Rotan anak bakal kesalahan jenayah. Begitulah tajuk keratan akhbar yang saya terima dari beberapa orang rakan saya hari ini.
BUKAN PERAWAT TAPI SAKSI HIDUP SCAMMER & KEZALIMAN : JAWI, JMB, ahli komuniti residensi, kumpulan ajaran sesat pelampau kalangan guru dan ahli silat, motivator, konsultan, coach self help sebenarnya perawat, dukun ilmu hitam ahli sihir peritual tradisional & moden berprofession tinggi, mengaku jin leluhur sebagai moyang, menunggang agama, nasab keturunan sejarah Raja-Raja Melayu Nusantara. HOBI : Kongsi mutiara kata, tips kesihatan, fakta aqidah dan sejarah.
31 January 2015
18 January 2015
08 January 2015
Senarai keperluan sebelum bersalin
![]() |
| Gambar bilik bersalin ehsan google |
Senarai keperluan sebelum bersalin. Hurmm... Sudah lama sebenarnya entri ni berada dalam blog Kisah Cikgu ieta ni... Kebetulan ada yang bertanya, maka saya edit sedikit perkara yang biasa saya bawa sebagai persiapan bersalin.
07 January 2015
21 December 2014
Motivasi Diri Buat apa yang kita suka
Motivasi Diri Buat apa yang kita suka. Usah buat apa yang kita tidak suka. Walaupun bukan semua orang suka dengan apa yang kita suka. Jadi, buatlah sekadar yang kita mampu sahaja ^___^
Kadangkala saya rasa terlalu banyak yang ingin saya kongsikan. Cuma banyak perkara tidak dapat diceritakan kepada umum dan ini telah membatasi keinginan itu.
Idea mencurah-curah. Semuanya duduk dalam deraf tidak teredit sebaiknya untuk tatapan umum.
Begitu juga keinginan belajar ilmu blogging. Amat membuak-buak. Tanggungjawab terhadap keluarga wajib saya utamakan. Mana mungkin saya tinggalkan anak-anak saya seramai lima orang kepada suami hingga larut malam hanya untuk menuntut ilmu dan kepuasan saya dalam berblogging. Mana mungkin saya sertai mana-mana program yang di luar urusan kerja saya sebagai guru walaupun di waktu cuti sekolah tanpa izin suami.
Mentelah pula, anak yang ke lima masih kecil. Baru berusia dua tahun dan tidur malam pasti dengan saya. Sudah tentu suami tidak izinkan... Keizinan suami adalah kunci utama saya hingga berada ditahap ini.
Jadi... Saya Motivasi Diri Buat apa yang kita suka tetapi, buatlah sekadar yang termampu. Biar saya tidak hebat di dunia ini. Namun membantah suami pasti buruk natijahnya. Saya buat apa yang saya minat tetapi atas kemampuan dan izin suami saya. Motivasi Diri Buat apa yang kita suka. Anda bagaimana ya?
Saya cuba untuk konsisten dahulu dalam berblogging seperti saranan sifu Melastik Bintang
Kadangkala saya rasa terlalu banyak yang ingin saya kongsikan. Cuma banyak perkara tidak dapat diceritakan kepada umum dan ini telah membatasi keinginan itu.
Idea mencurah-curah. Semuanya duduk dalam deraf tidak teredit sebaiknya untuk tatapan umum.
Begitu juga keinginan belajar ilmu blogging. Amat membuak-buak. Tanggungjawab terhadap keluarga wajib saya utamakan. Mana mungkin saya tinggalkan anak-anak saya seramai lima orang kepada suami hingga larut malam hanya untuk menuntut ilmu dan kepuasan saya dalam berblogging. Mana mungkin saya sertai mana-mana program yang di luar urusan kerja saya sebagai guru walaupun di waktu cuti sekolah tanpa izin suami.
"Manfaatkan blog yang ada. Macam2 boleh buat duit dengan blog ni... Percayalah saya hanya bermula dengan blogshop main2 yg percuma sahaja diselit2 affiliate sebagai penyeri. Tetapi kini, mcm mimpi! Blogshop itu telah menjadi syarikat. Even kecil tapi cukup menyeronokkan. Yakin pada kebolehan dlm berblogging. Cari dan galilah ilmu. Dari blog, macam2 telah diperolehi. Banyak... Carilah..." Ieta Mat Sa'ad
![]() |
| Timbunan kain baju di hari ke dua berpindah |
Jadi... Saya Motivasi Diri Buat apa yang kita suka tetapi, buatlah sekadar yang termampu. Biar saya tidak hebat di dunia ini. Namun membantah suami pasti buruk natijahnya. Saya buat apa yang saya minat tetapi atas kemampuan dan izin suami saya. Motivasi Diri Buat apa yang kita suka. Anda bagaimana ya?
09 December 2014
PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK
As salam. Bila hamil, antara yang perkara penting untuk difikirkan ialah memberi dan memilih nama anak. Penting nama anak yang sesuai diberikan kerana nama ini menjadi panggilan kepada anak-anak kita sepanjang hayatnya. Nama anak juga melambangkan apakah harapan ibu bapa pada anak-anak mereka. Oleh itu, ada pihak yang telah menyediakan "PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK" melalui pelbagai cara. Anda boleh beli bukunya atau google sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
MEREKA SUDAH TIDAK BERSEMBUNYI LAGI (tarikh kongsi, 25/11/2024. Sambungan daripada perkongsian ini ). Nak sambung di sana loading berat....
-
Atas permintaan, saya nak postkan entri tentang "Panduan Solat Sunat Istikharah" Cara Nabi S.A.W yang saya ambil dari blog Enc...
-
As salam. "Pentingkah Page Rank pada sesebuah blog?" Sesungguhnya, saya tidak pernah mengimpikan yang impian saya akhirnya terca...
-
اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ْ "Kenapa jadi guru tak kerja lain?" Pertanyaan yang sudah beberapa kali ...





