REVIEW ENTRI 1 : KHIDMAT KOMUNITI DI KAPIT SARAWAK

As salam dan sejahtera semua.

Saya telah menunaikan janji untuk follow semua peserta yang menyertai SEGMEN PENCARIAN BLOGGER #1 OLEH ietaSeperti yang dijanjikan dalam segmen saya itu, saya akan review entri terbaik dari blog pemenang dengan persetujuan mereka.

Membaca kisah di bawah, mengingatkan saya Hari Keluarga tempat kerja suami saya ke Sarawak sebelum kami dikurniakan anak sulung. Itulah kali pertama saya menaiki flight. Gayat... Alhamdulillah selamat pergi dan balik.

Hari ini review entri pemenang pertama Nurul (klik nama untuk ke blog beliau). Tanpa sebarang suntingan, dipersilakan membaca kisah beliau dalam entri bertajuk Khidmat Komuniti di Kapit Sarawak

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian.. Lamanya Nurul x update apa2 entri dlm blog Nurul nie kn.. Actually, byk sgt pengalaman yg Nurul nk kongsikan dengan sahabat-sahabat semua... Entri Nurul kali nie tentang pengalaman Nurul masa jd fesilitator d Kapit, Sarawak pada pertengahan tahun yang lalu.. Haa.. Dh lama sgt dh kn.. Entri nie mmg dh tgendala sjak tahun lalu lg.. Bnyk kli Nurul edit entri ni tp bru kli bkesempatan nk post kn.. hehe.. Pengalaman yang Nurul ada nie, sgt menarik dan bermakna buat Nurul.. Jd Nurul rasa Nurul patut kongsikan bersama..


Pada 30 Jun 2012 yang lepas, Nurul berama 25 org rakan yang lain mendaftar balik ke Politeknik Mukah Sarawak (PMU) sebagai sukarelawan untuk Minggu Suai Kenal pelajar semester 1 pada sesi Julai 2012.. Sebenarnya ada lagi beberapa orang sukarelawan yang lain yang tak hadir atas alasan mereka tersendiri.. Jadi kepada sukarelawan yang bakal memimpin adik2 semester 1 nnt, biasanya kami akn mengikuti kem terlebih dahulu.. Tapi berlainan pula bagi sesi kali nie.. Ktorang menyertai program Khidmat Komuniti anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan A-team PMU d Kapit, Sarawak. Jumlah ahli yang mengikuti program ini iaitu 28 orang pelajar yang tdiri drpd 11org perempuan dan 17org lelaki serta 10org pensyarah...

Perjalanan kami bermula pada hari Ahad iaitu 1 Julai 2012.. Kami bertolak dr Mukah pada pukul 7.00 pagi dan smpai d Sibu pada pukul 10.00 pagi.. Seterusnya, kami bertolak ke Kapit pada pukul 10.45 pagi dengan menggunakan bot ekspress.. Kami sampai d Kapit dalam pukul 2.00 petang slepas 3jam perjalanan menggunakan bot.. Kebanyakan daripada kami berasa sangat teruja sewaktu sampai kerana kebanyakan daripada kami pertama kali sampai di daerah Kapit tu termasukla Nurul sndiri.. Di kapit, kami dtempatkan d Asrama Belia Kapit.. Selepas kami mendapat bilik masing-masing, kami pun berehat dan menunaikan solat asar...


Tiket untuk menaiki bot ekspress ^_^


Mcm nie la bot yang kami naiki.. :)


Semasa kami sampai d Kapit.. :p


Asrama Belia, Kapit


Pada sebelah petang pula, kami dibahagikan kepada dua kumpulan.. Satu kumpulan merupakan kumpulan gotong royong dan satu kumpulan lagi merupakan kumpulan fesilitator.. Kumpulan gotong royong berperanan untuk membaikpulih dan mencantikkan lagi kawasan sekolah SK Kampong Baru Kapit.. Manakala kumpulan fesilitator berperanan untuk menyediakan aktiviti dan latihan dalam kumpulan (LDK) kepada pelajar SK Kampong Baru Kapit dan SMK Kapit 2.. So, kami pun bekerjasama untuk membahagikan alatan-alatan yang telah kami bawa dr Mukah kepada dua bhagian iaitu kelengkapan untuk aktiviti gotong royong dan kelengkapan untuk aktiviti LDK yang akan digunakan pada esok harinya..

