Perasan tak?

"Perasan tak?"
Kadangkala kita baik sangat dengan seseorang 
Tetapi akhirnya, kita terpisah jauh dan tiba-tiba dia yang begitu baik dengan kita terus menghilang tanpa bayang- bayang...

Perasan tak?
Dunia ini kecil...
1 hari kita akan terjumpa dengan orangg yang ada kaitan dengan mereka yang pernah kita sayang...

Perasan tak?
Kadangkala hati kita ternyata menyukai seseorang yang bukan suami atau isteri kepada kita...
Tetapi kita mampu untuk menepisnya
Kita ingat kembali pada suami atau isteri kita, kita ingat dosa dan pahala...

Perasan tak?
Kadangkala, kita merasakan tak seorang pun yang menghargai jerih payahnya kita buat kerja...
Tetapi, sedarkah kita... Allah menilai segala-gala yang kita buat jika kita buat keranaNYA...

Perasan tak?
Kadangkala, kita solat macam patuk ayam entah apa yang kita kejarkan...
Tetapi, Allah tak pernah pun laju-laju menjatuhkan hukuman dan DIA kepada kita tak kejamkan...?

Perasan tak?
Kita takut bos kita, kita takut apa orang kata kat kita...
Tapi kita tak pernah fikirkan bagaimana dan apa penilaian Allah kepada kita...

Perasan tak?
Kadangkala, kita perasan orang suka kat kita...
Tapi sebenarnya, dalam hatinya... berkata yang macam-macam tentang kita...
Dan kita terus buat donno dan teruskan kerja-kerja kita...

Perasan tak?
Kadangkala, kita rasa orang tak suka kan kita...
Tapi sebenarnya, dalam hati orang tu "Wa... hebatnya dia... kagumnya aku dengan tuturkata, penulisan dan budi bicaranya..."
Walhal, kita rasa, kita ni biasa-biasa sahaja...

Perasan tak?
Ramai yang suka belek blog ieta ni
Tapi ramai yang tak suka komen...
Tak kisahla... janji dibaca...

Perasan tak?
Kita sebenarnya, hanyalah hamba...
Tak pernah lari dari berbuat dosa...
Kita juga tak punya apa-apa...
Kita hanya menumpang di dunia ni seketika cuma...
Akhirnya kita akan kembali kepadaNYA...
Cukup sudahkah bekalan yang kita ada...?
Perasan tak...?




20 comments:

  1. kdg2 perasan..lebihnya perah san tan.. perasaan = perasan lebih kurg je kan

    ReplyDelete
  2. bila kita perasan kita akan. rasa..huhu

    ReplyDelete
  3. Perasaan... Lagi-lagi perasaan yang di dunia ni tiada yang abadi, tapi masih di di yakini bahawa itu milik kita selamanya.. hohohoh..

    ReplyDelete
  4. Perasan tak yang harini saya baru komen blog cik Ieta?
    Perasan tak saya baru masuk blog ni hari ini? Perasan tak? Hehe.

    Salam perkenalan. :)

    ReplyDelete
  5. Wahhh menepati citarasaku skrg.. hatiku juga berkata begitu..hehe

    ReplyDelete
  6. perasan ieta..hehe sempat menyelit er hehe ;p

    ReplyDelete
  7. kalo apa yang kite perasan tu sama dengan apa yang berlaku untung kan,
    cnth: kalo kite perasan org suke kat kite dan mmg betol2 berlaku konpem senyum smpai telinga..hehe

    ReplyDelete
  8. yup xperasan sangat semua ni, thanks a lot for reminding us ^^

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...