اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Sementara babyku Abdul Latiff sedang tidur, nak bercerita pengalaman duduk dalam wad NICU, selama 3 hari disebabkan jaundice (demam kuning). Bukan tak pernah anak-anak lain kena jaundice tapi kali ini pengalaman lain dari yang lain. In Shaa Allah ada kesempatan, akan ada entri tentang berpantang kali ke 5 ni seperti permintaan beberapa orang rakan blogger. Nak tahu lebih lanjut tentang jaundice, boleh klik sini. Terima kasih atas info berguna itu.
Memang amat tidak menyeronokkan walau layanan doktor dan nurse di sana baik. Kenapa tak seronok? Sebab-sebabnya :-
1. Makanan bukanlah makanan orang berpantang. Ye la, mereka masakkan overall untuk semua pesakit. Memang tak sempatla nak masak khususkan untuk orang baru bersalin. Ikan dan ayam, maaf cakap hanyir... aku memang dari dulu lagi, kalau terbau hanyir, terus hilang selera nak makan... Tapi... redha je la... yang mana boleh dimakan, makan... Motivasikan diri "Orang di Ghaza tu lagi kesian, nak makan pun susah..." maka lalulah sikit nak makan... Dalam masa yang sama, minta tolong encik hasben masakkan lauk. Hehe... Kesian encik hasben bersusah payah beliau untukku. Sayang suamiku. Pengorbanannya memang tidak terhingga untukku dan anak-anaknya.
2. Disebabkan anakku yang ke lima ini Jaundice nya tinggi... 312 (19.5) maka pada hari Jumaat 11/1/2013 selepas checkup darahnya di makmal, doktor arahkan kami segera dimasukkan ke NICU di Hospital. Di sana, dia terus diletakkan di bawah 3 lampu di ruang yang khusus bersama-sama baby lain-lain untuk diawasi oleh jururawat bertugas. Jadi, berulang aliklah aku ke tempatnya untuk susukan. Letih wei.... Bayangkan dalam keadan baru lepas melahirkan... menggigil-gigil juga nak berulang alik tu. Demi kesembuhan anak, redah juga le....
12 tengahari, nurse datang rumah. Jadi, sebentar lagi, aku kena bawa anakku ke makmal untuk cek bacaan jaundicenya. Abahku tolong bawakan. Encik hasben kerja. Harap normal. Apapun, aku perlu bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan di samping terus berdoa. Memang tersiksa melihat anakku dalam NICU minggu lepas tapi terpaksa kerana ini kaedah perubatan doktor yang berkesan bagi mereka. Dah baca info tentang jaundice tu pengalaman orang lain, lagi bertambah kesedaranku betapa bahayanya jaundice untuk baby dan tahulah aku kenapa nurse sentiasa arahkan ke makmal untuk cek darah baby tu. huhu...
|
3. Malamnya anakku dibawa ke bilikku sebab kuningnya dah turun 220/345 tapi bila doktor pantau darahnya jam 11.59 malam, keputusan darah tinggi pada jam 1 pagi... Nurse bawa semula anakku ke tempat mula-mula dimasukkan petang Jumaat tu. Saat itu, aku dikehendaki sentiasa perah susu untuk beri anakku minum melalui cawan. MINUM MELALUI CAWAN ni yang menyiksakan kerana aku terpaksa membongkok sambil memegang anakku yang diletakkan di bawah 3 cahaya lampu. Sakit bekas jatuh terhentak semasa usia kandungan 5 bulan berdenyut-denyut... siksanya, Allah sahaja yang tahu. Demi anakku, redah jugalah...
4. Semasa anakku di bawa semula ke tempat mula-mula dimasukkan, aku yang memang sakit kepala dari petang tertidur dalam menggigil dek kesejukan gila. Maklumla hospital ni aircondnya telah dicentrallised. Terpaksa telan 2 biji panadol sebelum tidur sebab sakit kepala bagai nak pecah. Sedar-sedar, dah 6.15 pagi. YaAllah! susu perahku kehabisan! Sedih sebab mereka dah beri susu formula untuk anakku. Kalau dah warded, ibu pula tak berapa sihat, mustahil dapat fully BF... huhu... Terpaksa juga redha sebab tak sihat masa tu.
Masa discaj hari Ahad 13/1/2013 tu, jaundicenya 285/345. Doktor pakar di Hospital mengarahkan pemantauan di klinik biasa checkup.
Di rumah, aku cuba juga pelbagai kaedah tradisional di samping berdoa dan berzikir. Antaranya jemur di cahaya matahari dari jam 8pagi hingga 9 pagi. Mandikan dengan daun belimbing. Berikan minum air zamzam. Mandikan dengan buah kuning dari kedai Sensei dan minum susu kambing je belum sempat lagi. Ada juga kawan yang cadangkan ubat homeopathy tapi belum rasa nak mencuba lagi. Menyusukan anak setiap jam juga antara penyebab jaundice boleh turun.
12 tengahari, nurse datang rumah. Jadi, sebentar lagi, aku kena bawa anakku ke makmal untuk cek bacaan jaundicenya. Abahku tolong bawakan. Encik hasben kerja. Harap normal. Apapun, aku perlu bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan di samping terus berdoa. Memang tersiksa melihat anakku dalam NICU minggu lepas tapi terpaksa kerana ini kaedah perubatan doktor yang berkesan bagi mereka. Dah baca info tentang jaundice tu pengalaman orang lain, lagi bertambah kesedaranku betapa bahayanya jaundice untuk baby dan tahulah aku kenapa nurse sentiasa arahkan ke makmal untuk cek darah baby tu. huhu...
|
Gambar ni ehsan dari encik google sebab masa kat spital, memang takde mood nak snap gambar. Lebih kurang je ghope baby ni dengan babyku... |
Kesimpulannya, melahirkan anak ke lima di Hospital Ampang pada tahun 2013 ni, 3 Doktor yang mengendalikan aku dan anakku amat memuaskan hati. Cuma bidan sahaja asyik bersembang, tertinggal uri di dalam perutku. Masa Doktor nak keluarkan tu... Huish... Sakit gila... Macam nak tercabut nyawa tu... Rasa nak ku tendang je Doktor tu. Alhamdulillah sabar. Tak de la nak tendang... hehe
Update : Rawatan terbaik untuk anak jaundice adalah SUSU IBU setiap setengah jam sekali.
Alhamdulillah kuning anak dah turun 15.8. Jumaat kena ke makmal cek semula kuningnya
ReplyDeleteAlhamdulillah anak sis dah hampir sembuh sepenuhnya.
ReplyDelete