27 January 2012

10 lubang terbesar dan menakjubkan di dunia


سبحان الله... sungguh unik & menarik ciptaan Allah ni...



Udachnaya Pipe, Russia
Udachnaya Pipe adalah lombong berlian di Rusia. Pemilik lombong menghentikan operasinya pada 2010 – untuk melaksanakan perlombongan bawah tanah. Lombong ini ditemui pada tahun 1955 dengan kedalaman mencapai 600 meter.
Chuquicamata, Chile
Chuquicamata adalah lubang galian lombong terbuka di Chile. Lombong dengan jumlah pengeluaran tertinggi di dunia – walaupun ini bukan lombong terbesar. Lombong ini sedalam 850 meter.
Nuffnang Ads
Diavik Mine, Canada
Diavik Mine adalah lombong di wilayah barat laut Canada. Lombong ini dibuka pada tahun 2003, menghasilkan 8 juta karat atau sekitar 1600 kg (3500 lb) berlian setiap tahun.
Sink hole, Guatemala
Pada tahun 2007, sebuah lubang runtuh sedalam 300 kaki menelan banyak rumah di Guatemala – membunuh 2 orang dan mengakibatkan ribuan dipindahkan. Lubang ini terjadi kesan hujan dan aliran pembentungan bawah tanah.
Great Blue Hole, Belize
Great Blue Hole adalah lubang jurang bawah air di pantai Belize. Lubang ini memiliki diameter 1000 kaki dan kedalaman 400 kaki. Lubang ini terbentuk sebagai gua batu kapur sejak zaman ais.
Kimberley Diamond Mine, South Africa
Kimberley Diamond Mine (juga dikenal sebagai Big Hole) memiliki jolokan lubang buatan tangan terbesar di dunia (masih diperdebatkan). Sejak 1866 sehingga 1914, 50,000 perlombong menggalinya dengan menggunakan cangkul dan penyeduk, menghasilkan 2,722 kg berlian.
Monticello Dam, California
Monticello Dam adalah jurang di Napa County, California, sangat terkenal di Amerika kerana pintu masuknya yang berbentuk unik.
Bingham Canyon Mine, Utah
Bingham Canyon Mine adalah lombong di pegunungan Oquirrh, Utah. Lombong ini memiliki kedalaman 1.2km dan lebar 4 km. Merupakan lombong penggalian terbesar di dunia.
Mirny Diamond Mine, Siberia
Mirny Diamond Mine memiliki kedalaman 525m dan diameter 1200m. Merupaka salah satu lombong berlian pertama dan terbesar di Rusia. Kini tidak beroperasi lagi. Sewaktu masih beroperasi, 2 jam diperlukan untuk lori melintas dari atas hingga ke dasar lombong.
Darvaza Gas Crater, Turkmenistan
Pada tahun 1971, ahli geologi menemui gas bawah tanah yang sangat besar di tempat ini. Ketika melakukan penggalian untuk mendapatkan gas, menara bor runtuh dan meninggalkan lubang besar. Untuk mencegah gas beracun keluar, lubang ini dibiarkan terbakar. Sampai sekarang masih terus terbakar tanpa pernah berhenti.

SUMBER

KEAJAIBAN SELAWAT

Salam, setelah kepenatan balik dari menghantar anak ke 2 ku ke tadika & membeli keperluan dapur maka, terasa nak on PC. Hajat dihati nak edit slide power point subjek Psiko. Tapi, bila dh on PC, nak plak on9 fb. Terjumpa tentang selawat... So, hari ini aku teringin nak berkongsi tentang kelebihan berselawat bersempena bulan kelahiran Junjungan mulia kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah2an akan menenangkan hati kita semua. Amin
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

26 January 2012

Bila Mahasiswa Mengamuk

Nak edit assignment, tertengok VC ni. Haish....Mahasiswa mengamuk lagi....musykilnya...dgn negara kita ni....Ya Allah....selamatkanlah kami&anak2 bangsa kami...Takut aku tengok depa ni mengamuk. Wat pe la....menyusahkan diri dgn demonstrasi...?
 


Mudahkah kita diprovokasi/diam senyap menyepi?
http://youtu.be/b-5h9Jy1yGw fikir2kanlah
www.youtube.com
apa nk jadi la.. xtau la btl ke x nih
 
Pasti ada sebab mengapa mereka jadi sedemikian. Kembalilah kepada keamanan utk negara&anak2 bangsa kita semua. Andai di atas berantakan,manakan yg dibawah dapat keamanan http://youtu.be/hMuQ5YI22DM ...See more
www.youtube.com
keamanan(malay)-peace(english)-Salaam(arabic)-Frieden(german)-la paz(spanish)-pa...See more

AKU MUSYKIL DGN POLITIK DUNIA NI....AMPUNKAN AKU YA ALLAH...

