Assalamu'alaikum semua... Moga anda "ceria" hari ini... Lupakan sega...la kisah silam yang menyemakkan pemikiran dan menyesakkan otak. Hidup ini jadi mudah andainya anda buatkan ia menjadi mudah.
Siang tadi, saya menghantar Tepung cheezy cheese sauce dan Tepung Magic Serbaguna kepada pelanggan-pelanggan saya di sekitar Ampang, Pandan, Klang Cheras dan Hulu Klang. Sebelum itu saya berjumpa dengan seseorang yang membuatkan saya ingin sangat berkongsi dengan anda betapa hidup ini sebenarnya, indah namun tak semestinya yang indah itu benar-benar indah.
Jom baca dulu dialog ini
"Kan sekarang Allah dah beri lebih lagi dari tu? Tahniah...." Bila ku ceritakan apa yang ku dapat baru2 ni.
"So, jangan banyak merungut. Saya tau saya pun banyak merungut masa tu... Memang penat kerja tu. Tapi, tengok, Allah dah beri balasannya"
Aku tersengih je pandang dia. haha...
"Then, jangan percaya dengan satu-satu orang sahaja... Belajar perlu dengan ramai orang. Ada sorang kawan saya ni, dia terlampau ikut sangat (taksub) sangat dengan seorang kawan dia ni, 1 hari, dia dianiaya. Terus dia down. Dah down, bukan senang nak bangkit balik tau... Kadang-kadang orang ni, pandai ambil kesempatan je di atas apa yang kita ada... "
Saya "Biarlah... saya nak belajar. Andai dia ikhlas, Allah tunjukkan. Andai tidak, pun Allah akan tunjukkan".
Lagi katanya "Hebat tak hebat tu perkara ke dua (2)... Rebut je peluang yang ada... "
Terima kasih kepada beliau, walaupun beliau muda... sesangat dari saya, saya sa...ngat2 #appreciate nasihatnya itu.
Baiklah berbalik kepada tujuan asal saya ingin berkongsi dengan anda, sebenarnya pada semester yang lalu, saya telah mendapat anugerah dekan. Bangga ke? Langsung tak bangga. Sebab Anugerah tu tak boleh bawa ke mati pun... Cuma boleh dapat kurangkan yuran belajar je. Alhamdulillah... Itupun dah cukup bagus dah bagi saya.
Kemudian, apa lagi? Ada kawan, minta idea untuk siapkan modul programnya. Bukan satu, tapi tiga (3). Sebenarnya, saya macam tak percaya je sebab saya rasa entah hape-hape je lah saya ni... Nak nangis dan terharu pun ada sebab, ada gak yang sudi kongsi perkara mencabar macamni. Mungkin bagi orang lain, perkara ni biasa-biasa je. Tapi bagi saya, ia satu yang luarbiasa. Sebab tak pernah dibuat lagi dek orang kat saya macamni. Apapun, Mudah-mudahan dipermudahkan urusan kami untuk membentuk generasi rabbani. Aamiin..
Habistu, heran ke? Taklah heran... Cuma musykil je....
Kemudian? Rezeki Allah beri sentiasa. Dah tu kenapanya? Sedih la sebab banyak buat dosa tapi Allah tetap gak beri rezeki kat saya ni.
Lagi? Ada kawan, cakap camni "Nak tak saya kenalkan kat magazine?"
Saya kata "eh, mengarutlah! Blog saya tu bukannya hebat mana sangatpun... malulah".
Kawan saya "eh, betul ni... kalau nak, saya boleh rekmen kan" Dalam hati saya "betul ke menmain kawan aku ni?" Akhirnya, saya terkedu dan sembang hal lain.
Dah tu lagi? Siang tadi... saya balik ke rumah abah saya... Rindu arwah emak... (Saat ini, airmataku laju menderu... tak tertahannya hatiku...sayu dan pilunya Ya Allah...)
Cumanya nak berkongsi... Yang happy dan indah itu, tak semestinya berakhir dengan kegembiraan dan ketenangan... Usah gelak banyak sangat... Arwah emak pernah pesan "Gelak la banyak-banyak... kang nangis kang" Hah, memang dah nangis dah pun.
|
Kelakar laka laka ke aku? |
Best ke gelakkan orang? Apapun terima kasih semua yang menjadi inspirasi untuk saya menulis entri ini. Maaf jika terkasar bahasa atau terguris rasa... Maaf juga, saya sekadar berkongsi... Yang baik ambil, Yang buruk jangan... Terima kasih sudi baca....
selamat g ieta ;)
ReplyDeleteSelamat g? apa tu?
Deletesemoga semuanya baik-baik saja ieta, memang orang tua-tua selalu pesan, jangan gelak lebih-lebih, nanti nangis..maksudnya bersederhana ajelah ye tak..
ReplyDeletebenar tu, apa pun, mesti selalu bersederhana dlm segala hal
Deleterezeki tu datangnya tak dapat disangka
ReplyDeletebila tepat masanya, inshaAllah kita dapat merasa
apapun, tahniah dapat anugerah dekan, keept it up
Benar, hidup ini amat penuh dgn pancaroba sebenarnya... bukan senang nak senang... Nak dapat tu... Allah sahaja yang tahu pahit getirnya. Apa pun, Alhamdulillah... Terimakasih PB
Delete