As salam.
Alhamdulillah jam 5.17 petang sebentar tadi saya siap selesai blogwalking ke blog pesertanya yang seramai 80 orang. Ada la dalam hampir 2 jam lebih juga masa untuk blogwalking tu.
Pengalaman saya di dalam dunia blogging yang tidak seberapanya ni, membuatkan saya berminat untuk mencari-cari ciri-ciri blog yang disukai ramai. Hasil dari blogwalking saya sebentar tadi, antaranya ialah :
1. Mudahkan follower untuk ikut blog dengan membuang segala security word dan captcha word seperti di bawah ini.
|
SILA BUANG CAPTCHA WORD NI DIK NOON... |
|
MAAF, KAKAK MENEGUR UNTUK KEBAIKAN |
2. Mudahkan pengunjung blog dengan meletakkan ruang komen ditempat yang mudah pengunjung melihatnya seterusnya, memudahkan pengunjung membuat komen.
3. Jangan menipu dengan meletakkan iklan tersembunyi disusunan ruang komen. Seperti di bawah ini. Sudahlah ruang komen kecil, susah nak cari pula...
Ada juga saya nampak blogger yang meletakkan link iklan tersembunyi di entri atau mana-mana lagi di ruang sidebarnya. Pada pendapat sayalah kan, jika mahu orang klik iklan, buatlah secara jujur. Ingat, rezeki yang dapat akan jadi darah daging. Jadi rezeki yang berkat adalah hasil dari kejujuran bukan penipuan. Penipuan adalah haram. Jauhkan yang haram.
4. Susunaturkan blog ditempat yang bersesuaian. Nak tahu susunatur blog yang kemas? Sila rajinkan diri blogwalking ke blog yang lain.
5. Usah letak gadget yang terlampau banyak hingga menyerabutkan blog dan melambatkan loading blog.
6. Pemilik blog yang ramah. Bukan hanya meninggalkan komen semata-mata dalam blog yang ber 'PR' tinggi dan glamour sahaja.
7. Selalu berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat secara sihat tanpa kondem mana-mana pihak. Secara jujur dan ikhlas tanpa ada niat yang tersembunyi.
Apa pendapat anda tentang blog saya?
Yang ini pun betul juga. Banyak yang saya kena pelajari dari Cik Akak ni. Terima kasih Cik Akak.
ReplyDeleteSama2 kita belajar dan memperbaikinya :)
Deletemekasih kongsi tips .............berguna untuk saya.
ReplyDeleteSama2...
Deletenice info , thanks kak ^_^
ReplyDeletethanks atas perkongsian.. Nice sharing.. Selalu jugak tengok blog ni sebelum2 ni, tapi jadi silent reader je. harini tonjolkan diri la sikit. hehe
ReplyDelete