![]() |
| Gambar bilik bersalin ehsan google |
BUKAN PERAWAT TAPI SAKSI HIDUP SCAMMER & KEZALIMAN : JAWI, JMB, ahli komuniti residensi, kumpulan ajaran sesat pelampau kalangan guru dan ahli silat, motivator, konsultan, coach self help sebenarnya perawat, dukun ilmu hitam ahli sihir peritual tradisional & moden berprofession tinggi, mengaku jin leluhur sebagai moyang, menunggang agama, nasab keturunan sejarah Raja-Raja Melayu Nusantara. HOBI : Kongsi mutiara kata, tips kesihatan, fakta aqidah dan sejarah.
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
08 January 2015
23 August 2014
Cara Mengatasi Sakit Perut
Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera semua.
Baru-baru ini ada rakan blogger bertanya saya bagaimana Cara Mengatasi Sakit Perut? Puas saya memikirkan apakah yang saya buat ya?
Baru-baru ini ada rakan blogger bertanya saya bagaimana Cara Mengatasi Sakit Perut? Puas saya memikirkan apakah yang saya buat ya?
Ha... Ingat dah, bagaimana Cara Mengatasi Sakit Perut yang sering saya lakukan.
Pada kebiasaannya, jika saya mengalami sakit perut, saya akan ambil botol mineral, saya masukkan air panas, balut dengan towel good morning dan tuamkan ke perut saya tu.
Kemudian saya tidur meniarap. Saya letakkan bantal di bawah perut saya. Ataupun saya sapu minyak Afiat ke atas perut. Akhir sekali saya minum air Yasin.
Kebiasaannya, sakit perut ini berlaku waktu saya akan period (datang bulan) dan mengalami cirit-birit seterusnya diikuti muntah yang teruk. Gastrik juga boleh mendatangkan penyakit sakit perut yang tahap kronik sehingga boleh pengsan dibuatnya.
Follow @marsitahieta![]() |
| Codi Cafe, kopi ini jika diminum waktu panas juga dapat mengurangkan sakit perut. |
Kebiasaannya, sakit perut ini berlaku waktu saya akan period (datang bulan) dan mengalami cirit-birit seterusnya diikuti muntah yang teruk. Gastrik juga boleh mendatangkan penyakit sakit perut yang tahap kronik sehingga boleh pengsan dibuatnya.
"Pesakit yang mengalami sakit perut perlu mengelakkan mengambil pil ponstan secara kerap kerana ia akan mengakibatkan kesan dan sakit lain dikemudian hari". kata rakan blogger saya Cik Pijaz, seorang jururawat.Tapi jika sakit perut kerana tak makan disebabkan nak berdiet... baik jangan diamalkan ya... Silap-Silap haribulan boleh dapat gastrik pula. Sarapan pagi dan makan tengahari jangan tinggal... Kerana ia memberikan tenaga untuk bekerja sepanjang hari.
"Salah satu langkah paling mudah dilakukan ialah dengan mengamalkan diet berkhasiat, dapatkan rehat secukupnya, lakukan senaman dan rehat dengan cara-cara yang menyihatkan. Jika anda bermasalah untuk berehat, anda boleh mengambil meditasi, yoga atau tai chi". Utusan Melayu (M) Bhd.Beginilah cara mengatasi sakit perut yang selalu saya amalkan. Anda ada lagi cara mengatasi sakit perut yang boleh dikongsi dengan saya? Jangan malu jangan segan... Tinggalkan cadangan anda diruangan komen di bawah ya? Terima kasih... ^__^
25 May 2013
KEBAIKAN EPAL HIJAU
Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
24 March 2013
18 March 2013
LOGIKNYA SOLAT PADA PANDANGAN SAINS
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه
Saya tidak ingat di mana saya terjumpa artikel "LOGIKNYA SOLAT PADA PANDANGAN SAINS" ni. Artikel ini tersimpan lama di dalam deraf saya. Tahun 2007 dulu masa mula berblogging, tak tahu kaedah, main belasah je simpan mana-mana artikel yang menarik dalam blog. Konon, satu hari nak baca balik ketika tidak sibuk. Rasanya daripada tersimpan, baik saya kongsikan. Moga bermanfaat ^__^
| SUMBER GOOGLE |
14 March 2013
Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri
Disebabkan ada yang bertanyakan tips untuk mendapatkan anak, makanya saya ingin kongsikan di dalam blog simple saya setelah saya terjumpa artikel ini di dalam fb saya tadi. Moga bermanfaat ^_^

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.
Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Sabda Rasulullah SAW:
“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)
Wallahu’alam
15 February 2013
KENAPA AIR MASAK TIDAK DIGALAKKAN KEPADA BAYI 6 BULAN KE BAWAH?
