SUBJEK FALSAFAH PENDIDIKAN

As salam

Pagi ini saya ingin berkongsi tentang Falsafah Pendidikan. Tugasan individu ini disiapkan semasa saya berada dalam semester pertama. Sebab dah lama tak belajar, jadi idea pun kuranglah sikit. Dengan perkongsian ini, harap bermanfaat kepada mereka yang mencari maklumat subjek Falsafah Pendidikan.

S1
J1
APAKAH  FALSAFAH PENDIDIKAN PERIBADI ANDA DI DALAM BIDANG PENDIDIKAN?
Inilah falsafah pendidikan saya.

"Pendidikan di dalam negara sewajarnya adalah berpaksikan Islam. Ia merupakan satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk syakhsiah, kemahiran dan pandangan hidup sebagai hamba Allah dan warganegara yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar seterusnya negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat".

Falsafah ini boleh digunapakai di dalam mana-mana bidang ilmu contohnya di dalam matapelajaran Tauhid tajuk malaikat.
Dari segi METAFIZIK (ONTOLOGI), tajuk ini membawa pelajar mengkaji tentang sifat-sifat malaikat, bagaimana malaikat diciptakan dan kewajiban beriman kepada rukun iman ini. Tajuk ini boleh dikaitkan dengan matapelajaran Sirah dan Akhlak. Ia memberi fokus kepada perkaitan sebab malaikat  dijadikan dan akibat tidak mempercayai malaikat. Manakala dari segi AKSIOLOGI pula, terdapat nilai berbuat baik dan meninggalkan dosa. Juga hikmah (kebaikan) mempercayai  kewujudan malaikat dan keburukan tidak mempercayainya. Di sudut EPISTEMOLOGI, guru perlu memberi kefahaman tentang pengertian malaikat dan menanam kepercayaan murid terhadap kewujudan malaikat.
S2
J2
APAKAH HALATUJU / MATLAMAT DAN TUJUAN PENDIDIKAN?
Pendidikan adalah bertujuan untuk membentuk peribadi muslim yang utuh iaitu peribadi yang ideal menurut ajaran Islam. Ianya meliputi aspek individual, aspek moral, aspek material dan aspek spiritual. Semua aspek-aspek tersebut adalah sesuai dengan hakikatnya sebagai seorang muslim yang mengabdikan seluruh hidupnya kepada Allah SWT. Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam al-Quran:
Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”.
(Al-zariyat: 56)
Proses pembentukan manusia yang berakhlak mulia ini dinamakan sebagai proses mengajar dan mendidik tentang kehidupan berteraskan agama Islam. Bagi mendapatkan hasil yang baik dalam mendidik manusia, para pendidik perlulah bijak menguruskan proses pengajaran dengan baik dan menggunakan pengkaedahan yang sesuai bagi menarik minat pelajar supaya dapat menghayati setiap pelajaran agama yang disampaikan.
S3
J3
APAKAH KAEDAH YANG DIGUNAKAN DI DALAM PENDIDIKAN?
Terdapat pelbagai kaedah di dalam mendidik antaranya :-

1.      Interaksi Dalam Bilik Darjah

Ø  Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu;

v  Peringkat pra-aktif ialah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran.
v  Peringkat interaktif ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah.
Terdapat empat jenis interaksi iaitu interaksi antara:
  • Murid dengan isi kandungan pelajaran
  • Murid dengan guru
  • Murid dengan murid lain (atau rakan sebaya)
  • Murid dengan media teknologi
ü  Pelajar dewasa juga perlu menyedari peranan masing-masing semasa mengikuti kursus. Mereka harus bertanggung jawab terhadap amanah yang dipikul semasa mengikuti kursus. Pembahagian masa antara belajar dan bekerja serta belajar dan tanggungjawab sosial (rumah tangga dan keluarga) perlu dilaksanakan dengan bijak. Luangkan masa supaya interaksi antara kita dengan isi kandungan dan bahan pembelajaran sentiasa berlaku. Hubungan yang terjalin antara murid dengan guru serta rakan adalah bentuk interaksi yang wujud, bukan hanya dalam bentuk audio dan visual sahaja. Interaktiviti yang berlaku dalam bilik darjah juga dikatakan sebagai pencetus motivasi murid terutamanya di peringkat rendah dan menengah rendah.

