APA YANG MURID DARJAH 6 INGIN TAHU

As salam.

Setelah 2 hari berkongsi entri BERLARI KE BULAN?, saya tidak berkesempatan berkongsi sebarang maklumat ataupun coretan pengalaman saya. Hari ini ingin saya berkongsi apa yang selalunya Murid Darjah 6 Ingin Tahu. Ini adalah hasil kajian yang telah saya lakukan terhadap murid tahun 6 saya 2 tahun yang lalu sebelum saya membentangkan tajuk yang bersesuaian bagi mereka sebelum meniti usia remaja.

Perkara ini saya perolehi hasil daripada survey melalui borang penilaian yang saya sediakan sendiri sebelum program Meniti Alam Remaja yang biasanya pihak pentadbiran sekolah laksanakan bagi mengisi ruang persekolahan selepas tamatnya peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA). 


Hasil daripada survey saya itu, ada 2 orang murid kelas C yang saya nampak sebenarnya mereka adalah murid-murid yang bijak.

Berikut Tajuk-tajuk yang mereka ingin tahu :

1.    Tanda-tanda Hari Qiamat dan Kemunculan Dajjal.
2.    Alam Barzakh.
3.    Akibat tidak menutup aurat dan Meninggalkan Solat.
4.    Ibu, Anak derhaka dan akibat menderhaka.
5.    Bulu, dera dan aniaya.
6.    Budaya rempit dan akibatnya.
7.    Cara-cara mengelakkan gejala sosial.
8.    Gejala dan budaya negatif di alam remaja.
9.    Cara berjaya dan hidup sejahtera.
10.Tanda-tanda aqil Baligh, pertukaran hormon dna fizikal ke alam remaja
11.Cara-cara memilih kawan.
12.Akibat malas.
13.Pergaulan bebas dan keburukan berzina.
14.Cara-cara menghadapi stress dan emosi.

Saya tidak ingat pendrive mana telah saya simpan slide powerpoint tajuk yang telah saya pilih  Jika telah berjumpa, In Shaa Allah saya kongsikan diblog saya ini. Moga bermanfaat.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK BERSEMBUNYI LAGI #ajaransesatpanjihitammilitan

MEREKA SUDAH TIDAK BERSEMBUNYI LAGI Dah nak qiamat, dukun² peritual kuncu-kuncu Dajal iblis laknatullah sudah tidak bersembunyi begitu juga ...