Resepi Nasi Goreng Margerin Daisy
Kadangkala bosan juga makan nasi berlauk kan? Jadi, sesekali masak Nasi goreng best juga kan? Pagi tadi saya masak Nasi goreng sempoi ini sahaja.
Tak kisahlah anda dah pandai masak... Saya nak kongsi juga resepi sempoi saya ni. Sebab anak-anak saya cakap sedap lah ibu... Saya rasa biasa je ni. Tapi sebab anak-anak kata sedap, bolehlah nak kongsi dengan anda semua ya.
Resepi sempoi dan sangatlah mudah. Semudah menyebut ABCDEFG tau. Sebut betul-betul... Jangan salah sebut ABCDGST. Heee...
Bahan-bahan Nasi Goreng Margerin Daisy :
- Nasi putih lebihan semalam.
- Bancuhan air garam setengah cawan.
- Bawang besar sebiji.
- Bawang putih 5 ulas.
- Margerin Daisy 4 sudu besar.
- Telur 2 biji.
Bahan asas Nasi Goreng Margerin Daisy
Cara memasak Nasi Goreng Margerin Daisy :
- Kisar bawang besar bersama bawang putih.
- Gaul hingga lerai nasi supaya mudah menggoreng tidak berketul.
- Masukkan campuran air garam ke dalam nasi dan gaul. Saya gaul dengan senduk nasi tau bukan tangan. Tetapi tangan lebih baik arwah emak saya kata.
- Masukkan planta ke dalam kuali.
- Tumis bawang yang telah dikisar sehingga kuning keemasan.
- Masukkan nasi dan kacau sehingga hilang warna putih nasi tu.
- Pecahkan telur yang telah dibasuh ke dalam cawan sebelum masukkan ke tengah-tengah kuali. Kacau telur hingga hancur.
- Ratakan nasi dan siap untuk dihidang.
Resepi Nasi Goreng Margerin Daisy sempoi ini sebenarnya saya masak setelah saya kehabisan idea nak masak apa untuk sarapan pagi. Nak pedas, buatlah cili potong. Tidak lama lagi puasa kan? Ha, bolehlah cuba Resepi Nasi Goreng Margerin Daisy ini ya. Selamat mencuba... ^__^
Singgah pagi. Nasi goreng sedapnya. lama tak makan
ReplyDeleteSelamat pagi dan Asalamu'alaikum Ain Athirah. Jom masak nasi goreng magerin :)
Deletemcm menarik je :) tak pernah lagi try goreng nasi dengan marjerin
ReplyDeleteNanti Athirah bolehlah mencuba ya :)
DeleteNanti Athirah bolehlah mencuba ya :)
Deletemudah tu... he he he
ReplyDeleteNak try lah 😋
ReplyDelete