SAYA SANGAT-SANGAT SUKA HATI

As salam.

Hai neighbours.... Hari ni saya sangat-sangat suka hati tau... Sebab....


1. Ada blogger yang sudi copy ayat dan ARTIKEL dari blog saya ni  untuk dijadikan bahan bacaannya. Ni kali ke tiga tau blogger minta nak copy ayat dan artikel dari blog saya...  hehe...

2. Saya dapat 2 header baru dari blogger LANA. Beliau ni memang sangat-sangat kreatif dan berfikiran kreatif. Akak suka tu +Tinta Lana. Terima kasih +Tinta Lana. Moga segala urusan Lana dipermudahkan sebab sudi buatkan header yang cantik di bawah ni :)

BLOG ieta

Blog ieta

3. NUFFNANG saya dah ada RM9.25 SEN... haha... (Sila jangan gelakkan saya tau...). Baru je dapat OFFER dari syarikat iklan lain, ingat nak bertukar tapi sign up borang berkali-kali asyik syntac error je manjang... malaih la... Buat masa ni, biarlah bernuffnang dulu... Biar lambat, asalkan berkat. Berbaloi kerana hasil usaha saya sendiri menaikkan blog saya ni. Tak menipu macam MEREKA ni. Saya serius berblogging bulan 28/12/2012, tahun lalu. Bayangkan, lama juga saya nak dapatkan sebanyak ini. Update :Maklumla, tak berapa pandai berblogging... entri pun tak berapa mantap lagi.... Baru semalam saya lihat hanya RM5.25sen. RM9.25 tu, duit juga tu... Ingat... duit bukan motif utama berblogging... MANFAATKAN LAMAN SOSIAL sebaik mungkin. Mana tau, tiba-tiba meninggal, sedikit kebaikan yang ada dalam blog ni mungkin membantu saya. Amalan dah la kurang... kan...? 

4. PRESENTATION group bagi subjek Keusahawan dah selesai dengan jayanya. Hardcopy pun dah hantar kepada pensyarah. Siap edit powerpointnya nak tau bila? Tepat jam 2 petang tadi. Than binding jam 2.25 petang. Sebab apa jadi macamtu? Sebab buat kerja last minute disamping pelbagai urusan dan kesihatan. Biasalah kerja berkumpulan. Hehe... Alah tegal, dek biasa... Lega dah 1 bab... Tinggal 2 bab lagi iaitu, print tugasan TITAS dan edit ulasan artikel juga untuk subjek TITAS. Esok nak hantar dah weyh...

Idea ini ditaip bermula jam 11.25 malam bertarikh 8/6/2013

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta. Graduan UTM Space, Institute of Information Technology Cosmopoint (kini KLMU) dan sekolah pondok. Suri rumah sepenuh masa bermula 1/3/2022, isi masa lapang menulis blog (Lifestyle Blogger). Ex Content Creator, Social Media Speaker Digital Marketing Coach, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5. Mantan Guru JAIS. Suka kongsi quotes, sajak, pengalaman adab aqidah dan solusi masalah. Mix Melayu minat sirah dan sejarah.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan ubat, tanpa ruqyah syirkiyyah selepas putuskan rantaian dengan ustaz perawat bomoh alternatif, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka mendakyah ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke blog anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum. Review patuh syariah, pendapat atau ingin berkongsi pengalaman, email kepada kisahcikguieta@gmail.com

Featured Post

BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA.

  BODOH TAK APA, JANGAN SAMPAI LEMBAM FAHAM TIDAK KENAL INTAN KACA DAN PERMATA . (Kongsi di facebook pada 30/3/2021 . Kemaskini ke blog 21/1...