Showing posts with label SAJAK. Show all posts
Showing posts with label SAJAK. Show all posts

06 February 2014

Benarkah kita cinta Rasul?

Benarkah kita cinta Rasul?

Saat saya belajar subjek Sirah Nabawiyyah di UTM, terdetik dalam hati saya "Benarkah kita Cinta Rasul?" maka terungkaplah puisi ini....

Benarkah kita cinta Rasul?
Andai benar kita cinta Rasul, mengapakah kita tidak junjung titah perintahnya?

Benarkah kita cinta Rasul? 
Sedangkan budaya hidupnya masih diperlekehkan.

Benarkah kita cinta Rasul? 
Andai perjuangannya menyebarkan Islam kita tak endahkan. 

Benarkah kita Cinta Rasul? 
Andai amalan sunnahnya diperlekehkan.

Benarkah kita Cinta Rasul?
Andai hanya menyambut maulidur rasul waktu itu selawat dikumandangkan.

Benarkah kita Cinta Rasul?
Andai perintah Allah tak ditunaikan?Menegakkan syiar dan daulah Islam yang hak diperlekehkan.

Mari kita teliti bicara dari para mu'allim ini tentang Benarkah Kita Cinta Rasul?



Pentingnya belajar 'Ulumul Hadith... Dari subjek 'Ulumul Hadith pula, saya belajar pula tentang hadis dhaif, hadis sahih, hadis maudhuk dan pelbagai lagi jenis hadis.

Pentingnya belajar Sirah Nabawiyyah.

Dalam subjek Sirah Nabawiyyah juga, pensyarah saya ada menyatakan bahawa hadis di saat akhir kewafatan Rasulullah s.a.w, junjungan mulia ini telah menyebut "Ummati, Ummati, Ummati..." yang bermaksud Ummatku, Ummatku, Ummatku... Pensyarah saya menjelaskan bahawa hadis ini adalah hadis dhaif. Kebetulan pensyarah subjek Tamadun Islam Tamadun Asia Tenggara (TITAS) semasa sem pendek yang lalu berkongsi tentang hadis ini. Mari kita dengar apakah Penjelasan Isu Hadis Ummati, Ummati, Ummati oleh Ustaz Muhammad Nazmi Karim.



Andai benar kita cinta Rasul, marilah bersama kita tanpa jemu berterus-terusan dalam menuntut ilmu untuk menambahkan rasa kecintaan kita terhadap junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w.

22 January 2014

JIWA YANG TENANG...

As salam semua... Hari ni nak sentuh tentang "Jiwa Yang Tenang". Bagaimana memberi ketenangan dalam jiwa? Firman Allah Surah al-Ra'd ayat 28 yang bermaksud "Sesungguhnya dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang".

30 December 2013

Suka sangat buat entri sebegini

As salam. Entah kenapa saya sekarang ni "suka sangat buat entri sebegini". Melalui bait-bait sebegini yang kadangkala, saya pun tak pasti dan mengarut-ngarut mungkin.... Tapi, memang best... Saya sukakannya... Dari saya highlight orang, mungkin orang tak suka, lebih baik saya curahkan idea saya. Kan...?

26 December 2013

Sang pujangga marhaen

Sang pujangga marhaen lidah terkelu...
Terkadang melayani perasaan diqalbu
Indahnya hidup tak tentu waktu
Seperti susahnya kala datang bertamu

10 December 2013

Aku cuma insan biasa

"Aku cuma insan biasa"
Sudah puas ku komen
Sudah puas ku like
Sudah puas ku jelajah
Namun tiada apa yang ku dapat
Tiada apa yang bermanfaat
Hanya sekadar melekakan aku

20 May 2013

MANA MILIK KITA...

Mana milik kita hanyalah sementara. 

Mana milik kita hanya DIA pemiliknya. 

Mana milik kita usahlah dibangga. 

Kerna milik kita dipinjamkan olehNYA.

13 March 2013

MALAM INI SUNYI...

Malam ini sunyi...
Sunyi dari aliran idea yang tak kunjung tiba
Sunyi dari hiruk pikuk anak-anak yang sudah tidur lena
Sunyi dari suasana yang menyakitkan hati-hati pabila membaca atau melihatnya

Malam ini sunyi...
Walau tadi aku dah tidur lena
Dikejutkan oleh ibu murid yang menalifonku
Mengganggu tidurku
Semata-mata bertanyakan urusan periksa anaknya
Sedangkanku bercuti seketika
Yang memang dia pun sudah tahu puncanya
Bagai tiada rasa bertimbangrasa
Bertalu-talu ia menalifonku
Bagai tidak menghormatiku
Betapa lena aku terganggu
Lantas ku matikan telefon bimbitku
Mengapakah wahai ibu-ibu muridku?
Tidakkah kalian tahu menghormati waktu privasiku?
Sungguh aku terganggu 
Dek mereka yang menalifonku tanpa mengira waktu

Malam ini sunyi...
Tanpa kehadiran insan-insan blogger peramah
Yang sudi beramah tamah
Berkongsi cerita dan berbual mesra
Lantaran mood blogwalking pun hilang sudah
Ku titipkan karyaku nan indah
Indah pada mataku sahaja
Indah dijari-jemariku jua

Oh Tuhan...
Bimbinglah aku dan mereka semua
Agar sentiasa kembali ke pangkal jalan
Lari dari hasutan syaitan
Yang memecahbelahkan perkauman
Yang menjanjikan pelbagai helahan
Yang tidak ingatkan Tuhan
Pabila bergelar orang atasan
Tidak pedulikan orang bawahan
Menjadikan siapa sahaja mangsa kerakusan
Dek isu-isu yang penuh dengan kebobrokan
Aku di sini sering ketakutan
Apakah akhirnya segala kekalutan
Yang melanda dunia dalaman

