Baru-baru ini, program "Menyemarak Sunnah Memanah" telah berlangsung di Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah (PRIDH) melalui aktiviti Bengkel Asas Memanah (Siri-1) yang
dilaksanakan di bawah Unit Darul Hijamah Sport & Culture di Taman
Padang Indah, Ampang.
Menyemarak Sunnah Memanah merupakan sunnah dalam bersukan yang digalakkan oleh Rasulullah SAW. Ia mampu membina masyarakat sihat sejahtera. Menurut pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Hijamah iaitu Ustaz Mohd Hafiz Bin Abdul Razak Al-Hafiz wal Hijamah, kaedah pembelajaran dalam bengkel melibatkan teori dan
praktikal. Manakala, asas sembilan dalam sukan memanah merupakan teknik yang perlu dipelajari sebelum seseorang itu memanah.
Saat wawancara oleh Crew Team Hijamah bersama saudara Asyraf Al-fandani selaku Ketua Unit Darul Hijamah Sport & Culture, beliau menyatakan "Peralatan memanah
yang digunakan oleh peserta ketika ini adalah busur moden, In Shaa Allah
pada tahun hadapan PRIDH akan menambahkan lagi kuantiti peralatan
memanah yang berkonsepkan busur tradisional pula. Oleh itu,
peserta yang telah mendaftar menjadi ahli berpeluang merasai perbezaan
di antara alat memanah moden dan tradisional, selain mengadakan kelas
latihan bagi ahli pada setiap bulan dengan bayaran yang amat
berpatutan" ujarnya.
Salah seorang Crew Team Hijamah, Ustaz
Salahuddin pula menjelaskan bahawa, Nabi Muhammad SAW bersabda "Sukan memanah
adalah sukan terbaik bagi umat selain menunggang kuda dan berenang".
Oleh itu, wajar kita melibatkan diri dengan sukan ini kerana ianya
mempunyai rahsia tersendiri dalam membentuk jati diri dan keperibadian
seseorang itu ke arah yang positif. Akal yang
sihat juga dijana melalui semangat kesukanan yang tinggi. Umat Islam
perlu merangsang minda bagi mewujudkan pemikiran kreatif seperti Sultan
Muhammad Al Fateh. Sukan memanah sedikit sebanyak mengajar erti
kesabaran, keyakinan serta menajamkan akal fikiran seseorang itu," ujar
beliau.
Memetik berita sukan oleh salah seorang Crew Team Hijamah, iaitu Ustaz Salahuddin "Sukan memanah ini terbuka kepada semua peringkat
umur. Kepada yang bukan ahli, anda hanya perlu hadir daftarkan diri pada
hari tersebut untuk mendapatkan kad keahlian sebelum mengikuti kelas latihan bersama ahli-ahli yang lain. Peserta yang telah berdaftar, secara automatik mereka telah menjadi ahli dan mendapat pelbagai keistimewaan dari segi yuran, baju ahli, aktiviti sampingan dan lain-lain lagi" tambah beliau lagi.
Jadi, Apa lagi? Mari luangkan masa anda Menyemarak Sunnah Memanah dengan aktiviti sunnah sukan memanah yang santai bersama Cikgu Asyraf Al-fandani, selaku Ketua Unit Darul Hijamah Sport & Culture dan Crew Team Hijamah pada hari Ahad ini (29/12/2013). Jam 9.00 pagi di Padang Taman Permainan Pandan Indah (berhadapan Masjid Al Azim). Moga Menyemarak Sunnah Memanah membantu kekuatan ummah.
Sabda Rasulullah SAW :
"Lemparkanlah (lepaskan anak panah) dan tunggangilah kuda".
Hadis Riwayat Riwayat Muslim.
SUMBER :
- Fanpage PRIDH
- Ketua Unit Darul Hijamah Sport & Culture
- Crew Team Hijamah
- Entri PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL HIJAMAH
Teringin juga nak mencuba sukan memanah ni. Menarik!
ReplyDeleteJom semarakkan sunnah memanah! Memang menarik BM :)
Deletebes!
ReplyDeleteMG pon nak join archery clas tp ble free nya pon tatau ..huhu
Ha ah, memang pun best sukan nih. Saya teruja gila2 bila lihat gambar2 aktiviti memanah nih. Pown taktau bila free utk attend aktiviti ni. Teruja sesangat :)
DeleteBagusnya didik anak-anak dari kecil untuk ikut cara hidup Rasulullah
ReplyDeleteBetul tu Ainim. Jika tidak kita hidupkan sunnah siapa lagi kan? Thanks Ainim :)
Deletekecik2 dulu suka memanah... buat sendiri aje.. hehe...
ReplyDeleteowh... hebat tu wat panah sendiri...
DeleteTerima kasih kongsikan...seronok baca artikel-artikel macam ni..hehe..saya bab memanah ni memang tak ada pengalaman..tak pernah nak cuba langsung...
ReplyDeleteSaya pun mencari pengalaman juga encik Hafizul...
DeleteSeronok ya... nanti sy cari artikel2 sebegini lagi wat tatapan ramai. Terima kasih sudi berkunjung :)