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
| Seperti biasa, hamek gambar dari mr. google da... |
Biasala ayat aku nak mulakan entrikan... Sambil menyiapkan assignment, menggoogle-google bahan dan membelek babyku yang dah 42 hari, ku sempat berblogging. Terjumpa perkara penting dalam blog ONLAJER BLOG. Entrinya seperti berikut :
Walaupun dah berkali-kali di ingatkan jangan beri bayi bawah 6 bulan minum air masak namun masih ada ibu bapa yang masih amalkan dengan memberi air masak kepada bayi mereka. Antara sebab desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air dan macam – macam lagi.
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula. Semoga info-info ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.
Nota :
Telah kuterangkan di dalam INI dan entri INI. Patutla takde hati je nak beri ABDUL LATIFF air masak...
14 February 2013
KANGKUNG, LINTAH DAN PROGRAM MASA BUJANG
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
Sedang google gambar lipas dalam tandas untuk assignment, terjumpa gambar lain, cari punya cari punya cari, lastly terjumpa gambar yang membuatkan aku teringin nak membuka blognya. Sebuah blog yang ayatnya santai bersahaja... lama gak la dok membaca entri dalam blog tu sambil-sambilan dengan baby dan menyiapkan assignment. Tiba-tiba terpandang entri Bahaya Makan "KANGKUNG" (dah follow blog tu tapi lupa dah nak backlink kat entri ni, sori ek?) Lalu ku baca...
Dalam entri itu
Memang geli geleman bila membacanya dan teringatkan LINTAH tu sebab aku pernah bawa balik lintah sepanjang perjalanan dari PROGRAM Jungle Tracking dalam hutan MASA BUJANG dulu. Sedang sibuk berborak dengan pakwe (masa tu belum encik usben lagi) tiba-tiba je rasa semacam je... selak seluar yang kupakai, melompat aku... Lintah weh... sedang dok hisap darah dikakiku... Terjerit-jerit aku... Huhu... tak ingat dahla camana ku membuang lintah tu... eeee... memang menggelikan....
Berbalik pada entri tadi, bila baca entri dari blog tu, memang rasa takmo dah makan kangkung weh....
| Aku hamek dari mr. google je gambor ni.. tapi gambor lintah maap le... tak sanggup aku nak letak dalam entri ni... Patutle ada orang, memang tak hamek batangnye... huhu... |
Preview dulu...baru post entri ni...kan? Tiba-tiba terfikir, daripada aku nak post entri sembarangan, lebih baik aku cari dan rujuk dulu sumber-sumbernya... Lalu, aku pun menggoggle lah lagi... Akhirnya terjumpa LINK INI. Sila klik untuk baca lebih lanjut. Kang panjang lebar pula entri aku ni. Hehe...
Update (takmo kang ada yang tak makan terus kangkung plak dek entri aku nih. hehe...) :
Antara kandungan di LINK INI ialah
Update (takmo kang ada yang tak makan terus kangkung plak dek entri aku nih. hehe...) :
Antara kandungan di LINK INI ialah
Dokter melakukan rontgen ternyata di usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil
Komentar eNHa : secara medik rontgen untuk mendeteksi sesuatu, tapi rontgen tidak dapat melihat benda/mahluk bergerak secara langsung
Lintah tidak mati walau dimasak dan hanya mati jika dibakar
Komentar eNHa : Tubuh lintah sebagian besar terdiri dari cairan yang akan bereaksi terhadap polutan. Lintah mudah sekali mati dengan garam / tembakau / alkohol. Sehingga jika dimasak dengan garam-pun, otomatis lintah akan mati. Sebelum masuk ke usus, makanan berisi lintah pasti melewati lambung yg memiliki zat keasaman tinggi. Pada fase ini lintah dipastikan akan mati.
Dalam usus lintah berkembang biak cepat hanya dalam 1 – 2 hari
Komentar eNHa : Lintah memang hewan hermafrodit, tetapi tetap butuh lintah lain untuk berkembang biak atau tidak dapat membelah diri sendiri layaknya amuba. Lintahpun berkembang biak hanya setelah masa dewasa sekitar usia 6 bulanan dan sebelum itu harus mengerami telur-telurnya yg berbentuk kokon. Jadi sangat tidak mungkin berkembang hanya dalam 1 – 2 hari, walaupun dia hidup di tempat yang banyak darah.
So, terpulanglah nak makan KANGKUNG ke tak selepas ni ya...Yang pasti, LINTAH bukan untuk dimakan haha... Apapun, PROGRAM MASA BUJANG sesekali boleh diimbas kembali untuk dimuatkan dalam blog sendiri. Nak ke anda makan KANGKUNG...? haha
20 November 2012
BSP OH BSP...
