SAMBUTAN HARI GURU

Ini kisah "Sambutan Hari Guru" di sekolah lama sebelum saya berpindah ke sekolah kini. 

Kisah Sambutan Hari Guru ni dah terlalu lama dah... Tahun 2009 punya cerita tu... Dah lama juga saya tidak dapat mengadap blog saya ni.... Selalu saya buat entri auto publish je. Kadangkala, saya sampai tak tahu bagaimana dan mana satu nak edit entri yang tersimpan rapi di dalam blog saya ni... Jadi, kali ni saya memilih untuk berkongsi sedikit kisah Sambutan Hari Guru.

Anda berniaga online? Dapatkan Skrip Pukau Pelanggan anda Di Sini

Begini kisahnya.... Pada 29 Mei 2009 dahulu..., sekolah telah mengadakan sambutan hari guru di mana, saya telah menyertai acara sukaneka merebut kerusi. Acara ini saya mendapat tempat ketiga. Diikuti acara telefon buruk. Saya berpasangan dengan murid saya tahun 6 Muhammad Huzaini. Kalah beb... Seterusnya acara ikat gula-gula, kali ini saya berpasangan dengan murid saya tahun 4, Muhammad Firdaus. Kalah lagi... he....

Selingan je gambar ni...
Nak menunjukkan saya happy dengan kerjaya utama saya sebagai guru. Blogger dan berniaga sambilan je...

Walau kalah, tapi still gak dapat hadiah yang boleh digunakan utk saya dan keluarga dirumah. Tahun 2009 lalu, banyak gaklah hadiah yang saya dapat sempena sambutan hari guru... sampai tak tahu nak simpan kat mana dalam rumah saya tu. Tahun 2009 paling seronok sekali sambutan Hari Gurunya kerana acara yang dijalankan berbeza dari tahun-tahun sudah.

Yang paling best sekali, dalam kelas tahun 4 sesi pagi waktu itu, saya telah mengadakan permainan musical chair, lagu-lagu dinyanyikan oleh murid-murid saya sendiri dan yang paling penting, anak-anak murid saya happy....

Di sebelah petang pula selesai acara sukan, di dalam kelas, saya membuat game kotak beracun untuk murid-murid kelas saya tahun 6. Memang fun dan happy.... Apa yang penting.... saya dan murid-murid saya gembira.... Dulu-dulu takde smartphone dan kamera. Gambar tak snap le... Sorry ya... ^__^

Dapatkan Skrip Pukau Pelanggan bisnes anda Di Sini

Demikianlah kisah Sambutan Hari Guru di sekolah lama saya. Lama sudah ia berlalu... Namun, saya gembira bila mengimbau kenangan lalu bersukaneka di sekolah lama saya tu. Syoknya bersukaneka setiap kali Sambutan Hari Guru diraikan. Anda bagaimana? Apa yang menarik dengan Sambutan Hari Guru di sekolah anda?

#please... #keep #pray4Ghaza, #pray4PalestineNSyiria, #pray4MH17, #pray4MH370, #SaveMalaysia &  #SaveAllMuslimInTheWorld

18 comments:

  1. masa kat sekolah dulu kalau sambutan hari guru nie biasanya ada persembahan la kot... :D menari bagai... hehehe... dah luper laa...

    Selamat Hari Guru buat Cikgu Ieta... semoga menjadi pendidik yang berjaya menghasilkan anak2 murid yang berkualiti... :)

    ReplyDelete
  2. Masa sekolah dulu, pengawas kena berdiri ketika sambutan hari Guru.. ena pengawas dan ia agak menyakitkan hati apabila tak dapat duduk.. pelajar lain dapat duduk.. hurmmmm

    ReplyDelete
  3. Ketika sambutan hari sukan, pengawas kena berdiri untuk awasi budak2.. ena masa tu pengawas sekolah dan ia agak menyakitkan hati bila tak dapat duduk sepanjang sambutan hari Guru.. hahaha apapun yang penting meriah

    ReplyDelete
  4. saya bukan seorang pendidik..namun semasa menjadi pelajar saya sangat suka hari Guru..masa untuk glamer

    ReplyDelete
  5. Haha..tak apalah..sekdar untuk keseronokan kan..emm bab main rebut kerusi tu, satu permainan yang menyeronokkan..saya masa sekolah dulu, selalu fail ha...haha

    ReplyDelete
  6. Tahun ni biasa2 saja... Tapi tetap meriah..

    ReplyDelete
  7. masa sambutan hari guru.. tertungu-tunggu persembahan dari cikgu-cikgu.. mmg rare je persembahan dorg.. nak tergelak je tgk..

    ReplyDelete
  8. hahhaa seronokkan hari guru lg2 masa tukar hadiah hahha..anggota sokongan pun dpt join sekali..muhahha suka sgt..

    ReplyDelete
  9. tahun ni hadiah tak banyak sangat dapat. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL

PSIKOPAT SILAT SESAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA PERITUAL  ( Sambungan daripada artikel INI . Kongsi pada 29/12/2023, kemaskini  22/11/20...