So, keesokan harinya, kami semua hanya berjalan kaki ke kawasan sekolah SK Kampong Baru Kapit yang berada tidak jauh dari tempat tinggal kami.. Kami melalui kawasan Kampung Muhibbah Beleteh Kapit dan juga melalui jambatan yang terdapat di kampung tersebut.. 











Disebabkan Nurul berada dalam kumpulan fesilitator, jadi Nurul hanya boleh kongsikan pengalaman Nurul bersama-sama dgn adik-adik SK Kampong Baru Kapit dan SMK Kapit 2.. Pada hari pertama, aktiviti kami hanyalah bersama-sama dengan adik-adik Tahun 5 dan Tahun 6 Sk Kampong Baru Kapit.. Dan adik-adik yang berada dalam kumpulan Nurul pula terdiri drpd lelaki semuanya.. Pada hari tersebut, kami telah membuat sedikit aktiviti seperti ice breaking, melukis, riadah dan bermacam-macam lagi.. Pada malamnya pula, seperti biasa kami membuat aktiviti burung hantu.. 





Keesokkannya pula, kami mengadakan aktiviti LDK bersama dgn pelajar Tingkatan 5 di SMK Kapit 2.. Tp aktiviti LDK yg dijalankan berlainan dengan aktiviti yg djalankn d Sk Kampong Baru Kapit.. Dsebabkan mereka semuanya pelajar sekolah menengah, jd aktiviti LDK dn riadah yang dilakukan adalah bersifat lebih matang dan adalah lebih mementingkan buah fikiran mereka sendiri. Dan pd malamnya pula, sperti biasa adalah aktiviti burung hantu.. tp kali ini lebih mncabar kerana masing2 mmpunyai kerenah mereka sndiri.. Dan pd malam itu juga majlis penyampaian hadiah kepada para peserta dan lebih menggembirakan Nurul, kumpulan Nurul mndapat tmpt pertama.. hehe. Dan berakhirnya juga tugas kami sebagai fesilitator di Kapit, Sarawak..

Pada hari seterusnya, kami sebagai fesilitator yg telah 'bersara' pun turut sama membantu pasukan gotong royong membersihkan dan mencantikkan kawasan Sk Kampong Baru Kapit.. Nurul pun berkesempatan mengecat lukisan yang telah terbengkalai di bangunan kelas sekolah tu.. Seronok tau mengecat bersama dengan rakan-rakan.. Meskipun hasil yg Nurul buat xla cntik sgt, tp amat brmakna untuk Nurul.. Selepas itu, kami ada sesi fotografi bersama dengan adik-adik di sekolah tersebut.. Pada petangnya pula, ada pertandingan bola jaring dan pertandingan futsal bersama dengan cikgu sekolah tersebut..Dan pada malamnya pula, sesi BBQ bersama dengan warga sekolah SK Kampong Baru Kapit.. Begitulah berakhirnya khidmat kami di Kapit Sarawak. Mmg amat sedih untuk meninggalkan daerah ini dan pengalaman yang Nurul dpt di daerah ini mmg amat bermakna untuk Nurul..





























Esoknya, kami harus balik ke Sibu dan seterusnya ke Mukah untuk program kami yang seterusnya iaitu Minggu Suai Kenal atau lebih dikenali sebagai minggu orientasi bagi pelajar-pelajar baharu.. Tp sebelum bertolak balik, kami bersarapan di pasar Kapit dan bersiar-siar terlebih dahulu di sekitar kawasan Kapit. Dan selepas itu, kami pun bertolak balik.. Jd, itu sahaja entri Nurul kali ini.. Terima kasih bagi rakan-rakan yg sudi meluangkan masa membaca entri Nurul nie.. Assalamualaikum dan selamat berjumpa lagi.. ^_^





























Terima kasih +Sis Nurul 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA.

  BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA . (Kongsi di facebook pada 30/3/2021 . Kemaskini ke blog 21/1...