Lagu ni sedap didengar, ingatkan apa tapi...rupa2nya....korang dgrlah sendiri ya


http://www.youtube.com/watch?v=q1j_ps_47M8&feature=player_embedded

1) Aku mmg xminat politik tp.... apa yg aku dh terbaca di pagi hari ini, membuatkan aku terkedu&apa yg aku dengar slm ini telah terjawab melalui pembacaan tanpa sengaja di blog ini. Adakah ini suratan/kebetulan????Patutlah ramai org marah sgt dgn mereka itu. Astaghfirullahal'azim...Andai penulis blog ini berbohong, aku mohon agar aku diampunkan kerana terbaca blog ini. Andainya ia benar, bukalah mata,bukalah minda. Kembalilah kepada kebenaran wahai semua.... Demi bangsa& tanahair kita. Mahukah kita merempat dibumi kita sendiri hanya dek tgn2 durjana yg membunuh dari sekecil2 hingga sebesar2 kes jadi tertutup dek kerana kuasa? Renung2kanlah...Aku merayu....

http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/01/misteri-kehilangan-wang-52-bilion-bmf_25.html?spref=fb



    • Ieta Mat Sa'ad
      Tapi.............. bila terbaca ayat2 ini di dlm blog http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/01/misteri-kehilangan-wang-52-bilion-bmf_25.html?spref=fb.... aku terkesima sebentar. Adakah ini kenyataan/kebetulan/pembohongan semata2??? 


      “Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

      ~ demikianlah statment 2 org pegawai khas Najib yg tidak langsung mengenali An-Tantuya dan cuma patuh arahan bosnya sahaja."


      Ayat2 di atas ada dlm blog yg berline n berwarna purple.





      2) "dlm PAS ada parasit" kata Dr. Hassan Ali. Sbnrnya golongan mcmtu,d mn2 pun ada. Lbih2 lg bila ada sikap gila kuasa,hasad dgki&tamak haloba. Asam garam dunia...Mn2,sm je... Sbb tu I xminat politik... Maaflh ya wahai org2 politik... [via Celcom SMS]
    • · ·

      Ieta Mat Sa'ad Dah faham..... http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/01/memorandum-untuk-hasan-ali.html So, lepas ni, lebih baik diam dari berkata2 kalau xfaham apa2 (peringatan utk aku)


      22 minutes ago · · 


JALAN-JALAN, CARI BUKU...(SILA ULANG 3 KALI YA...)


