MOOD LARI

As salam


Jam 7.30 pagi nanti, saya perlu bergegas ke Taman Tasik D.K. Kemudian rushing drive ke kelas, kelas bermula jam 2.30 petang. Jam 4 petang pula saya perlu menduduki ujian subjek TITAS.
Selepas maghrib tadi, sambil menyusukan baby saya, saya cuba membaca buku subjek TITAS. Baru 2 muka surat, saya dah terkuap-kuap mengantuknya yang amat sangat. Terus mood lari, terus saya tidur. Tiba-tiba, seorang rakan saya menalifon pada jam 10.13 malam. Dengan suaranya yang meninggi. Memang betul-betul buat mood saya lari.... Niat dihati nak sambung baca buku. Tapi sebab mood lari, nak kembalikan mood, buka blog. Nak blogwalking pun takde mood juga.

Buka facebook, tak ceria juga. Buka nuffnang, lagilah tak ceria. Menyampah lagi ada. Hehe...

Memang jadi tak keruan kan kalau terlalu banyak benda nak dibuat dalam sehari? Mood juga lari kalau sedang sedap-sedap tidur, orang call dengan suara meninggi. Anda bagaimana? Apa yang membuatkan mood anda lari?

Terimalah Video klip ini yang berjaya mengembalikan mood saya>>Ending dari GA en. +Ayie Abas yang saya telah join. Best sebab ada nama dalam tu. Jadilah kan... hehe....



Doakan saya mudah menjawab soalan ujian nanti ya. Terima kasih...


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA.

  BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA . (Kongsi di facebook pada 30/3/2021 . Kemaskini ke blog 21/1...