Fenomena komen pon tak boleh...

As salam,

Baby saya Abdul Latiff masih demam panas lagi.

Saya terpaksa cuti hari ini untuk menjaganya yang meragam sepanjang demam. Sebenarnya setiap hari, banyak perkara ingin saya cerita dan kongsikan. Namun, kekangan masa dan tanggungjawab terhadap kerja, keluarga dan anak adalah menjadi keutamaan. 

Semalam saya baru menyedari rakan-rakan blog dan g+ tidak dapat komen entri saya setelah terlihat 8 komen di chatbox. Kini, saya telah bertukar kepada G+ komen. Lebih mudah dan lebih mesra pengguna. Terima kasih encik ARHAM dan encik +Hatimi Tahirruddin kerana menyedarkan saya :) 


Tak sahkan kalau dalam entri takde gambar? hehe
Jadi, saya ingin paparkan komen-komen itu dalam entri ini.

Komen ini dari entri saya, BLOG DIREMOVE

08/05/2013 11:37 am

yaya "moning akak..hurm..blog kita hak kita untuk bersuara..itu adalah pendapat kita dan pihak lain tak perlu nak naik angin bukan.. "

08/05/2013 8:58 am
mr. kopi pasta : "err, mcm mana nk komen ni? =.='"

08/05/2013 7:58 am
Arham : "biasa kalau jadi camtu sebab banyak sangat spam, so google buat safety precaution."

08/05/2013 7:33 am
timizero : "wah sampai kena remove ke? pelik betul...skang ni komen pon tak boleh..."


Ini pula dari entri MALUKAH MENGAKUI KESILAPAN?

07/05/2013 6:05 pm
yumida : "perang siber semakin rancak..hadoi...cmmane nk hide diorg ni sume..hehe...mual dh baca bende sebegini"

07/05/2013 6:03 pm 
yumida : "sokong pendapat akak sememangnya kerajaan dan pembangkang saling memerlukan..aah..harus ada rs malu dlm diri..byk mata memerhati"

07/05/2013 6:00 pm
yumida : "nak komen kat kotak komen...x jumpe..komen sini je..hehe"

Terima kasih +Yumida Huda , +Cik Yaya , encik +Hatimi Tahirruddin, mr. +kopi pasta  dan encik Arham sebab sudi komen. Nanti komen lagi tau... hehe... Saya pun dah blogwalking ke blog mereka. Anda bila lagi...? Jom, belek entri dalam blog mereka ni. Klik sahaja perkataan berwarna yang tertera dalam entri ini.

Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Dari kejadian ini, siap dah satu entri. Best kan?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...