Salam... 
Dah dinihari....mata tidak boleh lena...Tiba2 rasa nak menaip diblog menyala2....Maka tanpa on9 fb, aku pun memulakan menaip....dari jam 12.40 tghmlm. Tadi print slip gaji bulan Januari dulu.
hArI iNi kan...pagi setelah mandi pukul 6 pagi, kepeningan melanda membuatkan aku kembali tidur. Sempatlah masak air & panaskan apa2 yg patut b4 tidur utk meredakan kepeningan melanda itu...Tak taulah pasai apa ntah....dah 2,3,4 hari ni asyik pening gila....je. Asal pening je tidur le jawabnya, bangun tidur tu barulah reda...Kelam kabut aku bangun n mandi sekali lagi. Panas naw rasanya cuaca hari ini. 
Ingatkan Akmal tak sekolah harini. Rupa2nya, pengasuh dia kol tanya baru aku tau tadikanya sekolah, tak cuti seperti sekolah Adilah puteriku yg sulung & sekolah aku sendiri cuti hingga hari Jumaat ini. (Esok aku pastikan Akmal ku hantar ke tadikanya! Chewwah...semangat waja ni...hehe...)
Oleh kerana Adilah lambatnye bangun...maka, jam 11 lebih baru aku bawa Adilah & Akmal g Perodua untuk melihat perkembangan fizikal Myvi yg kurindui di Perodua AU2. Sampai di sana, Juru Nilai Kos Insuran Claim aku bawa aku ke Myviku. Terubatlah kerinduan menyalaku seketika....(Macam org bercintalah plak...rindu...) Ye lah, dah 8bulan hari2 pandu, tiba2 ter 'eksiden' sebulan lebih xnampak, rindu le... Keretaku telah direpair hadapannya. Tinggal nak pasang enjin, pasang body n cermin sahaja lagi. Dah siap diorang test drive, baru aku boleh ambil. Mungkin pertengahan bulan 2 siap. Sod ba ro...jela... Dah siap melihat2 Myviku, aku pun nak balik...En. Halim kata"Rajin2la datang jenguk2 kereta ya?" tergelak aku dengar perkataannya tu. 
Dah nak balik, Adilah menuntut janjiku nak bawa dia ke kedai buku di Jalan TAR, K.L. Maka kami bertiga pun, pergilah membeli buku....Puas dari 1 kedai ke 1 kedai aku JALAN-JALAN, CARI BUKU2 tu. Akhirnya, di Pustaka Mukmin terjumpa buku Psikologi Pendidikan. Alhamdulillah...bolehlah aku menambahkan slide power point utk presentation subjek Psiko 23/2 bulan hadapan. Assignment ni berkumpulan. So, aku & kawan2 aku buatla part tugasan masing2. Aku bahagian power point je.
Best giler melihat buku2 di Pustaka Mukmin ni. Rasa nak borong semuanya je. Tapi takut tak terlarat membacanya. So, inilah dia buku2 aku beli pada 25/1/2012...
"Sorry, xdapat upload dari fon. Lenkali lah ye aku cuba upload..."
Yang bawah sekali tu, buku Adilah & Majalah Ana Muslim. Beli juga buku & gunting untuk Akmal, tak taulah dia letak kat mana. Mungkin dah simpan dalam beg dia. Semuanya berjumlah RM155.60 menggunakan baucer buku RM150. rm5.60 tambah duit la...sayang nak guna sekeping lagi BAKI baucer RM50 tu....
O ya, semasa dihadapan Pustaka Mukmin, dalam waktu nak balik, ada seorang perempuan bertudung labuh berbaju kurung. Katanya "Saya Kristian, dah 5 tahun memeluk Islam" sambil menghulurkan & memasukkan pamplet rumah kebajikan kepadaku ke dalam plastik bukuku, untuk mengutip derma. Aku pun bertanya "Kalau saya nak derma, saya derma di alamat n no. fon di pamplet ni ke?" dia jawab "Nak derma, derma di sini"sambil menunjuk ke arah dirinya. Berkali2 aku tanya. Tetap itu juga jawapannya. Aku tanya lagi "Boleh saya kol no. fon di pamplet ni?"Dengan nada & wajah yg macam marah, dia merampas pamplet yg dia dah bagi kat aku yg aku dah simpan dalam plastik berisi buku2 yg aku beli. Aku bukanlah nak berkira bab derma2 ni tapi, aku xyakin nak derma kat pompuan tu. Dahlah paksa aku ambil pamplet dia, ingat bagi terus. Than bila aku cakap nak kol, terus marah n rampas balik pamplet tu? Secara logiknya, kalau dia betul2 jujur, mesti dia biarkan je pamplet tu kat aku. Haish...zaman sekarang ni...ramai betul manusia macam pompuan tu. Bertopengkan pakaian konon Islam tapi penipu. (Aku dah terkena, sbb tu lebih berhati2)
B4 balik, aku ajak 2 org anakku makan dulu, Ada lagi pompuan tu kat dpn KFC deret Minerva tu...Dah berapa ramai la org terkantoi dgn dia agaknya...Ish3.... Pada akulah kan, kalo betul2 nak derma/bersedekah...elokla direct ke masjid atau bagi je berapa RM yg nak diderma kepada suami @ direct derma ke rumah anak2 yatim yg mmg tak dapat sebarang bantuan. Baru betul puas hati aku.... Kitorg terlepas bas so, jalan kaki ke Putra LRT Masjid Jamek. Sampai Jelatek, 5.25 petang, hujan lebat, tunggu suami tercinta balik sama2. Sampai rumah, ambil anak2 bersama suami, mandi, basuh pinggan mangkuk yg xsempat basuh tadi dek kepeningan melanda, air suami dh jerangkan. Aku masak nasi n panaskan lauk sambal cili api paru baki semalam n baki pajeri nenas yg kak iparku bagi. Dah sampai rumah lambat, xsempat da...nak masak....Malam, anak2 makan cekodok petang semalam n roti. Than suami makan nasi. Aku? teman suami makan tp aku makan biskut n air n cekodok je....Semangat mengecilkan fizikal yg termontel. He3... Baru 2 malam xmakan nasi... Anak sedara aku Husni boleh, aku pun mesti boleh! Yakin boleh! Hidup aku...! Ish, apa yg aku merapik merapu ni? Semangat waja....harap berkekalan sampai bila2.
Oh ya....25/1/2012 merupakan hari ulangtahun ke 10 perkahwinan aku. Baru 10 tahun...masih muda lagi rasanya usia perkahwinan kami.... Namun, banyak suka duka, pahit manis & tawar yang telah kami lalui bersama dengan penuh tolak ansur&banyak berbincang. Alhamdulillah suamiku pemikir,penyabar&memahami aku...Huhu...bersyukur sangat2 dikurniakan rezqi suami & anak2 yg amat ku cintai....
Moga aku terus matang, tabah&berfikiran terbuka lagi berlapang minda menerima sebarang perkara yang mendatang. Amin Ya Rabbal 'Alamin....

