اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ
"Kenapa jadi guru tak kerja lain?" Pertanyaan yang sudah beberapa kali orang tanya padaku disebabkan aku punya sedikit kemahiran di bahagian pentadbiran pejabat dan ada kemahiran dalam bidang komputer (sikit-sikit gak...) Tiada apa yang harus dibanggakan kerana semuanya adalah pinjaman sementara hidup di dunia ni sahaja.
Sebenarnya, mejadi guru bukanlah mudah seperti yang ramai menyangkakannya. Kadangkala jika ada ibubapa tidak berpuashati, mereka nak tuding-tuding jari, mereka nak sumpah seranah, mereka nak memaki hamun atau marah-marah, mereka nak tuduh macam-macam. Guru terpaksa telan walaupun guru itu tidak bersalah dalam hal yang menjadi isu tertentu (teringat kes murid fitnah diri ini) Sabar je la... Tak berdendam tapi, bila teringat balik tu, dalam hati "Sampainya... hati..." Mudah-mudahan beliau berjaya ke akhir hayat. Ku halalkan ilmuku dunia & akhirat untuknya.
Tetapi, kenapa masih memilih kerjaya ini?
Sebab utama ialah, aku MINAT. Tak tahulah bila dan kenapa tapi, walau ada juga tawaran bekerja di pejabat, aku rasa, lebih elok dan lebih baik aku bekerja sebagai guru.
Tahun 2009 merupakan tahun yang paling menyeronokkan aku sebagai seorang guru. Boleh baca di entriku Ini dan Ini. Mungkin itu semua adalah perkara biasa-biasa sahaja tetapi itulah yang menambahkan minat dan sukanya aku menjadi seorang guru.
Biarpun guru yang dipanggil Ustazah, aku juga seperti orang lain, punya naluri, punya perasaan dan punya keinginan yang pelbagai. Ye lah kan... tak seorangpun di dunia ni yang sempurna... pasti ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Sebab itulah aku ingin teruskan kerjaya guru yang dalam bahasa arabnya Ustazah atau ustaz dalam bahasa Inggerisnya, teacher... cuma untuk sentiasa mengingatkan diri ini supaya tidak lupa dan leka dengan segala-gala urusan keduniaan semata-mata termasuklah berblogging ni. Apapun, sebagai guru memang kesabaran yang tinggi amat diperlukan di dalam menangani sebarang permasalahan yang timbul... Sabar itu separuh daripada iman... :) Tidak dinafikan ada juga guru yang bersikap sambil lewa. Tetapi aku sentiasa cuba berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk semua. Walaupun aku ni tak sesempurna mana...
|
Lihat maksud tersurat di sebalik yang tersirat... |
Buat semua guru-guruku terima kasih tak terhingga,
tanpa kalian semua mungkin diri ini tidak menjadi manusia yang berguna.
Buat abah dan arwah emak (al-Fatihah) terima kasih hantar kaklong ke pondok dulu walau kaklong tak suka.
Buat adik-adik, mertua, ipar duai, suami dan anak-anak, terima kasih terima diri ini yang seadanya.
Buat rakan-rakan sekerja, terima kasih atas jasa kalian tatkala masalah menimpa.
Buat rakan blogger, anda memang hebat kerana masih sudi ke blog saya yang tak seberapa
dan terkadang menulis entah apa-apa....
Kenapa anda memilih kerjaya anda sekarang? Suka dan bahagiakah anda dengannya?