As salam
Hari ini, saya ingin berkongsi pengalaman bekerja di sebuah syarikat peguam.
Sebelum saya bekerja sebagai guru, saya pernah bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat peguam di Jalan Ipoh. Rakan sekerja saya, kerani bahagian perumahan merupakan seorang pekerja paling lama di syarikat tersebut. Bos saya adalah seorang lelaki berbangsa Cina. Bos saya menerajui syarikat guamannya bersama-sama isterinya yang juga berbangsa Cina. Mereka berdua ini sangat baik dengan kami pekerjanya. Kadangkala isteri bos membeli makanan untuk kami berdua yang merupakan pekerja di situ.
Rakan sekerja saya pula seorang yang sebangsa dengan saya, berbangsa Melayu. Beliau seorang yang sangat baik hati, lemah lembut dan amat penyabar orangnya. Beliau seorang yang ikhlas dan jujur. Memang sukar nak dapat kawan yang baik seperti beliau sekarang ini. Saya pernah bertanya kepada rakan sekerja saya ni "kenapa tak try bekerja di tempat lain?" Jawapan diberi "bos
tak bagi berhenti sebab dia tak percaya dengan oranglain ".
Sejujurnya, saya suka bekerja di situ tetapi mungkin disebabkan rezki saya tidak lama di situ, saya hanya bekerja sekejap sahaja. Sayang rasanya meninggalkan mereka dek sikap rakan sekerja dan bos yang baik hati seperti mereka yang amat payah dijumpai di masa kini. Bos saya ni, tidak berkira. Bila ada rezki lebih, maka sama-sama kami berkongsi bonus yang ada.
Sudah lama saya tidak berhubung dengan rakan sekerja saya itu. Tahun lepas beliau menghubungi saya, katanya dia telah menjadi rakan kongsi dengan seorang peguam di tempat kerjanya kini. Bermakna, beliau kini adalah seorang bos! Wow... itu satu perkara yang amat menarik hati saya. Pasti ada rahsia bagaimana beliau dapat mencapai ke tahap itu. Hebat bukan?
Ini pula kisah Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad yang saya petik dari facebook saya
Pada Tahun 1971 - 1976, saya membesar di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu. Masa itu, saya ditinggalkan oleh ayah kandung dan ibu terpaksa membesarkan kami sekeluarga. Ibu tiada pelajaran dan pekerjaan. Jadi dia kerja cuci rumah orang kaya dan jadi tukang masak. Ketika itu, kawan-kawannya ramai Cina dan ada seorang perempuan Cina yang selalu bantu kami setiap kali dalam keperluan. Wang, pakaian, makanan, baju raya, semua dibelikannya untuk kami. Mak saya pesan, "Asmadi, mu kalu senang nanti, mu jangan lupa dia". Sebab masa tu tiada Melayu yang tolong kami, dan saudara mara pun membiarkan kami. Sebab kami miskin dan yatim.
Pada Tahun 1985 - 1986, saya berada dalam Tahun 2 di USM, Pulau Pinang. ketika itu 'roommate' saya seorang Cina, dan saya banyak belajar darinya tentang bagaimana untuk berjaya dalam pelajaran. Dia beritahu banyak perkara yang saya tidak pernah tahu sebelum ini.
Pada Tahun 1994 - 1999, saya memulakan perniagaan training saya di Ipoh. Jiran saya di tingkat bawah, Ah Chong dan isteri buka kedai servis aircond. Setiap kali ada masa terluang, saya lepak kat kedai dia dan sembang-sembang. Saya masih ingat katanya, 'Waa, no matter u r very successful.. u r a different than other malays". Saya jawab, "No, I'm still malay but only try to be a better muslim".
Pada Tahun 2007 anak lelaki saya masuk PLKN. Dia pegang jawatan sewaktu dalam PLKN. Ada seorang budak Cina selalu kena kutuk dan kena usik dengan budak-budak Melayu. Kerana dia ada jawatan, dia selalu mempertahankan budak Cina itu. Dan dia satu-satunya kawan baik budak itu sepanjang PLKN. Budak Cina itu kata apa, "Safwan, you totally change my perspective about Malay".
Sepanjang Tahun 2004 - 2008 anak perempuan saya belajar di Sek. Keb. Raja Perempuan, Ipoh. Di sekolah itu tidak ramai pelajar Cina dan India. Tetapi anak perempuan saya ada 6 orang kawan baik yang terdiri daripada 3 Melayu, 2 Cina dan 1 India. Mereka selalu datang ke rumah saya dan pernah tidur di rumah. Apa yang menariknya, bermula dari hari pertama dia bersekolah di situ, mereka semua berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris setiap masa. Pelajar-pelajar Melayu yang lain kata anak saya berlagak. Saya kata biarkan mereka. Lama kelamaan satu kelas terikut-ikut dengan budaya berbahasa inggeris. Hasilnya, anak perempuan saya dapat A1 untuk kertas Bahasa Inggeris SPM dan juga A1 untuk kertas 1119. Dia masuk UiTM, dan sekarang sedang menghabiskan 'Degree' dalam 'English Communication for Professional'. Nampaknya, pergaulannya banyak membantu penguasaan Bahasa Inggerisnya.
Cuti sekolah yang lepas saya ke Port Diskson kerana menghadiri Majlis Perkahwinan anak seorang sahabat yang sama-sama mengerjakan Haji pada Tahun 2010 dahulu. Dia kahwinkan anaknya, rumanya menantunya seorang gadis Cina, satu keluarga besar Cina hadir pada hari tersebut.
Oh, rupanya benarlah firman Allah dalam al-Quran dalam Surah al-Hujurat, 49:13
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
Sekian.
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
Dari kisah saya dan kisah Dr. Hj. Tengku Asmadi tadi, saya tidak ingin memuji atau mengeji dan memihak kepada mana-mana atau sesiapapun. Maaf cakap, kadang-kadang, sesama bangsa pun sikap dengki mendengki dan tidak puas hati boleh wujud. Boleh baca dalam kisah INI dan INI. Jadi, walau apa pun bangsa dan siapapun kita, kejujuran,
kesabaran, keikhlasan amatlah penting dalam apa jua bidang yang kita
lakukan. Kepercayaan tidak akan berubah andai kita jujur dan suka membantu orang lain dengan ikhlas. Penipuan juga tidak akan wujud jika semuanya dilakukan dengan adil dan saksama tanpa mengira kaum atau bangsa. So, DON'T BE RACIST. :)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com