2.      Interaksi di luar Bilik Darjah

Ø  guru membawa pelajar ke perpustakaan atau kawasan taman sekolah sambil mengajar ataupun sesi pengajaran dan pembelajaran melalui media teknologi.
3.      Kaedah lain :-
1.      Menyanyi / bernasyid
2.      Melalui penggunaan kad imbasan
3.      Belajar  sambil bermain. Contoh : Puzzle dan teka silang kata
S4
J4
APAKAH BAHAN RUJUKAN (KURIKULUM) PENDIDIKAN YANG DIGUNAKAN?
Kurikulum adalah berpandukan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan J-Qaf (Sebagai rujukan tambahan).

S5
J5
APAKAH HASIL PEMBELAJARAN YANG DAPAT DICAPAI OLEH PELAJAR?
–   PENGETAHUAN : Pelajar dapat menyebut pengertian  
     malaikat dan sifat-sifat malaikat dengan lancar dan       
    dapat menulisnya di buku latihan mereka.
-         SIKAP : Pelajar dapat menyemai sikap mempercayai 10 malaikat yang wajib diketahui.
-         KEMAHIRAN : Pelajar dapat menghafaz nama dan tugas-tugas malaikat seterusnya mereka dapat menerangkan pengertian dan sifat-sifat malaikat dengan lancar.
S6
J6
KEBERKESANAN DI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P)
Keberkesanan di dalam P&P dapat dilihat apabila pelajar-pelajar mengamalkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian walau dimana mereka berada.
S7
J7
APAKAH OBJEKTIF TELAH TERCAPAI?
Alhamdulillah, objektif tercapai kerana pelajar dapat menjawab soalan semasa sesi soal jawab dan di dalam Ujian dan Peperiksaan lalu.
S8
J8
BAGAIMANAKAH MURID-MURID DAPAT MENGAPLIKASIKAN DAN MENGHAYATI HASIL P&P?
Contohnya : Melalui budaya tolong menolong untuk mendapatkan pahala yang dicatit oleh malaikat Raqib yang mencatat amalan kebaikan dan takut membuat kejahatan supaya dosa tidak tercatat oleh malaikat ‘Atid.
S9
J9
BAGAIMANAKAH FALSAFAH PENDIDIKAN INI DAPAT MEMBENTUK SYAKHSIAH, MORAL DAN DISIPLIN PELAJAR?
Melalui ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk syakhsiah, moral dan disiplin pelajar.
S10
J10
BOLEHKAH PENGGUNAAN ROTAN/DENDA/DENDA KORPORAL (BERAT-COMPOUND PUNISHMENT) DILAKUKAN?
Bergantung kepada keadaan dan fizikal pelajar. Nabi kita sendiri menggalakkan rotan anak ketika berumur 10 tahun jika tidak menunaikan solat. Tetapi apabila meningkat remaja, kaedah nasihat dan kasih sayang lebih utama dilaksanakan di dalam membentuk mereka.


RUJUKAN
  1. Panduan Mendidik Anak-anak Pra Sekolah oleh Dato’ Dr. Hasan Hj Mohd Ali. Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB) Tahun 1999.
  2. Sumber Internet :
    1. http://azizijaafarjip.blogspot.com/2009/04/falsafah-pendidikan-guru.html
    2. http://azizijaafarjip.blogspot.com/2009/04/cabang-cabang-falsafah.html
    3. http://notakursusdalamcuti.blogspot.com/2010/11/interaksi-dalam-bilik-darjah.html
    4. http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/NORLIZAAP040192D2008TTP.pdf
  1. Idea dan pemikiran sendiri.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA.

  BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA . (Kongsi di facebook pada 30/3/2021 . Kemaskini ke blog 21/1...