Header Blog Kisah Cikgu ieta

Header blog Kisah Cikgu ieta
Header, blog, Header blog Kisah Cikgu ieta, Bagaimana saya reka header simple, Kenapa blog Kisah Cikgu ieta tiada header, Dapat header percuma dari Blogger Lana, Header berbayar, Minta password blog, Kenapa tak boleh beri password blog sesuka hati, header, Cara buat header simple, Cara buat header blog yang simple
Entah kenapa, saya suka betul dengan background merah?
Bagaimana saya reka header simple?

Ingat tak, entri saya yang lalu bertajuk Kisah header blog ieta? Penghujung tahun 2013, saya reka header simple ni. Saya design menggunakan miscrosoft Power Point sahaja.Tapi nak letak di banner blog punyalah susah... Berkali-kali letak tapi tak juga appear. Dulu masa rajin join segmen, saya pun ada juga join Segmen free header Review blog by nfh. Tapi tak tahulah apa cerita. Masa tu belum pandai blogging lagi... hehe... Buat ayat pun tak pandai. Kelakar je bila baca balik entri-entri saya yang lama.
Header, blog, Header blog Kisah Cikgu ieta, Bagaimana saya reka header simple, Kenapa blog Kisah Cikgu ieta tiada header, Dapat header percuma dari Blogger Lana, Header berbayar, Minta password blog, Kenapa tak boleh beri password blog sesuka hati, header, Cara buat header simple, Cara buat header blog yang simple
Header ni deko sendiri melalui aplikasi Pizap. Perisian tu dah buang sebab fon memory full...
Kenapa blog Kisah Cikgu ieta tiada header?

Sebenarnya, saya suka belajar buat header sendiri. Tapi CPU pula rosak, nak buat melalui handphone di template coding memang susah. Maka saya biarkan je lah tak berheader blog saya ni. Bila dah siap, baru saya perasan perkataan sumber dengan simbol & tu rapat sangat. Haish, PC takde, biarlah...Nak buat macam mana ye tak?

Dari tahun 2009 saya mula berblogging, dah banyak header blog saya buat sendiri. Taklah lawa... Biasa dan simple je. Sebab saya bukan pelajar graphic sepenuh masa di Inatitute Cosmopoint yang kini dikenali sebagai Kuala Lumpur Metropolitan College. Saya hanya pelajar jurusan Diploma Komputer dan Pengurusan je sebab tu saya kurang hasil seni dekorasi header blog ni.

Dapat header percuma dari Blogger Lana.
Header percuma dari Blogger Lana
Ha, inilah header blog yang Lana beri saya hari tu. Cantikkan?
Masa mula kenal dunia blogging, saya pernah dapat 2 header percuma dari blogger Tinta Lana. Cantik dan memang sedap mata memandang. Seronok sangat masa ni tau... Cuma sejak bertukar kepada domain dot com saya tak guna dah header tu.
Header blog bloglist Kisah Cikgu ieta
Ini Lana beri untuk blog Bloglist saya. Cantik. Sejuk dan damai mata memandang. Ia masih kekal di sana.
Header berbayar.

Tentang header ni, sebenarnya, saya pernah beberapa kali minta bantuan dan nak upah rakan blogger buatkan header blog saya ni. Walaupun suka belajar buat sendiri, dah tahu tak kreatif dan tak ada masa, jadi upah je lah kan? Kos buat banner biasa RM50 sahaja. Itu hanya tulisan tiada gambar yang banyak. Tapi malangnya mereka semua sibuk. Ada juga yang janji nak buatkan, tapi janji hanya tinggal janji. Sampai dah nak penghujung tahun 2015 pun sehabuk rupa deraf banner pun tiada
Header percuma Blog Kisah Cikgu ieta
Header ni pun saya bukan dapat percuma. Saya bayar. Dah tak ingat blogger mana buatkan.
Pernah juga saya minta seorang pelukis buatkan banner saya. Kos semua RM70 sahaja. Dah siap cun dah art work dia berilustrasi kartun. Memang cun. Ada yang kata, "Tak sesuai dengan umur" katanya. Maka tak jadi juga berbanner blog ni.

Minta password blog

Ada juga saya minta blogger yang memang kerjanya design header blog. Upahnya RM50 juga. Sebelum siap dah minta password. Bila saya tak beri, sound saya dalam whatsapp grup. Buruk perangai. Dah lama keluar pun dari whatsapp group tu atas sebab tak dapat saya ceritakan kepada ramai. Aish, hak kita lah kan, nak beri ke tak?

2 sebab kenapa tak boleh beri password blog sesuka hati?

Pertama sekali sebab ragu-ragu dan cuak sebenarnya nak beri password blog sebarangan.... Saya ni bukan mudah percayakan orang. Iyalah walaupun saya bukan blogger hebat, benda yang rahsia kenalah jaga kan?

Ke dua saya selalu terfikir. Blogger Lana minta saya pasang sendiri je header yang dapat percuma dari dia hari tu. Tak de pun blogger Lana minta password e-mail atau blog dari saya.... Sampai hari ni saya pelik kenapa perlu beri password jika tempah header? Ha, inilah antara sebab-sebab kenapa blog ni masih tidak ada Header. Ada cadangan?

4 comments:

  1. pasang sendiri je..xpayah bagi2 pasword kita kat org..hee

    ReplyDelete
  2. pernah tempah header..dan install sendiri saja.

    ReplyDelete
  3. Kita wat sendiri. Lg best guna power point.. seronok.. bru try buat header guna power point cntum2 gambo..puas ati kasha ltk kat header.. best2

    ReplyDelete
  4. pernah belajar buat header blog tpi susah, ya sudah buat yang default saja deh

    ReplyDelete

Terima kasih sudi berkunjung ke blog beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta, Suri rumah sepenuh masa, Penulis Lifestyle Blogger, Content Creator berpengalaman Social Media Marketing Coach dan Speaker Digital Marketing. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan, mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc L4 L5
Lambat beta tahu mereka tu siapa dan leluhur tu adalah jin. 3/8/2021 beta dapat tahu dari emak saudara beta, datuk, nenek moyang beta Raja Bugis, Raja Arab Banjar keturunan Rasulullah SAW. 22/9/2023 dapat salasilah moyang Raja Majapahit, 23/9/2023 terjumpa rajah salasilah moyang Raja Majapahit.

Alhamdulillah kronik slipped disc sembuh pada 24/9/2023 tanpa suntikan steroid atau apa pun ubat selepas putuskan terus soal-jawab dengan ustaz bomoh, mantan guru silat sesat berkhadam saka, mendakyah beta ajaran sesat. Sebab itu beta suka ulang beta darah Raja Bugis, Raja Arab Banjar, Raja Majapahit KETURUNAN Rasulullah SAW. Bahagia sudah tahu kenal diri sendiri.

WAJIB semua orang tahu, beta anti scammer, semua ajaran amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) iaitu ilmu karuuhun.

Sila komen untuk beta singgah ke laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan artikel sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ada pendapat atau kisah ingin dikongsikan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com .

Featured Post

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN

SEJARAH KETURUNAN BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN  [ Sambungan dari SINI ] Bukan boleh bawa ke mati pun keturunan yang ada. Jadi usah banggal...