ANAK ANUGERAH ALLAH

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ
Anak adalah anugerah allah. Tanpa anak, hidup sunyi dan sepi... Merekalah yang menjadi penyejuk hati
tatkala hati bersedih, merekalah penawar segala duka nestapa sewaktu jiwa berduka. Bukanlah kerana mereka kita menderita. Bukanlah kerana mereka rumahtangga porak peranda. Anak-anaklah pembawa bahagia. Bersyukurlah dikurniakan anak, walau bagaimana rupa mereka...ingatlah mereka anugerah tidak ternilai dari allah untuk suami & isteri. Bagi yang belum punya anak, bersabarlah. Perbanyakkanlah solat hajat, disamping usaha-usaha yang lain.Mintalah pada DIA yg memberikan jodoh, rezqi dan segalanya. Jangan berputus asa. Jika anda tidak punya harta, tidak punya wang, tidak punya pangkat dan tidak punya segala... ingatlah, anda tetap punya anak. Jadi janganlah dipersia-siakan anak-anak yang ada... Perbanyakkanlah amalan, pertingkatkanlah zikrullah. Mudah-mudahan anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Mudah-mudahan aku dan suami juga bisa menjadi hamba yg beramal, bertaqwa dan cukup dengan apa yang ada sentiasa. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Gambar hiasan

11 comments:

  1. anak pengikat kasih sayang suami dan isteri..

    ReplyDelete
  2. Harap sangat dapat anak kembar bila berumah tangga nanti. hehe.. tak kira la ape pun yg penting doa anak-anak yang soleh dan solehah dapat beri bantuan kepada kita..

    ReplyDelete
  3. belum berkahwin. jadi belum dpt terima anugerah tu :P

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum kak ieta.

    Maaf..lama saya tak dtg sini.. :)

    Iya.. anak sememangnya anugerahNYA yang ternilai..melihat anak2 kecil, dah buat kita rasa mcm lapang dada..anak yg dah dewasa, kita boleh berkongsi rasa..

    Saya harap,saya diizinkanNYA utk membina keluarga sndiri dimasa depan nanti.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...