tahniah Fahz ucapkan.semoga baby sihat dan membesar sebagai seorang yang berguna.Insya'Allah.

    ReplyDelete
  2. laaa,, tahniah!!!! muja lak yang rasa bahagia tahu kawan blogger dah selamat melahirkan,, sila jaga kesihatan k,, blog tak lari,, huhu,, welcome back :D

    ReplyDelete
  3. atototo selamat ke dunia adik!! gi pantang leklok eh. msti akak dah reti berpantang sendiri nih...eeloklah kongsi di blog hehe

    ReplyDelete
  4. tahniah dikurniakan cahaya mata baru, mudahan menajadi anak yg soleh.

    ReplyDelete
  5. tahniah kak :)
    happy for u :D

    ReplyDelete
  6. ^_^.. bertuah mempunyai suami mcm suami akak..semoga yaya pun dapat suami mcm tu ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...