PILIHANRAYA DAN PROVOKASI

As salam

Apa khabar semua....? eh, eh... macam intro naik atas pentas sebelum menyanyi pula gayanya saya ni kan?

Sebenarnya semangat ingin blogwalking sedang mencengkam-cengkam jiwa sekarang ni. Namun, semangat menyiapkan assignment TITAS perlu diutamakan... 




Esok adalah hari untuk kita menentukan pucuk pimpinan kita. Ramai yang bertanya saya itu ini tentang politik sampai saya kadangkala tersenyum sendirian melihat karenah penyoal dan terkedu sendirian bila terdapat fakta kebenaran hujjah mereka. Ada juga yang taksub terlampau dengan parti yang disokong. Sampai bergaduh-gaduh dan bermasam muka. Buang masa je kan?

Antara dialog bila nak pilihanraya ni ialah :

"Konfius la... nak undi yang mana satu? Kalau undi ** takut minyak naik. Kalau undi ** takut jadi huru hara negara."

Ada pula seorang rakan saya yang agak bodoh-bodoh alang. Bila ditanya "ko undi sapa?" Jawabnya "Saya orang Islam, mestilah saya pilih parti Islam... tapi bos saya sokong ** la... tak taulah saya... Hairan sungguh..."

Saya malas nak ulas panjang lebar tentang politik dan pilihanraya ni. Cumanya...

Sabda Rasulullah Saw:

“Pemimpin akan ditanya tentang rakyat yang dipimpinnya.” [HR. Bukhari dan Muslim].
Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat baik dan membantu sanak kerabat. Dan mencegah dari kekejian dan kemungkaran dan aniaya (melampaui batas). Allah menasihati kamu supaya kamu ingat.” (Qs. an-Nahl [16]: 90).
Akhir kata dari saya kepada yang suka benar memprovokasi saya, terimalah kata-kata ini dari saya --> Kita sudah tahu yang mana hak, yang mana batil. Jika tidak tahu, silalah belajar. Terus memilih yang batil atau merubah kepada yang murni, pilihan terletak ditangan kita. Jangan kerana tersalah pilih, membuat kita merana hingga ke akhirat...

SELAMAT MENGUNDI. TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DAN HAK ANDA SEBAGAI RAKYAT SECARA BERHEMMAH ^__^

Macam-macam tentang PRU13 DISINI

5 comments:

  1. undi adalah rahsia...selamat mengundi...

    btw ni jwpn td :)


    Ieta :

    your are welcome..one day if interested, let me know..


    kita akan ajar caranya...xde masa pun boleh jd ada masa bila tau caranya, xde modal pun boleh ada modal... :)

    btw good luck for study dear :)

    ReplyDelete
  2. selamat mengundi yer. berdebar juga tunggu keputusan malam ni

    ReplyDelete
  3. Selamat mgundi.. Undi yg benar2 layak yea.. Heee

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA.

  BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA . (Kongsi di facebook pada 30/3/2021 . Kemaskini ke blog 21/1...