09 December 2014

PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK

Panduan, Tips Keibu bapaan, Panduan memberi nama, Panduan memberi nama anak, panggilan nama anak, baby comel, Anak, Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab, Ebook Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab, memberi dan memilih nama anak, siapakah yang lebih berhak memberi nama anak?, Haram, Berhati-hati, berhati-hati dengan pemilihan nama anak dari buku-buku, panggillah nama anak dengan nama penuhnya, Sewajarnya biarlah nama diberi tidak menyukarkan anak-anak dan orang ramai mahupun guru semasa menulis nama di dalam buku kehadiran kelak, masa yang sesuai menamakan anak, Tips Keibu bapaan

As salam. Bila hamil, antara yang perkara penting untuk difikirkan ialah memberi dan memilih nama anak. Penting nama anak yang sesuai diberikan kerana nama ini menjadi panggilan kepada anak-anak kita sepanjang hayatnya. Nama anak juga melambangkan apakah harapan ibu bapa pada anak-anak mereka. Oleh itu, ada pihak yang telah menyediakan "PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK" melalui pelbagai cara. Anda boleh beli bukunya atau google sahaja. 

29 November 2014

Pengalaman mendaftar syarikat perniagaan

Kisah Cikgu ieta, Travel, Kisah Cikgu, lesen niaga online diperlukan, bagaimana daftar niaga online, niaga online, daftar niaga online, PUTRA Ampang Park, PUTRA Masjid Jamek, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM, UTM Jalan Ampang, STAR LRT Pudu Raya, UTC, agensi Kerajaan, usahawan, Bukan senang nak senang, Muaz Textiles, Gedung Muaz, Gambar menarik sekitar Putra Masjid Jamek, SOGO, Pertama Complex, Medan Mara, Maju Junction Mall, Gambar menarik sekitar Putra Masjid Jamek ke Maju Junction, Pengalaman mendaftar syarikat, Mendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pengalaman mendaftar syarikat perniagaan, Tatacara mendaftar SSM, Tatacara mendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Seronok dan bersyukur atas nikmat kurniaan Ilahi 
Pengalaman mendaftar syarikat perniagaan. Pengalaman ini bukanlah kali yang pertama. Sebelum ini saya telah cuba mendaftar secara online tetapi bermasalah setiap kali sampai ke bahagian borang. 

19 November 2014

8 sebab kenapa kelewatan terjadi

Artikel 8 SEBAB KENAPA KELEWATAN TERJADI beta kongsikan pada 19/11/2014 @ 20:29. Kemaskini pada 11/12/2023. 

Kisah Cikgu ieta, lewat, lewat hadir pejabat, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, Puch card, Punch Card merah, memboyot, mengandung, sarat mengandung, sebiji kereta Myvi, sebab kenapa kelewatan terjadi, survey  tentang lewat, blogger, Kisah Cikgu ieta, Blog ieta, blog, tidur lewat, bangun lewat, 8 sebab kenapa kelewatan terjadi
Lewat buat kita jadi penatkan?

02 November 2014

Kepala panas rambut kena bakar

Tazkirah, Agama, Dakwah, Kepala panas, rambut kena bakar, Kepala saya panas, rambut saya kena bakar, bersegeralah menutup auratmu, Kita pun belum tentu berakhir hidup dengan kebaikan , kebaikan, Kisah Cikgu ieta, Blog ieta, Pakaian menutup aurat bagi lelaki dan perempuan Islam
Untukmu Wanita














Assalamu'alaikum. Saya mahu berkongsi kisah mimpi yang saya alami pada satu malam... Kepala panas rambut kena bakar.

31 October 2014

TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL MUSTAQIM

TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL MUSTAQIM.

TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL MUSTAQIM ini sudah terlalu lama berada di dalam senarai entri blog ini. Tidak saya ingat dari mana sumber blog yang asal.

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai  cara diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun. Semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

1. Banyakkan bersedekah

2. Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL MUSTAQIM ini adalah merupakan petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar. Moga TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SHIRAT AL MUSTAQIM bermanfaat untuk kita semua.


25 October 2014

Kekayaan itu bukan milik kita

Motivasi, Tazkirah, #KisahCikguieta, #Blogieta, #ietamatsaad, #DuniaNiagaieta, #kelabbloggerbenashaari, #santaiblogger b, #TextCutie, kaya, sombong, berlagak, takbur, riak, kaya budi bahasa beradab, berakhlak mulia, Kekayaan itu bukan milik kita


Kekayaan itu bukan milik kita. Kekayaan juga bukanlah terletak kepada berapa banyak yang kita miliki. Kekayaan itu adalah kekayaan dihati. Di mana berapa banyak yang kita sebarkan kepada yang memerlukan.

Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....