Resepi Kuah Kacang Sempoi

Sejak berumahtangga, memang setiap tahun saya buat kuah kacang. Kali ni saya simpan ketat-ketat "Resepi Kuah Kacang Sempoi" saya di dalam blog Kisah Cikgu ieta (Blog ieta) ni. Jadi tak perlulah teruk mencari lagi di tahun-tahun akan datang.

Kuah Kacang Sempoi Cikgu ieta


Bahan-bahan Resepi Kuah Kacang Sempoi ni untuk 10 orang makan ya...
  1. 400 gram kacang tanah.
  2. 2 batang serai.
  3. 1 inci halia.
  4. Bawang besar 5 labu.
  5. Bawang putih 5 ulas.
  6. Cili merah 20 tangkai.
  7. Cili padi 5 tangkai.
  8. Gula merah/ gula melaka (ditumbuk).
  9. Gula kabung (ditumbuk).
  10. Gula pasir 2 senduk.
  11. Air asam jawa.
  12. Minyak masak 3 senduk.
  13. Garam secukup rasa.

Cara memasak Kuah Kacang Sempoi
  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak.
  2. Buang kulit kacang dan dimesin halus.
  3. Kisar bawang besar, bawang putih cili merah dan cili padi dan halia.
  4. Serai diketuk.
  5. Masukkan minyak. Setelah minyak panas, tumis bahan yang telah dikisar hingga naik bau tapi jangan lama sangat.
  6. Sesudah agak garing, masukkan bancuhan cair air asam jawa.
  7. Masukkan kacang yang telah dikisar tadi dan gaul rata.
  8. Akhir sekali masukkan gula melaka atau gula kabung, gula pasir dan garam secukup rasa. Kacau dalam api yang perlahan.
Resepi Kuah Kacang Sempoi

RESEPI, Rendang daging, Kacang tanah, Ketupat nona, Nasi impit, Makanan Hari Raya, Resepi Kacang, Resepi Raya, MASAKAN, Resepi kuah kacang, Kuah kacang, sambal kacang
Resepi Kuah kacang Sempoi... Bahan asas kuah kacang, halia dan serai sahaja tiada dalam ini.
RESEPI, Rendang daging, Ketupat nona, Kacang Tanah, Nasi impit, Makanan Hari Raya, Resepi Kacang, Resepi Raya, MASAKAN, Resepi kuah kacang, Kuah kacang, sambal kacang
Resepi Kuah Kacang Sempoi : Kacang tanah bahan utama. Goreng dahulu ya...
RESEPI, Rendang daging, Ketupat nona, Nasi impit, Makanan Hari Raya, Resepi Kacang, Resepi Raya, MASAKAN, Resepi kuah kacang, Kuah kacang, sambal kacang
Resepi kuah kacang Sempoi. Inilah rupa kacang yang telah digoreng dan dibuang kulitnya ya.
RESEPI, Rendang daging, Kacang Tanah, Ketupat nona, Nasi impit, Makanan Hari Raya, Resepi Kacang, Resepi Raya, MASAKAN, Resepi kuah kacang, Kuah kacang, sambal kacang
Resepi kuah kacang Sempoi : Kacang Tanah yang sudah di blend...
RESEPI, Rendang daging, Gula merah, gula kabung, Ketupat nona, Nasi impit, Makanan Hari Raya, Resepi Kacang, Resepi Raya, MASAKAN, Resepi kuah kacang, Kuah kacang, sambal kacang
Gula merah dan gula kabung.
RESEPI, Rendang daging, Gula Kabung, Gula Merah, Ketupat nona, Nasi impit, Makanan Hari Raya, Resepi Kacang, Resepi Raya, MASAKAN, Resepi kuah kacang, Kuah kacang, sambal kacang
Gula merah dan gula kabung setelah ditumbuk.
RESEPI, Ketupat Segera Nona, Rendang daging, Ketupat nona, Nasi impit, Makanan Hari Raya, Resepi Kacang, Resepi Raya, MASAKAN, Resepi kuah kacang, Kuah kacang, sambal kacang
Ketupat Segera Nona wajib ada bersama kuah kacang sempoi ni. 
RESEPI, Rendang daging, Ketupat nona, Nasi impit, Makanan Hari Raya, Resepi Kacang, Resepi Raya, MASAKAN, Resepi kuah kacang, Kuah kacang, sambal kacang
Ketupat Segera Nona atau Ketupat Palas Adabi juga enak dimakan bersama Rendang Daging Sempoi dan Kuah Kacang sempoi ieta ni.
RESEPI, Kacang Tanah, Gula merah dan gula kabung, Ketupat Segera Nona, Rendang daging, Ketupat nona, Nasi impit, Makanan Hari Raya, Resepi Kacang, Resepi Raya, MASAKAN, Resepi kuah kacang, Resepi Kuah Kacang Sempoi, Kuah kacang, sambal kacang
Haaa... Siap dah...  Resepi Kuah Kacang Sempoi saya...^__^
Maaflah... Sepatutnya sebelum Raya saya publishkan  Resepi Kuah Kacang Sempoi saya ni. Tapi dek sebab sibuk sangat... Tersimpan rapi  Resepi Kuah Kacang Sempoi saya dalam deraf. Hari ini baru dapat edit dan publishkan.

#please... #keep #pray4Ghaza, #pray4PalestineNSyiria, #SaveMalaysia & #SaveAllMuslimInTheWorld

8 comments:

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...