Tahukah anda apakah itu BSP? Ia adalah singkatan daripada ayat Blood Sugar Pressure. Hari ini daku nak berceloteh tentang BSP. Hari ini adalah kali yang ke lima BSPku di check oleh Nurse di Klinik Kesihatan yang selalu daku membuat monthly / weekly medical checkup... Klinik Kerajaan je... Memang penat... Penat menunggu bilamana orang ramai. Tapi masa nak cucuk dijari untuk darah diambil tu, sekejap je... Menunggunya je yang lama....
Sebenarnya, belum pernah dalam sejarah hidupku kena diabeties. Kali ni pula daku disyaki ada diabetis. Faktornya ialah parents daku adalah pengidap diabeties. Faktor keturunanlah tu kan... Nak buat camana... Kontrol kabohidrat & kurangkanlah gula dalam makanan dan minuman. Ini pesanan Nurse dan doktor yang merawatku.
Nak tahu macamana BSP diambil?
Mula-mula salah satu jari disapu antiseptic, kemudian alat seperti di bawah ni ditekan ke jari.
ataupun sebegini
(Nurse di klinik tak pakai sarung tangan pun...).
Maka terhasillah keputusannya seperti di bawah ini
ataupun sebegini >> 
Walaupun nurse yang incharge kes diabeties dah ajar aku diet bagi pesakit ini namun, hari ini barulah kutahu bahawasanya, pengidap diabetis boleh je makan nasi. Cumanya dalam kuantiti yang sedikit iaitu sesenduk atau suku pinggan sahaja nasinya. Lebihkan sayuran. Kertas diet yang nurse beri ntah ke mana letak tak tahulah daku.... Kawan-kawan pun bagitau masa nak check BSP, JANGAN MAKAN NASI... Sampai takut daku nak makan nasi... huhuhu....
Sebab apa daku menulis sebegini? Kerana pagi tadi, daku tak makan apa pun kecuali biskut Jacob yang original tu 6 keping dengan air masak semata. Tapi.... pukul 10.00 pagi BSPku naik... 8.2 tuh.... sedangkan pada jam 8.00 pagi tadi 5.1 je... Than oleh kerna kelaparan menggila yang melanda diriku, daku makanlah nasi... sesuku pinggan, ulam raja 3 tangkai dengan ikan cencaru belah belakang (ingat nak makan sup tulang tapi kedai tu tak masak lagi, so hantam sajalah... asalkan perut terisi makanan...) airnya? air limau suam kurang gula. Nak tau keputusan BSPku jam 2 petang hari ni? Haha... Syukur 4.8 sahaja. Lega hatiku nih.... Nurse pun seronok lihat keputusanku tu tadi katanya "Bagus2... makan nasi, jangan tak makan. Makan nasi sesenduk ja, jangan lebih-lebih... Lainkali, bukan hari nak check BSP sahaja kontrol makan. Sebelum2 tu lagi dah sepatutnya kontrol makan". Ya tak ya jugak ya.... malam tadi daku makan pop corn melambak2 dengan cup corn manalahnya tak naik BSPku.... dahtu pagi tadi ada sesuatu yang merunsingkan kepala otakku, tulah yang lagi tinggi giler BSP ku tu... Pukul 8.00 malam nanti, kena check buat kali ke 4 hari ini.
So, amalkan diet yang sihat untuk BSP yang sihat. Jika boleh, amalkan pemakanan berpandukan pyramid pemakanan bagi pesakit diabeties di bawah ini
Ni untuk makan tengahari
ataupun macamni...
ataupun macamni...
ataupun semangkuk salad...yummi...sedapnya....
Yang ni pun boleh tapi, rebus2 je tau...
Ku mendambakan yang ni... kalau dapat hari-hari makan yang ni pun takpe....hehe...
Kalau takmo BSP meningkat, silalah usah amalkan yang ni...
& yang ni semua...
Boleh nak makan...tapi usahlah over2...
huhuhu...icecream kegemaranku.... Sobar je lah...
Kerana risiko diabeties ialah, selanjutnya boleh baca di laman sesawang
ini >> http://www.izieherb.net/kencingmanis.htm
yang ni >> http://female.kompas.com/read/2011/11/05/06532348/Diabetes.Kehamilan.dan.Risikonya.pada.Bayi
ini >> http://www.izieherb.net/kencingmanis.htm
dan yang ni >> http://bayi-ibu.com/kencing-manis-semasa-hamil/
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
MEREKA SUDAH TIDAK BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....
-
Bagaimana cara saya update blog? Bagaimana ya? Ramai yang hairan. Hehe... Kawan-kawan hairan bila masa saya update blog? Beberapa...
-
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ "Kenapa jadi guru tak kerja lain?" Pertanyaan yang sudah beberapa kali ...
-
SUSAH KE JADI STUDENT PART TIME ATAU PJJ? اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ Permintaan rakan blogger untuk say...

