SAMBUNGAN KISAH BERPINDAH

Sejak berpindah ke sekolah baru ni, semangat untuk blogwalking seakan terkubur.... Mungkin disebabkan penat agaknya...

Saya lebih suka menaip dan memaparkan entri. Alhamdulillah, followers semakin bertambah walau slow sebab tiada semangat untuk blogwalking dan join segmen atau GA buat masa ini :(

Sekolah baru tempat saya mengajar kini tiga tingkat. Agak kelam kabut juga diri ini semasa baru berpindah pada 18/4/2013 lalu. Maklumlah, tempat baru nak biasakan diri dengan suasana yang baru memang mengambil masa juga. Guru-guru di sini peramah dan baik hati semuanya. 

Disebabkan saya perlu sentiasa turun naik tangga untuk beredar ke kelas yang lain-lain, botol air menjadi teman setia saya, sentiasa saya bawa bersama. Bagus juga berpindah ke sini... dengan turun naik tangga, dapat menghilangkan lemak yang ada. Hehe... Jadi kepada mereka yang rasa-rasa nak turunkan berat badan, silalah turun naik tangga selalu ya. Kalau tak turun-turun juga... jangan lah pula bersedih... itukan anugerah hebat dari Allah S.W.T... bukan senang nak dapat anugerah tu... kan..?

O ya, yang paling menyeronokkan, parking di sekolah ini, dekat dengan kelas saya. Jalan kaki sikit je, dah pun sampai ke parking kereta yang bersebelahan dengan masjid. Di sekolah ini, saya mengajar semua mata pelajaran agama kecuali Sirah, Feqah, Akhlak dan Bahasa Arab. Seperkara lagi yang menyeronokkan hati saya, impian saya untuk mengajar mata pelajaran Jawi dan mengajar tahun 1 termakbul. Saya sangat suka....

Kenapa ya saya suka mengajar mata pelajaran Jawi? Kenapa pula saya suka mengajar tahun 1? Sebab-sebabnya seperti berikut :
  1. Saya memang suka dengan murid-murid kecil yang sememangnya comel-comel.
  2. Saya ibaratkan murid-murid kecil ini seumpama anak-anak saya jadi, membentuk mereka yang memerlukan kuasa kasih sayang amatlah membantu saya supaya BERSABAR.
  3. Saya rasa sangat-sangat gembira bila melihat mereka yang saya ajar tu boleh membaca. Saya tak marah jika mereka tidak boleh membaca. Saya akan ajar mereka dengan cara dan kaedah saya masa kecil-kecil dahulu. 
Seperkara lagi yang menyeronokkan saya, saya dapat balik awal dari kebiasaan saya semasa di sekolah lama sebab rumah saya dekat dengan sekolah ni. Jadi, tengahari bila ada kelapangan, saya balik untuk uruskan kerja-kerja rumah yang tak sempat siap contohnya sidai kain baju dan sebagainya lagi. Waktu ini juga saya gunakan untuk menaip entri terkini jika sempat. Bestkan...? Nanti bila ada masa dan semangat blogwalking dah timbul, In Shaa Allah saya blogwalking semula. Tau je lah kan... blogwalking mengambil masa yang lama dan mood yang sesuai.


Oleh kerana di sini murid tidak terlampau ramai, saya tidak perlukan rotan untuk mengetuk meja. Paling penting, saya tidak perlu meninggikan suara. Jadi, suara saya pun dah tak sempat nak bertukar jadi suara Ella dah. Hehe...

Bagi saya, siapa pun murid-murid saya, sedikit atau ramai mana pun mereka dan darjah berapa sekalipun mereka, yang penting sebagai seorang guru, untuk dihormati dan disegani murid-murid, penampilan kali pertama dan disiplin perlu dijaga. Nilai dan perasaan kasih sayang pula perlu disematkan ke dalam diri  supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar seperti yang diharapkan oleh semua pihak.

Doakan saya supaya sentiasa maju jaya dan bersemangat waja dalam bidang perguruan yang memang saya minat ni ya. Terima kasih...

3 comments:

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz rupanya bomoh, mantan guru silat mengaku pernah 23 tahun sesat dan ada saka, mendakyah beta ajaran sesat.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

IMPLIKASI AJARAN SESAT : SIHIR, PUKAU, FITNAH MANIPULASI PERBUALAN JENAYAH CYBERBULLY

IMPLIKASI AJARAN SESAT : SIHIR, PUKAU, FITNAH MANIPULASI PERBUALAN JENAYAH CYBERBULLY Akibat dan sebab ajaran sesat diharamkan. Akibat tidak...