NTAHAPATITLENAKLETAKNI...

As salam...

Hari ni, entri tanpa gambar sebab MOUSE PULAK PROBLEM... Nak blogwalking pun takde mood...

Banyak juga komen untuk entri semalam yang saya tak tahu nak publishkan guna keyboard ni ha... Jadi, tak dapatlah ia dipaparkan... Susah juga guna keyboard ni sebab dah selalu guna mouse. Dulu, tahu juga la mana key untuk function tertentu tapi bila dah selalu guna mouse, memang tak tau dah guna keyboard shortcut tu. Entri ni pun tak tersusun sebab tak tahu bagaimana nak justify tulisan guna keyboard. Huhu....

O ya, domain dot my saya masih berfungsi baik macam biasa berdasarkan komen-komen yang masuk dan sedang menanti untuk dipaparkan tapi tak boleh nak dipaparkan sebab saya tak tahu guna keyboard untuk memaparkannya seperti sebab tertera di atas (berapa kali mahu ulang da...) Itu bermakna, sesiapa pun masih boleh melihat blog saya ni. Itu sudah kira bagus... Cuma masih tak boleh adalah View page selepas edit blog atau edit widget blog. Tak kisahlah, janji orang boleh belek blog saya yang tak seberapanya ni.... kan3... hehe...

Sebenarnya, malam tadi sementara baby nyenyak tidur setelah disusukan, sempat jugalah saya menulis apakah yang saya nak buat untuk hari ini. Antaranya, nak buat banner blog guna Adobe Photoshop, kotakkan entri dan sidebar, buat Nuffnangs Add tergantung, ubah warna blog dan siapkan blog bisnes.

Kerja-kerja rumah pula, melipat kain baju yang tak habis-habis lagi dilipat dan kemas rumah yang dah kemas tapi disepahkan balik oleh anak-anak malam tadi maklumla kan... anak-anak ramai... buat je la setakat termampu... Tapi bila dah baby lena lepas susu, mesti nak buka blog juga. Gila blog sudah...

Ada juga terfikir nak buat segmen. Ada ke orang nak joint segmen blogger tak fofular macam saya ni ek? hehe... Rasa macam nak tukar background blog ke warna putih pula. Apa pendapat anda?





10 comments:

  1. terpulang.... ikut suka kak ieta nak tukar kaler putih ke tak...

    ReplyDelete
  2. buat buat...saya join In Shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah... akak sdg memikirkan cemana nak membuatnya. hehe... Tq

      Delete
  3. nak bw kalo xde mouse cam susah je..hahah
    so,kira dah ok la ni domain my eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pun... nak BW tanpa mouse payah giler... Huhu... Nampak mcm ok, tp tak try lg edit2 blog utk tgk View pagenya bleh ke tak lg

      Delete
  4. sya baca tjuk post akak satu2 mcm bru blaja mengeja jer.. hihihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... tu kira dh habis idea la tu nk buat tajuk apa sbb tu tulis camtu

      Delete
  5. waahh akak ni mmg rajen laa.. bagus betull keje rumah tiptop jaga anak tiptop blogging pn tiptop hee saya nk joinn :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...