As salam.
Tadi dah buat entri ni. Tapi, rasa tak puas hati kalau tak buat entri sendiri walau tahu blog tak seberapanya ni mana la ada orang nak baca sangat kan... Jadi, hari ini saya nak cerita tentang hal ehwal mengumpat a.k.a menggosip.
Pagi 24/5/2013, saya terdengar dari 'Tanyalah ustazah' di TV Al-Hijrah yang saya tak pasti tajuknya. Tapi, pengisiannya cukup menarik hati saya untuk meneruskan mendengar kuliah hebatnya. Ustazah tu mengajar di UTM. Walau saya pun sedang belajar di situ, saya tidak pernah berjumpa dengannya. Lemah lembut, sopan santun orangnya. Ustazah Norhafizah Musa namanya.
Antara isi kandungan kuliahnya yang dapat saya simpulkan ialah :
3
bala bagi pengumpat.
1) Doa tak mustajab.
Doalah apa sahajapun tetapi jika suka sangat mengumpat, bercerita hal orang sana sini, memang payah doa Allah nak makbulkan.
2) Allah tak terima kebaikan yang
dilakukan.
Walau banyak manapun kebaikan yang kita lakukan, selepas itu terus-terusan mengumpat. Selagi tidak meminta maaf kepada yang diumpat, selagi itulah kebaikan yang dibuat Allah tidak terima.
3) Mewariskan keburukan-keburukan yg lain
Apabila seseorang itu mengumpat, jika yang diumpat terdengar, maka akan tercetuslah pergaduhan dan kadangkala, bila sedapnya mengumpat, akan wujud sifat dengki mendengki antara satu sama lain.
Kata ustazah lagi, "sesuatu yang dikeluarkan oleh lidah melalui percakapan, menggambarkan apa yang ada di dalam hati". Oleh itu, sila berhati-hati dengan lidah. Usah asyik menabur fitnah ataupun kondem dan mengumpat/menggosip orang.
Semuanya berpunca dari lidah.
Saya pernah terdengar ustaz berkata "Mengumpat itu sama dengan memakan daging saudaranya sendiri". Memang sedap mengumpat atau menggosip ni. Tetapi, kesannya amat buruk sekali.
Bahayanya lisan ataupun lidah. Zaman moden dan serba maju kini, ada trend mengumpat dunia cyber iaitu 'whatsupwhatsapp' yang ramai mungkin tidak menyedarinya bahawa ianya sama dengan mengumpat jika disalah guna pakai. Contoh yang ustazah berikan "eh, ko tahu... tadikan, bos tak datang kerja, dia MC". Ini kata si A. Si B pula dalam whatsappnya "iye ke...? padan muka" disambung lagi dengan macam-macam cerita.
Makin canggih dunia dan makin maju segalanya, makin mudah mendapat dosa andai tak berjaga-jaga dalam menjaga lidah kita dan mendidik hati kita.
Mudah-mudahan kita semua terhindar dari menjadi orang yang suka mengumpat dan orang yang suka mendengar pengumpat mengumpat a.k.a menggosip.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com