KELAM KABUT...

Ya Allah... kelam kabutnya harini... sampai terbawa balik list nama student pensyarah... sabar je la...


Begini ceritanya...

ehsan google
Pagi tadi, anak ke 2 demam, jadi bawalah dia ke klinik dekat dengan rumah... sebelum tu, balik ke rumah sebab ambil barang-barang bawa ke rumah mertua. Malam tadi tidur di sana. Kemudian ke kedai membeli sedikit barang.

Siapkan anak-anak yang mandi selepas mereka mencuci kasut-kasut sekolah masing-masing, Tup tap tup tap, sedar-sedar dah hampir jam 2.30 petang. Apalagi... kelam kabutlah ke kuliah... Dengan tak ingat dewan kuliah kat mana, main redah je masuk ke dewan kuliah seksyen 1. Sem ni, short sem, tu yang tak terjumpa rakan-rakan kuliah yang sama. Alhamdulillah student seksyen 1 bermurah hati memberitahu di mana dewan kuliah. La... di sebelah je rupanya... haha... dah berapa kali berkuliah di situ, kali ni, boleh pula terlupa... Tulah kalau dah kelam kabut...

Masuk kelas, pensyarah sedang menerangkan modul subjek. Maka, memohon maaflah saya kepada pensyarah kerana terlambat. Tup tap tup tap, dah habis masa, senarai student yang membeli buku berada ditangan saya. Maka bertanyalah saya kepada pensyarah "nak beri kepada siapa senarai ini?". Tup tup, pensyarah arahkan saya... Tiba-tiba nak panggilan alam pula menjelma... hadusla...

Selesai menyelesaikan panggilan alam, kembali ke kelas semua pelajar sudah balik. Hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi di dalam dewan kuliah. Oleh kerana ahli kumpulan semua sudah balik, saya mengambil senarai nama kelas untuk melihat nombor telefon seorang ahli kumpulan saya yang tak sempat saya ambil sewaktu kuliah tadi kerana kami duduk berjauhan. Maklumlah, hari ini merupakan hari pertama bagi subjek TITAS. 

Kemudian dengan kelam kabutnya, saya ke dewan sebelah untuk menguruskan bayar dan ambil buku-buku subjek TITAS tu dengan pensyarah berkaitan. Jauh juga perjalanan dari tempat parking kereta saya ke bilik pensyarah tersebut. Alhamdulillah ada seorang pelajar lelaki yang baik hati bermurah hati menolong saya untuk membawa buku-buku yang berat tu.

Jalan pula jem... Sampai di rumah, dah maghrib. Lepas maghrib, buka buku nota... Alamak... ada list nama student la dalam buku nota... Entah bagaimana la, boleh tak perasan sungguh senarai tu terbawa balik. Harap pensyarah tak marah. Esok segera saya pulangkan.

Kelam kabutnya hari ini...........

1 comment:

  1. Entri ni takde orang komen even di ping ke pelbagai tempat. Tapi ramai dah yg baca & ada 3 org yg suka dgn entri ni. ^__^ Terima kasih kpd yg sudi membaca entri ini

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...