Kembalilah menerajui dunia
Dengan cara yang Allah redha
Tanpa menghuru-harakan segala
Tanpa menjanjikan apa-apa
Tanpa sesiapa pun menjadi mangsa
Sungguh aku merayu kepada mereka

Bunuh membunuh sudah jadi mainan
Apakah ini bukan kezaliman
Fitnah memfitnah juga berleluasan
Ini petanda dunia akhir zaman

Lihatlah anak-anak kecil yang tidak berdosa
Kasihanilah kami yang sengsara
Membayar segala harga
Dek ketamakan dan haloba
Mereka yang mengejar kuasa
Tanpa kenal dosa dan pahala
Dalam hati, bilakah semua ini akan bertemu titik noktahnya?

Malam ini sunyi...
Dari bunyi-bunyian
Hasut-hasutan
Yang memang tak ku pedulikan
Di dalam hati berdoa terus-terusan
Moga segalanya kembali aman
Maafkan aku wahai teman
Andai nukilan ini mengguris perasaan

Hasil nukilan ieta mat saad

08 March 2013

DALAM KOTAK FIKIRANKU...

As salam

kredit untuk encik google
Dalam kotak fikiranku... 
Bermacam-macam idea sedang bercelaru... 
Untuk ku taipkan dalam entri blogku. 
Walau apapun, ku terjemahkannya satu persatu. 
Apa sahaja dalam kotak akal fikiranku. 
Oh blogku, kini hari-hari kau menggamitku, 
untuk ku taip entriku ke dalam blogku. 
Walau tak sehebat mana entriku, 
ku tetap meneruskan penulisan dalam blogku...
Mengapa blogging menjadi pilihanku
Kerana blogger kini menjadi kerjaya sambilanku
Lebih-lebih lagi setelah mendapat sedikit walau tak banyak dari Nuffnangku
Ia menjadi pencetus semangat untuk meneruskan blogger sebagai kerjayaku
Bersyukurku kepada Allah yang satu
Kerana menemukanku kepada penyelesaian yang buntu
Menjadikan blogger sebagai kerjaya sambilanku
Terima kasih semua yang memberi semangat buatku
Untuk meneruskan kerjaya sambilanku

Nukilan : Ieta Mat Saad

25 January 2013

CINTAKAH KITA KEPADA BELIAU?

Cintakah kita kepada beliau?
Junjungan mulia yang akan memberi syafaat kepada kita. Di waktu tiada siapa yang pedulikan kita DI SANA..

Cintakah kita kepada beliau? Insan mulia yang tidak berharta. Lagi Ummi tetapi kaya jiwa. Kaya budi pekerti mulia...

Cintakah kita kepada beliau?
Andai sunnahnya tidak kita jaga
Andai hadisnya kita cerca
Andai fatwanya tidak kita guna
Andai amalannya kita persenda...

Cintakah kita kepada beliau?
Jika hukum Allah yang mengutuskannya kita buat-buat lupa. Jika kita terlalu alfa dengan dunia. Jika hukum Allah sering dipersenda...

Cintakah kita kepada beliau? Sedangkan di dunia kita bertelagah sesama kita. Dek pegangan kita yang tak serupa. Sedangkan bila Maulidur Rasul, kita sambut bersama?

Cintakah kita kepada beliau? Sebagaimana beliau kasihkan kita. Sedangkan beliau mengasihi kita ummatnya.

Ayuh, bersatulah wahai semua... Supaya aman dunia, selesa kita bersama. Dari segala ancaman manusia durjana. Yang mementingkan pangkat, harta dan kroni semata-mata




Sesungguhnya mati itu pasti. Oleh itu persiapkanlah bekalan diri. Menuju cinta yang hakiki. Cintalah kepada yang sewajarnya dicintai

Jom ke SINI. Terima kasih...

21 November 2012

Ya Allah... Selamatkanlah saudara-saudara Islamku di Ghaza

Ya Allah... Selamatkanlah saudara-saudara Islamku di Ghaza

Ku menitiskan air mata 
Lantaran melihat betapa sengsara
Umat Islam di bumi Ghaza
Ku tak berdaya membantu mereka
Hanya doaku hulurkan sebagai senjata
Membantu perjuangan mereka
Yang tak pernah-pernah leka
Berjuang untuk negara
Menuntut keamanan yang tak pernah tiba
Apakah kita hanya mampu melihat semata?
Tanpa melakukan apa-apa?
Bersyukur kita di bumi Malaysia
Walau parti politik bercakaran sesama mereka
Walau pelbagai kebobrokan berlaku di negara kita
Walau buang anak di sini sana menjadi berita utama
Walau jenayah dibanteras namun tetap berleluasa
Walau budaya Gangnam kini bermaharajalela
Walau kemasukan budaya barat menerjah Malaysia
Walau sewajarnya, kitalah yang patut menerima atau menolaknya
Bersyukur kita masih tidak menjadi seperti di Ghaza
Yang saban hari dibom di sini sana
Tangisan bayi dan wanita
Darah berlinangan di mana-mana
Kematian saban hari di sana
Syahidnya mereka sudah tentu milik mereka
Pilu ku melihatnya
Ya Allah... Selamatkanlah saudara-saudara Islamku di Ghaza






Featured Post

MEREKA SUDAH TIDAK  BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada  perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....