Assalamu'alaikum,
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tazkirah (peringatan) buat diri saya yang sering terlupa. Juga untuk tatapan pembaca. Tidak perlu saya sunting ayatnya kerana ianya amat sempurna sekali.
Sabda Rasulullah saw; Tidak ada dari harta yang kamu miliki melainkan akan terbahagi kepada tiga keadaan: Apa yang kamu makan, kamu akan buang; apa yang kamu pakai kamu akan lusuhkan; dan apakah yang kamu sedekahkan, (itulah harta yang) kamu kekalkan. - Riwayat Muslim.
Dalam hidup ini, bukanlah harta bertimbun yang kita cari. Kerana harta bertimbun, wang berjuta tapi hidup tidak bahagia apalah gunanya. Untuk meraih bahagia yang diperlukan adalah barakah. Orang yang barakah hartanya walaupun tak kaya tapi mampu menyumbang kepada yang memerlukan. Sedang harta yang tak berkat walaupun banyak hanya membuatkan pemiliknya menjadi semakin kikir, semakin tamak, sehingga sanggup menghalalkan cara.
Abdul Hamid AlMughuli menceritakan; "Waktu aku duduk bersama Ibn Abbas, datang sekumpulan rombongan haji bertanya tentang masalah yang dialami mereka. Di mana bila rombongan mereka sampai di kawasan Zushshahifah, seorang dari sahabat mereka mati secara tiba-tiba. Mereka menggali liang untuk mengebumikan jenazah tersebut, tiba-tiba dalam liang tersebut ada seekor ular sebesar lahad. Mereka menggali di tempat lain, malangnya juga ada ular di situ. Sehingga beberapa liang telah digali perkara yang sama berlaku. Lalu ibn Abbas berkata; "Itu adalah dari amalannya, jika kamu menggali seluruh bumi, nescaya kamu akan menemui ular tersebut." Lalu mereka kembali ke salah satu liang yang telah digali dan menguburkan sahabat mereka tadi. Sekembalinya mereka ke kampung asal, mereka datang menyerahkan barang kepunyaan si mati kepada isterinya dan bertanya apakah amalan yang menyebabkan berlaku perkara sedemikian. Jawab isterinya, dia setiap hari mengambil gandum yang diisi di dalam karung untuk dijual sekadar untuk dimakan, dan digantikan dengan tangkai gandum untuk seberat gandum yang telah diambil untuk dimakan, lalu dijual (secara tipu).
Jauhkan dari perkara haram kerana ialah menghapus berkat malah mengundang laknat. - sedutan dari tazkirah di Canselori utmkl, 12Jun13.
SUMBER : PENSYARAH SAYA
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.
Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.
Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com