Showing posts with label kisah belajar. Show all posts
Showing posts with label kisah belajar. Show all posts

03 June 2014

KEPENTINGAN MENABUNG WALAU PUN LIMA PULUH SEN

KEPENTINGAN MENABUNG WALAU PUN LIMA PULUH SEN. (Kongsi : 3/6/2014 kemaskini : 9/12/2024).


Sekadar makluman, 1/4/2021 Almarhum Ayahanda beta meninggal dunia. Jenayah siber besar-besaran bermula, 3/8/2021 emak saudara sebelah Almarhum Bonda maklumkan kami darah Raja keturunan Rasulullah SAW. Maaf dah terbiasa guna bahasa diri saya dan beta bersilih ganti. Tak rajin nak edit semua.  

Masih ingat tak lagi kali pertama anda bekerja berapakah gaji atau elaun yang anda terima? Oleh kerana dulu-dulu tak mewah. Maka menabung tu wajib jadi rutin harian beta ni.

06 February 2014

Benarkah kita cinta Rasul?

Benarkah kita cinta Rasul?

Saat saya belajar subjek Sirah Nabawiyyah di UTM, terdetik dalam hati saya "Benarkah kita Cinta Rasul?" maka terungkaplah puisi ini....

Benarkah kita cinta Rasul?
Andai benar kita cinta Rasul, mengapakah kita tidak junjung titah perintahnya?

Benarkah kita cinta Rasul? 
Sedangkan budaya hidupnya masih diperlekehkan.

Benarkah kita cinta Rasul? 
Andai perjuangannya menyebarkan Islam kita tak endahkan. 

Benarkah kita Cinta Rasul? 
Andai amalan sunnahnya diperlekehkan.

Benarkah kita Cinta Rasul?
Andai hanya menyambut maulidur rasul waktu itu selawat dikumandangkan.

Benarkah kita Cinta Rasul?
Andai perintah Allah tak ditunaikan?Menegakkan syiar dan daulah Islam yang hak diperlekehkan.

Mari kita teliti bicara dari para mu'allim ini tentang Benarkah Kita Cinta Rasul?



Pentingnya belajar 'Ulumul Hadith... Dari subjek 'Ulumul Hadith pula, saya belajar pula tentang hadis dhaif, hadis sahih, hadis maudhuk dan pelbagai lagi jenis hadis.

Pentingnya belajar Sirah Nabawiyyah.

Dalam subjek Sirah Nabawiyyah juga, pensyarah saya ada menyatakan bahawa hadis di saat akhir kewafatan Rasulullah s.a.w, junjungan mulia ini telah menyebut "Ummati, Ummati, Ummati..." yang bermaksud Ummatku, Ummatku, Ummatku... Pensyarah saya menjelaskan bahawa hadis ini adalah hadis dhaif. Kebetulan pensyarah subjek Tamadun Islam Tamadun Asia Tenggara (TITAS) semasa sem pendek yang lalu berkongsi tentang hadis ini. Mari kita dengar apakah Penjelasan Isu Hadis Ummati, Ummati, Ummati oleh Ustaz Muhammad Nazmi Karim.



Andai benar kita cinta Rasul, marilah bersama kita tanpa jemu berterus-terusan dalam menuntut ilmu untuk menambahkan rasa kecintaan kita terhadap junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w.

13 January 2014

Presentation Bahasa Arab

As salam. Baru-baru ini, saya sempat menyiapkan entri Menanam Rasa Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w (klik). Idea mencurah-curah ketika rakan-rakan sedang sibuk membentangkan tajuk pelajaran Sirah Nabawiyyah. Ia menjelma satu-persatu, bertalu-talu... Tak sabar rasanya mengadap komputer untuk menyiapkan tajuk yang berunsurkan dakwah itu. Ahad keesokannya iaitu 12/1/2014, ketika kuliah Bahasa Arab juga menyaksikan 'Presentation Bahasa Arab" dari saya dan rakan-rakan sekuliah untuk menguji sejauh mana pemahaman kami terhadap topik-topik yang telah kami pelajari dan telah kami kaji. Idea mencurah-curah lagi... Otak ni ligat untuk blog. Memang saya blogger yang gila blogging, cuma kesempatan mengadap PC untuk menulis jarang ada dah sekarang ni. 

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....