24 January 2012

ANDAI AKU PUNYA BANYAK WANG

Salam...
Tiba2 keinginan menulis di blog menggamit-gamit naluriku. Maka ku on PC.... on fb, than buka blog aku. Topik aku kali ni ialah seperti tertulis di atas ^ .
Apa yg aku akan buat 'Andai aku punya banyak wang?'
1. Aku nak upah orang kemas rumah aku yang dah macam tongkang pecah n kapal karam yg xlarat aku kemas sejak aku berpantang anak yg ke 4. Terutamanya tolong melipat kain bajuku yg xpernah dapat lipat sampai habis. Tulah tu....gara2 stamina yg asyik terkantoi n xde masa yg bnyk nk mengemas rumah maka jadilah kain baju berbakul-bakul xdapat lipat sampai abis.... weekend study lagi...penat weh... Sampai aku malu nk ajak sesapa pun dtg umah aku...huhuhu.... :( kalo yg dtg tu jenis xkisah xpe lah gak. Ni, dtg dh lah mata melingas sn cni, mulut plak xreti diam. Xkan la plak aku nk cerita sn cni apa yg trjadi kat diri aku smpi rmh aku jd camni? kalo cerita pun, aku tau...org msti smash aku balik....so, aku buat mn yg aku larat n aku mampu je la. Alhamdulillah suami aku xpernah merungut bab rumah ni sbb dia fhm kesihatan n stamina aku yg amat2 berkurangan sejak anak ke 4 ni kowt....
2. Aku nak upah org kemas n cuci dapur aku. Tu pun sejak aku berpantang anak ke 4, xterbela dapurku itu. Sbnrnya, sjk berpantang anak ke 3 lagi, jari jemariku slalu kebas n bisa yg amat2 sgt. Tapi aku selalu je buat2 bodo dgn kesakitan e2. Aku still memasak seadanya n buat yg termampu shj. Xyahlah cerita bab2 sakit ni....kang ada yg kata aku wat alasan je... 
3.  Aku nak p SPA overhall badan aku yg makin montel ini & mencuci wajahku yg bila dh berumur ni, makin menjadi plak jerawat nasinya. Hehehe... Sbnrnya, aku rs aku ni xlah gemuk sgt...cuma berisi je... Gemuk tu, kalo mcm ***l*** tu, hah! tu baru betul gemuk.... Nak marah kat org yg kata "Gemuk" kat aku pun xleh kan... Sng citer, ngaku je lah...Biarlah... apa org nak kata ttg fizikal aku ni, katalah.... Itu sume jadi panduan n semangat utkku kembalikan fizikalku sprti zmn sblm berkahwin dulu. Sbnrya, Nak 1,000 daya, xnak berdolak dalih..
Tentang "Gemuk" ni. Aku xpernah hina kalo org lain gemuk sbb bagi aku, gemuk atau kurusnya seseorg itu adalah anugerah Ilahi. Bukan sng nk dpt fizikal mcmtu...Terpulang pd individu tu nak terus dgn kurusnya/gemuknya dia. Macam org yg berkata tu perfect sgt nak menilai & mengata sesuka hati tanpa memikirkan perasaan org?
Apa2 pun.... ANDAI AKU PUNYA BANYAK WANG memanglah aku nak p haji. 3 perkara di atas adalah impianku tahun ini. Doakan aku sihat selalu utk meneruskan kehidupanku & bersabar d atas apa yg berlaku. 
Amin Ya Rabbal 'Alamin... 


07 January 2012

KISAHKU TERKINI...(TENTANG KERJA JE)

Td aku dah taip tp terlupa save agaknya...maka xdek la dlm ni...so, rajinnyyeeeeeeeeee aku nk naip semula ni.... Ish3.... dahla esok ada kuliah.

Sebab aku dah xe mud nk wat assignment aku, maka aku pun jengah la blog aku ni....

dimulakan dgn 30/12/2011(jumaat)
hari orientasi darjah , aku balik 6.30 ptg coz parents sampai waktu tu masih menunggu giliran membayar yuran.


4/1/2012(Rabu)
Pagi djh 4, 1st day sesi persekolahan, mmg xde mood sbnrnya....dimulakan dgn sesi suai kenal dan melayan parents bayar yuran.

Petang djh 1 pun sama gak. Tapi, parents bersidai diluar kelas macam xpcy je ngan guru utk melihat anak2 mereka dlm kelas sampai waktu rehat. (walhal GPK HEM dah warning jgn tunggu dikelas,mengganggu guru nak mengajar tapi dorg ni degil, tunggu juga....tunggu diluar kawasan sekolah je apalah salahnya?)Aku pun xkisahla kan,  coz ni 1st day anak dorg ke sekolah. Biar je la... 

5/1/2012(Khamis)
Pagi dimulakan dgn breafing ringkas sblum memulakan sesi pembelajaran. Tetapi, parents masih dtg membayar yuran. Layan je la....pukul 11.30 ada bapa pelajar nak bayar yuran aku terpaksa minta maaf xdapat collect coz nk berkejar ambil anak di tadika.

Petang pula,  parents yg xberadab sekaligus masuk 4 org, bercakap n nak urusan masing2 didahulukan. (Macam budak2, xreti beratur) sorg ibu & 3 orang bapa. 2 bapa tu, siap beruniform askar lagi. Hilang respect aku ngan dorg yg mcmni. Sampai pening kepala aku dibuatnya. Bila aku cakap "Encik...boleh x satu2?pening kepala sy mcmni!" barulah nak bertenang. Apa pnye prangai lah askar ni? Xde sivik n xde adab langsung...Murid2 aku mulalah bising sbb aku xsmpt nak bagi kerja lagi parents tu dh serbu masuk. Dah settle parents tu, adalah dkt +- 2jam lebih, barulah aku dpt mmulakan sesi P&P aku. Pukul 5.30 waktu balik, ada lagi bapa pelajar nk bayar yuran, aku terpaksa excuse lagi coz nk rushing balik,bendahari pun dh balik.

(Kadang2 aku pelik ngan sikap parents ni, mcm mementingkan diri sendiri je. Xkira waktu nak berurusan dgn guru sekolah terutamanya guru sek agama. Kdg2 smpi xberadab pun ada. Naik menyampah pun ada ngan sikap parents yg mcmni tp, sabar je la. Patutlah di sek kebangsaan, dorg straight je mengajar tanpa bagi chance pada parents utk masuk interrupt mereka mengajar coz dah masak sgt dgn parents mcmni. Tp xsemua parents macam ni....Ada gak yg ok...) Sebagai guru, aku still perlu jaga attitude aku...hehe...

6/1/2012(Jumaat) 
Hari ke 3 ni, semangat bekerja sudah mula muncul. Alhamdulillah...

Sesi pagi aku minta tolong murid2 aku mop & bersihkan kelas, than sementara tunggu lantai kering, aku wat breafing ringkas lagi n suruh dorg menghafal surah Al-A'la ayat 1 - 5 (5 ayat je coz mereka ni kelas C, xleh banyak2 ayat). Aku suruh mereka menghafal 1kumpulan 2/3 orang. Sementara itu aku siapkan update borang2 yuran pelajar pagi & petang. Than, kami berbincang pemilihan AJK kelas & menyiapkan rangka jadual bertugas bersama2.

Sesi petang, parents dah xbersidai di tepi luar kelas aku lagi. Alhamdulillah...aku dapat mengajar murid2 tahun 1 aku menulis huruf Alif. Seronok mereka menulis, sambil2an, aku menagihkan buku teks dan buku aktiviti&latihan kepada mereka sambil melayan seorang ibu pelajar baru masuk hari ini membayar yuran. Ibu tersebut berkata "susah jugak ya dgn dorg ni?" coz dia dtg juga sblum aku sempat memberikan kerja kepada murid2 aku tu. 

Hari ni aku balik lewat coz settlekan penyerahan wang yuran kepada bendahari & penolong bendahari. Malasla nk bawa balik duit yuran ni.....

O ya, wat masa ni, aku g balik kerja ngan bas, always ngan taksi coz bus stop jauh, xdaya nak menapak ke sn, bila kaki sakit. Keta aku, hujung bln ni baru siap, approval insurance jumaat lepas baru dapat. Sod ba ro je la....hu...

Sampai skrg xbleh tidur lagi....Ok lah, idea dh xde. (Nanti bila2 ada masa, aku upload gambar murid2 aku yg comel2 tu ek?" Bye...Wassalam

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....